Komponen air dalam kehidupan kita sangat penting kerana 70% daripada badan manusia mengandungi air. Tentulah jika ada air yang tercemar masuk dalam organ dalaman mengakibatkan penyakit bawaan air.
Mama Siti kongsikan lima penyakit bawaan air dan cara mengelakkannya di rumah dan di kawasan yang berisiko.
5 Jenis Penyakit Bawaan Air
#1 Cirit-birit (Diarrhea)
Air yang telah dicemari boleh juga mengakibatkan seseorang mendapat cirit-birit di samping gejala lain iaitu rasa loya dan muntah-muntah.
Penyakit bawaan air ini berisiko mendapat komplikasi dehidrasi iaitu keadaan badan yang kekurangan air dan membahayakan kesihatan.
#2 Kolera (Taun)
Negara Malaysia juga tidak terlepas dari kes penyakit kolera atau taun terutamanya di petempatan yang tidak mempunyai kemudahan tandas yang sempurna.
Jangkitan penyakit ini kepada individu adalah disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Cara penyebaran penyakit taun adalah melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan tinja atau muntah oleh pesakit taun.
#3 Hepatitis A
Penyakit bawaan air akibat pencemaran air juga boleh menyebabkan penyakit Hepatitis A yang menjangkiti organ hati. Lebih bahaya lagi, penyakit ini boleh merebak kepada orang lain melalui sentuhan.
Namun begitu, Mama tak perlu bimbang kerana penyakit ini boleh dirawat dengan suntikan vaksin yang bukan sahaja mengubati tetapi bahkan mengelakkan diri dari dijangkiti semula.
#4 Deman Kepialu (Tifoid)
Bakteria Salmonella typhi menjadi punca penyakit demam kepialu menjangkiti manusia melalui air.
Demam kepialu ialah penyakit bawaan air yang disebabkan oleh pengambilan makanan dan minuman yang tidak bersih.
Negara asia selatan sering mencatatkan rekod penyakit demam kepialu disebabkan oleh sumber air yang digunakan sehari-hari.
Nota: Negara asia selatan ialah India, Pakistan, Nepal, Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka dan Kepulauan Maldives. Iran, Myanmar, Tibet, Yaman, Oman.
#5 Malaria
Malaria ialah penyakit bawaan vektor nyamuk yang selalu menjangkiti individu yang mendiami kawasan beriklim panas dan lembap.
Keadaan ini termasuklah mereka yang terpaksa membuat kerja di lapangan dalam hutan dan minum air yang sudah tercemar.
Orang yang dijangkiti malaria akan berhadapan dengan risiko seperti pneumonia, anemia dan juga kematian.
Nota: Zoonotik adalah penyakit bawaan haiwan seperti nyamuk yang boleh menjangkiti manusia
Cara Elakkan Penyakit Bawaan Air
#1 Kebersihan Rumah
Kawasan dalam dan luar rumah mestilah sentiasa bersih dari air yang tercemar. Di dalam rumah, Mama amalkan rutin pembersihan tandas dan sekali-sekala cuci dengan air panas dan sabun.
#2 Kebersihan Diri
Tak susah pun nak jaga kebersihan diri, tinggal lagi kena rajin saja.
Salah satu langkah mudah tetapi berkesan untuk mengelakkan dari terkena penyakit bawaan air adalah dengan mencuci tangan dengan sabun sehingga bersih.
Biasakan untuk cuci tangan sebelum dan selepas makan di bawah air yang mengalir.
#3 SOP Penyediaan Makanan
“Sayur dan daging, saya dah cuci bersih. Mesti tak ada jangkitan kan?”
Belum tentu! Ini kerana persekitaran tempat menyediakan makanan juga menyumbang kepada kualiti kesihatan seseorang.
Oleh itu, selain memastikan sayur dan daging sudah dicuci bersih, dapur kita pun bersih dari air yang tercemar.
#4 Minum Air Bersih
Paling penting sekali, kita kena pastikan sumber air yang diambil untuk makan dan minum adalah daripada bekalan yang bersih dan berkualiti.
Penapis air antara cara yang digalakkan untuk mengasingkan mikroorganisma dan kotoran yang ada dalam air.
Selain itu, Mama juga dinasihatkan untuk menjerang air hingga mendidih sebelum diminum atau digunakan dalam makanan.
Jadi sangat penting untuk kita pastikan air yang digunakan untuk makan dan minum adalah dari sumber yang diyakini bersih.
Ambil langkah pencegahan sejak dari awal lagi agar penyakit bawaan air boleh dielakkan dari menjangkiti diri dan ahli keluarga.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ayuh cakna kesihatan Mama dan ahli keluarga dengan maklumat di SINI!