Individu yang memiliki rambut keriting selalu dikatakan tidak mengalami pertumbuhan rambut. Ada yang salah sangka bahawasanya rambut mereka tidak memanjang seperti orang-orang yang mempunyai rambut lurus.
Sesungguhnya itu sama sekali tidak benar. Secara puratanya rambut keriting mengalami pertumbuhan rambut yang sama dengan jenis rambut lurus. Setiap tahun pertumbuhan folikel rambut menjangkau sehingga 15 cm.
Keunikan rambut keriting menuntut cara penjagaan yang khas supaya kekal sihat, lembut dan kemas. Oleh itu, Mama perlu lakukan 10 cara penjagaan rambut keriting dengan teliti seperti yang Mama Siti akan kongsikan dalam artikel ini.
Bagaimana Rambut Berbeza Bentuk?
Jenis rambut kita ditentukan oleh bentuk folikel. Bentuk folikel rambut sangat mempengaruhi bagaimana rupa rambut seseorang.
Bentuk folikel bujur menghasilkan rambut keriting manakala folikel bulat menghasilkan rambut lurus. Bentuk bujur rata akan menghasilkan rambut ikal, keriting dan bergelombang.
Perbezaan jenis rambut ini memerlukan cara penjagaan berbeda setiap satunya. Khusus untuk kali ini, Mama Siti kongsikan kepada Mama cara merawat dan menjaga kesihatan rambut keriting.
10 Cara Rawatan dan Penjagaan Rambut Keriting
#1 Sikat Bergigi Jarang
Jenis sikat untuk rambut keriting ialah sikat berus kayu (wooden bristle) dan sikat bergigi jarang (wide tooth comb). Mulakan dari hujung rambut hingga ke pangkal. Tujuannya untuk meleraikan kekusutan di bahagian hujung rambut.
#2 Cara Keramas Rambut
Keramas atau cucian rambut memainkan peranan dalam pertumbuhan sihat rambut keriting. Ikuti langkah-langkah syampu rambut seperti berikut.
- Bahagikan rambut kepada empat bahagian
- Tuangkan syampu pada kulit kepala
- Urut kulit kepala perlahan-lahan
- Ratakan buih syampu keseluruhan helai rambut
- Ulang langkah satu hingga empat untuk bahagian rambut yang lain.
#3 Penjagaan Rambut Keriting Dengan Air Sejuk
Haba berlebihan menanggalkan lapisan sebum semulajadi pada kulit kepala. Air panas membuka folikel rambut dan mengakibatkan rambut bercabang. Sentiasa bilas rambut Mama dengan air sejuk atau suhu bilik.
#4 Bukan Syampu Sembarangan
Syampu terbaik untuk rambut keriting tidak sepatutnya mempunyai bahan kimia toksik seperti sulfat, silikon dan paraben. Akhirnya, ia akan merengsakan kulit kepala dan menyebabkan kelemumur.
#5 Elak Syampu Berlebihan
Amalan syampu terlalu kerap menghilangkan kelembapan semulajadi pada rambut keriting. Sebaliknya, Mama gunakan perapi rambut. Ia memastikan kutikel rambut sentiasa terpelihara dan melindungi helaian rambut rosak akibat pencemaran alam sekitar.
#6 Pangkas Hujung Rambut
Jadikan kebiasaan setiap 6 hingga 8 minggu untuk memotong bahagian hujung rambut. Ianya penting untuk mengelakkan rambut rosak dan bercabang.
#7 Penjagaan Rambut Keriting Dengan Minyak Rambut
Rutin mengoleskan minyak pada rambut keriting meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala sekaligus merangsang pembentukan rambut yang sihat.
Jenis minyak rambut yang disarankan:
- Minyak zaitun
- Minyak kelapa
- Minyak jojoba (jojoba oil)
- Minyak kastor
- Minyak argan
Kaedah rutin minyak rambut keriting:
- Urutkan minyak rambut ke seluruh bahagian kulit kepala
- Jadikan rutin setiap hari sebelum tidur dan cuci keesokan harinya
- Minyakkan rambut satu jam sebelum syampu
#8 Penjagaan Rambut Keriting Dengan Penggunaan Sarung Bantal Silk
Dengan menggunakan pineapple trick, Mama boleh mengurangkan geseran antara rambut dan sarung bantal semasa tidur. Pertama sekali, ikat rambut sanggul atau ponytail di atas kepala. Kemudian, pakai sarung bantal jenis sutera berbanding kapas (cotton).
Ringkasnya, kita ingin mengelakkan haba dari terdedah pada rambut Mama.
#9 Cara Ikat Rambut
“Mama Siti, ada cara tak untuk jaga rambut keriting untuk yang pakai tudung?”
Ada, mestilah ada. Mama perlu ikat rambut dengan lembut dan berhati-hati. Jangan ikat terlalu ketat kerana ia menarik lapisan kulit kepala dan menyebabkan kesakitan.
Seterusnya, Mama boleh pelbagaikan cara ikatan. Contohnya, gayakan rambut dengan ikatan jenis sanggul tinggi, sanggul rendah, tocang Perancis dan pintalan yang berbeza setiap hari.
#10 Kurangkan Haba
Kawal penggunaan pengering rambut dan pelurus rambut. Haba dari gajet tersebut mengakibatkan rambut menjadi kering dan bercabang.
Ketika rambut basah, perahkan air dari rambut menggunakan tuala dan biarkan sahaja rambut kering dengan sendiri.
Manakala pelurus rambut pula bersifat sementara. Malah ia mengakibatkan rambut semakin rosak.
Artikel ini membincangkan cara-cara praktikal bagi mengekalkan kesihatan rambut keriting. Tips yang dikongsikan kali ini boleh membantu Mama memelihara folikel, tekstur dan kelembapan rambut.
Folikel bujur rambut kerinting memerlukan jenis syampu, cara basuhan dan cara ikatan yang betul. Jika diabaikan, Mama mungkin akan mengalami masalah rambut kering dan kusut.
Nasihat Mama Siti agar, Mama sentiasa peka dengan kesihatan rambut masing-masing. Amalkan tips cara penjagaan rambut yang Mama Siti kongsikan tadi agar rambut keriting sentiasa lembut, lembab, tidak kusut dan mendapatkan rambut yang lebat.
Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DI SINI.