KelabMama

Cakna 6 Jenis Penyakit Keturunan Yang Boleh Diwarisi Anak

penyakit keturunan

Kredit gambar: www.science.org

Setiap orang pasti menginginkan tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit bukan? Tapi sayangnya, ada beberapa jenis penyakit yang tidak dapat dielakkan contohnya ialah penyakit keturunan.

Mama Papa tahu tak apa itu penyakit keturunan atau ini baru kali pertama Mama dan Papa mendengarnya?

Sebenarnya, penyakit keturunan adalah sejenis penyakit yang diwarisi dari genetik salah seorang atau kedua orang tua kepada anaknya.

Penyakit keturunan ini amat sukar untuk dicegah, bahkan ada yang tidak dapat dicegah. Untuk mengenalpasti serta mengetahui apakah penyakit ini, Mama Papa perlu ikuti perkongsian Mama Siti di bawah ini!

Simptom Penyakit Keturunan

Kredit gambar: magazine.ucsf.edu

Bagi sesetengah orang simptom penyakit keturunan dapat dilihat pada awal kehamilan lagi dan ada juga kes di mana simptom dapat dilihat dari semasa ke semasa. Terdapat beberapa simptom penyakit keturunan yang patut diberi perhatian oleh Mama Papa. Antaranya ialah:

Jenis Penyakit Keturunan yang Boleh Diwarisi kepada Anak

Kredit gambar: fdna.health

Mama Papa tahu tak jenis penyakit yang boleh diwarisi kepada anak? Di bawah ini, Mama Siti telah kongsikan beberapa jenis penyakit keturunan yang selalu diwarisi kepada anak, antaranya:

#1. Talasemia

Talasemia merupakan satu penyakit darah yang disebabkan oleh kekurangan protein pembawa oksigen atau hemoglobin dan kurangnya darah merah dalam badan.

Penyakit talasemia kronik boleh menyebabkan bayi meninggal dunia saat mereka dilahirkan kerana oksigen tidak dapat diedarkan keseluruhan badan.

#2. Gangguan Mental

Gangguan mental juga boleh diwarisi? Ya! Individu yang mengalami depresi, autisme, sindrom down, skizofernia dan lain-lain ada kemungkinan besar mewarisinya dari orang tua atau saudara yang mempunyai masalah mental.

Meskipun begitu, gangguan mental juga boleh dipengaruhi oleh sebab lain iaitu stres atau tekanan.

#3. Diabetes

Selain itu, penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis juga boleh diwarisi oleh orang tua kepada anak-anak. Diabetes adalah satu penyakit yang menyebabkan penghidapnya kekurangan hormon insulin.

Penyakit ini boleh dikesan sejak usia kanak-kanak tapi ada juga yang mendapatnya pada usia dewasa. Bukan itu sahaja, gaya hidup tidak sihat juga boleh menyebabkan anak Mama Papa mendapat diabetes.

#4. Hemofilia

Kredit gambar: www.bannerhealth.com

Apa itu hemofilia? Hemofilia adalah penyakit yang berpunca daripada kekurangan faktor pembekuan darah. Ia juga boleh diwarisi kepada anak-anak. Hemofilia boleh dikesan sejak seseorang itu lahir.

Penyakit ini juga mempunyai tanda-tanda tertentu seperti berlakunya pendarahan yang secara tiba-tiba tanpa sebab tertentu.

Selain itu, pendarahan yang berpanjangan disebabkan oleh kemalangan, cabut gigi dan terluka juga mungkin disebabkan penyakit hemofilia ini sendiri.

#5. Kanser

Mama Papa pernah tahu tak bahawa kanser juga salah satu penyakit keturunan?

Selain gaya hidup yang tidak sihat, seseorang itu berisiko mendapat sakit kanser jika ada ahli keluarganya yang menghidap penyakit yang sama.

Namun begitu, penyakit kanser yang disebabkan genetik adalah sangat rendah berbanding dengan yang didapati secara alami.

Selain itu, ada juga beberapa jenis kanser yang dipengaruhi oleh faktor genetik contohnya seperti kanser payudara, usus besar dan kanser perut.

#6. Buta Warna

Penyakit yang terakhir adalah buta warna. Buta warna pun penyakit keturunan? Ya betul! Pesakit yang mempunyai masalah buta warna akan kesulitan untuk membezakan warna-warna tertentu, contohnya seperti hijau, merah dan biru.

Tapi Mama Papa jangan risau, penyakit ini tidak akan menjejaskan kehidupan seseorang itu kerana mereka akan terbiasa seiring berjalannya waktu.

Meskipun begitu, penghidap penyakit buta warna mempunyai masalah untuk memilih pekerjaan kerana pekerjaan seperti tentera dan polis mestilah bebas daripada masalah buta warna.

Kebanyakan mereka yang menghidap penyakit ini adalah lelaki kerana lelaki lebih berisiko mempunyai masalah ini berbanding dengan wanita.

Cara Mengenalpasti Penyakit Keturunan

Kredit gambar: hfmich.org

Bagaimana untuk mengenalpasti masalah kesihatan ini? Antara caranya:

Kesimpulannya, penyakit keturunan amat sukar untuk dicegah tetapi kita boleh mengurangkan risiko untuk mewarisinya.

Oleh itu, sangat penting untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital, apalagi mereka yang ingin berkahwin pastikan anda tahu penyakit yang dimiliki pasangan anda.

Dengan itu, doktor akan memberi saranan untuk menangani atau meminimalkan risiko penyakit yang akan diturunkan kepada anak yang bakal lahir.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Selain info mengenai penyakit genetik yang boleh diwarisi anak-anak, ambil tahu juga pelbagai masalah berisiko yang lain di SINI!