Sebenarnya Mama Papa, baju renang ni penting tau. Bukan hanya dipakaikan untuk mandi kolam je, kalau nak mandi dekat sungai atau pantai pun kena pakai baju renang. Lagi-lagi kalau anak-anak belum cukup mahir berenang.
Bukan apa, Mama Siti ada tengok satu video yang viral dekat TikTok, budak perempuan ni hampir lemas tapi nasib baik sempat diselamatkan oleh orang yang berdekatan.
Jadi, Mama Siti nak kongsikan beberapa tips untuk Mama Papa memilih baju renang yang sesuai untuk anak-anak pakai.
Gara-gara Tudung, Kanak-kanak Perempuan Hampir Lemas
Kejadian ni berlaku di Sungai Sedim, Kedah. Pada mulanya, situasi di situ normal je, sehingga seorang budak perempuan yang terkapai-kapai dalam air sebelum menjerit meminta tolong.
Nasib baik ada seorang lelaki yang nampak dan bertindak pantas berenang ke arahnya untuk menyelamatkannya. Budak perempuan tadi hampir lemas disebabkan tudungnya yang mengembang dan menutup mukanya sehingga menyukarnya bernafas.
Komen-komen di akaun TikTok ni jugak menyedarkan kepada Mama Papa di luar sana penting pemakaian baju renang walaupun mandi dekat sungai je. Selain tu, ada juga yang komen untuk Mama Papa pantau pergerakan anak-anak supaya tak berada di kawasan yang dalam dan berada berdekatan dengan anak-anak sekiranya berlaku apa-apa Mama Papa boleh alert.
Tips Memilih Pakaian Renang Anak-anak
1. Pemilihan Saiz Baju yang Sesuai
Pastikan Mama Papa memilih saiz baju yang betul dekat anak-anak. Pakaian renang yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan dekat anak-anak. Kalau pakaian renang yang longgar jugak mungkin tak dapat berikan sokongan yang mencukupi.
Mama Papa jangan risau, ada banyak pilihan baju renang muslimah untuk anak perempuan Mama Papa.
2. Design Baju Renang
Pemilihan design baju renang untuk anak-anak perlu Mama Papa pilih dari segi keselesaan, keselamatan dan kesukaan mereka jugak. Pilih pakaian renang dengan design yang sesuai dan simple supaya tak membebankan mereka time pakai.
Mama Papa sesuaikan design baju renang dengan aktiviti yang anak-anak akan lakukan. Pilih design yang lebih selesa untuk mereka berenang, bermain air, atau bermain pasir di pantai.
Oh ye, Mama pun kena pilih design tudung renang yang sesuai untuk anak perempuan Mama gunakan. Ada banyak jenis design tudung renang yang Mama boleh pilih. Ikut keselesaan anak-anak design tudung macam mana mereka nak pakai.
Tudung renang sangat penting Mama, untuk elakkan kejadian sama berlaku dekat anak Mama. Sangat bahaya anak-anak pakai tudung jenis cotton untuk berenang tau Mama Papa.
3. Warna Baju yang Sesuai
Pemilihan warna jugak penting untuk Mama Papa melihat pergerakan anak-anak semasa mereka berenang. Boleh jadi kaki mereka cramp semasa berenang.
Jadi tak disarankan untuk Mama Papa beli warna biru, Mama Siti dah pernah kongsikan tentang cikgu renang tak sarankan Mama Papa gunakan baju renang warna biru dekat anak-anak.
4. Pilih Bahan Berkualiti
Mama Papa pastikan pakaian renang yang dibeli dibuat daripada bahan berkualiti tinggi yang selesa dan cepat kering. Jenis bahan seperti spandex atau nilon disarankan untuk digunakan sebab bahan ni sesuai untuk pakaian renang.
Jangan biarkan anak-anak memakai baju yang jenis cotton. Untuk tudung anak perempuan Mama pula, jangan risau Mama boleh gunakan tudung khas untuk berenang.
Langkah Berjaga-jaga untuk Mama Papa Ketika Anak-anak Berenang
1. Pengawasan
Sentiasa awasi pergerakan anak-anak secara dekat dan pastikan mereka berada berdekatan dengan Mama Papa. Jangan pernah tinggalkan anak-anak tanpa pengawasan walaupun mereka berada di tempat orang ramai.
2. Peralatan Keselamatan untuk Anak-anak
Untuk anak-anak yang masih belajar berenang pastikan Mama Papa pakaikan peralatan keselamatan yang sesuai seperti jaket keselamatan atau pelambung. Sama ada anak-anak mahir berenang atau tidak. Mama Papa perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan keselamatan anak-anak sentiasa selamat.
3. Belajar Berenang
Ini yang paling penting. Anak Mama Papa sekurangnya perlu ada basic berenang. Mama Papa boleh hantar anak-anak join kelas berenang atau megajar mereka sendiri. Kemahiran berenang ni penting untuk mengelakkan sebarang kejadian berlaku.
Mama Papa jangan risau, sekarang pun sudah ada banyak kelas renang percuma untuk anak-anak belajar berenang.
Jadi, lepas ni kalau bawak anak pergi berkelah Mama Papa jangan lupa pakaikan anak-anak baju renang. Walaupun nak main air dekat sungai atau pantai je, tapi keselamatan anak-anak Mama Papa nombor satu.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips dan nasihat untuk Mama Papa di SINI.