KelabMama

Jangan Pandang Remeh! 3 Penyakit Mental Ini Layak Terima Perlindungan mySalam

skim mySalam untuk penyakit mental

Skim perlindungan mySalam mula diperkenalkan pada tahun 2019 dengan tujuan untuk memberikan perlindungan percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40). Skim ini memberikan manfaat kewangan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital kerajaan.

Mulai 1 Januari 2025, mySalam telah mengambil langkah penting dengan menyertakan tiga jenis penyakit mental di bawah senarai penyakit kritikal yang layak menerima pembayaran sekali gus berjumlah RM8,000, sekali seumur hidup.

Kredit Gambar: mySalam

Langkah memasukkan penyakit mental dalam senarai perlindungan mySalam adalah satu inisiatif yang sangat dialu-alukan. Ia bukan sahaja memberi sokongan kewangan, malah mengiktiraf bahawa kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal.

Namun begitu, hanya yang didiagnosis menghidap penyakit mental oleh doktor berdaftar bermula 1 Januari tahun ini sahaja yang layak menerima bantuan mySalam.

Tiga Jenis Penyakit Mental yang Dilindungi

1. Gangguan Kemurungan Utama (Major Depressive Disorder – MDD)

MDD adalah salah satu gangguan mental yang paling kerap berlaku. Ia dicirikan oleh perasaan sedih yang berterusan, kehilangan minat terhadap aktiviti harian, serta gangguan fungsi sosial dan pekerjaan secara ketara.

Untuk melayakkan diri menerima perlindungan mySalam, Mama Papa perlu memenuhi syarat berikut:

Nota penting: Kes kemurungan yang berpunca daripada penyalahgunaan bahan (seperti dadah atau alkohol) serta gangguan penyesuaian dengan mood tertekan tidak dilindungi oleh skim ini.

2. Skizofrenia

Skizofrenia merupakan gangguan mental kronik yang mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku Mama Papa sendiri. Mama Papa mungkin mengalami halusinasi, delusi, serta gangguan dalam komunikasi dan fungsi sosial.

Kriteria untuk tuntutan adalah:

Pengecualian: Skizofrenia akibat penyalahgunaan bahan tidak akan dilindungi.

3. Gangguan Bipolar

Gangguan Bipolar, atau dikenali juga sebagai manic-depressive disorder, menyebabkan perubahan mood yang ekstrem antara episod kemurungan dan mania (terlalu gembira atau hiperaktif).

Untuk layak, Mama Papa mestilah:

Seperti penyakit lain, gangguan bipolar yang berkaitan dengan penyalahgunaan bahan tidak termasuk dalam perlindungan.

Cara Memohon Bayaran RM8,000 Dari mySalam

Untuk mendapatkan pembayaran RM8,000 bagi penyakit mental yang dilindungi, individu perlu:

  1. Muat turun borang tuntutan penyakit kritikal dari laman web rasmi mySalam: www.mysalam.com.my
  2. Lengkapkan borang bersama dokumen berikut:
    • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
    • Borang penyakit kritikal yang diisi oleh doktor/psikiatri yang merawat
    • Tandatangan dan cop rasmi doktor
  3. Hantar borang ke kaunter mySalam atau pop-up booth mySalam yang terdapat di hospital atau klinik kerajaan.

Tarikh akhir penghantaran tuntutan adalah pada 30 Jun 2025.

Selain itu, mySalam juga mempunyai aplikasi, jadi Mama Papa boleh download aplikasi untuk memudahkan urusan Mama Papa.

Manfaat Tambahan mySalam yang Perlu Diketahui

Selain perlindungan untuk penyakit kritikal, mySalam turut menyediakan manfaat hospitalisasi iaitu:

Kalau Mama Papa atau ahli keluarga ada yang disahkan dengan salah satu daripada tiga penyakit mental ni, jangan tunggu lama-lama ya.

Boleh terus semak kelayakan dan buat tuntutan melalui mySalam. Rezeki dah ada depan mata, rugi kalau tak ambil peluang ni untuk jamin kesihatan dan masa depan yang lebih tenang.


Permohonan untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2025 kini dibuka, klik di SINI.