Mama Papa jangan ambil remeh tentang penjagaan mata anak-anak ni. Walaupun mereka masih kecil tapi penjagaan mata ini penting untuk mereka.
Lagi satu, kebanyakan anak-anak akan mengalami masalah penglihatan ketika mereka kanak-kanak.
Mama Siti berjaya menemubual Dr. Shobana Nadarajah, Pakar Oftalmologi dari KPJ Damansara Specialist Hospital tentang penjagaan mata kanak-kanak yang Mama Papa harus tahu.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan terapi penglihatan?
Terapi penglihatan bermaksud, latihan sebelah mata untuk membantu mata melihat lebih baik tanpa bantuan dari sebelah mata.
Caranya dengan menutup sebelah mata dan mengunakan satu mata untuk membaca atau bermain tidak melebihi 45 minit sehari sahaja.
2. Pada umur berapakah disarankan untuk mula melakukan pemeriksaan mata bagi kanak-kanak?
Biasanya pemeriksaan mata dibuat semasa anak mula bersekolah. Pemeriksaan boleh dibuat jika menunjukkan simptom-simptom kurang penglihatan.
3. Berapa kali dalam setahun ibu bapa disyorkan untuk melakukan pemeriksaan mata anak-anak?
Setahun sekali sudah mencukupi jika anak memakai cermin mata, melainkan anak tersebut perlu menjalani terapi penglihatan, pemeriksaan perlu dilakukan tiga atau empat bulan sekali.
4. Apakah perbezaan antara pemeriksaan penglihatan di sekolah dan pemeriksaan mata secara komprehensif?
Pemeriksaan di sekolah adalah salah satu ujian saringan buat murid-murid yang dilakukan oleh jururawat atau guru di sekolah. Jika murid tersebut didapati tidak lulus ujian saringan di sekolah, murid akan dinasihatkan untuk membuat ujian mata komprehensif bersama pakar mata.
5. Adakah faktor pemakanan juga merupakan salah satu cara penjagaan mata yang bagus? Boleh doktor kongsikan gaya pemakanan yang bagus untuk penjagaan mata kanak-kanak?
Pemakanan secara keseluruhan perlu seimbang dan mencukupi. Pemakanan harus mengandungi protein, vitamin dan mineral untuk keperluan seharian.
6. Apakah kaca mata anti UV sebenarnya bagus dan berkesan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi mereka yang selalu menggunakan gajet atau menonton televisyen?
Kaca mata UV bagus untuk sesorang yang berada di luar rumah. Seseorang yang terdedah dengan sinar UV yang terlampau boleh merosakkan mata.
Gajet atau peralatan eletronik yang mempunyai sinar biru “blue light” boleh menyebabkan anak-anak mengalami silau.
Bagi anak-anak yang selalu yang berhadapan dengan gajet atau peranti elektronik dinasihatkan untuk menggunakan kaca mata yang mempunyai tapisan sinar biru “blue light filter.”
7. Boleh dikatakan hampir kesemua bayi dan kanak-kanak sangat dekat dengan screen time pada zaman sekarang. Apakah nasihat utama yang doktor sering ingatkan pada ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak mereka mempunyai masalah mata?
Pada pandangan saya berdepan dengan gajet atau untuk jangka lama amatlah tidak bagus untuk mata, ibu bapa juga dinasihatkan untuk memantau dan mengawal screen time anak-anak.
Amatlah digalakkan untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak.
8. Pada pandangan doktor, di usia berapakah kanak-kanak sesuai untuk memakai kanta lekap atau contact lens?
Kanak-kanak dibawah umur tidak digalakkan untuk memakai kanta lekap. Kanta lekap atau contact lens sangat mudah untuk mendapat jangkitan jika tidak digunakan dengan betul.
Jangkitan ini juga boleh menyebabkan mata menjadi buta.
9. Dan pada usia berapakah sesuai untuk kanak-kanak melakukan rawatan lasik mata?
Lasik mata hanya digalakkan untuk seseorang yang berumur 18 tahun ke atas dengan konsultasi bersama pakar mata.
10. Apakah gejala yang akan dihadapi oleh kanak-kanak sekiranya mereka mempunyai masalah mata?
Kanak-kanak tersebut mungkin akan mengalami mata malas di mana dia tidak akan dapat melihat dengan jelas walaupun dengan bantuan kaca mata.
Mata kanak-kanak juga boleh menjadi juling. Seseorang yang mempunyai mata malas tidak dapat berkerja dalam beberapa pekerjaan seperti juruterbang atau pakar bedah.
11. Bagaimanakah cara untuk ibu bapa memantau kesihatan mata anak mereka?
Ibu bapa harus memastikan anak mereka tidak mengunakan gajet terlalu lama dan pemakanan yang seimbang adalah penting buat nutrisi anak-anak.
Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian mata.
Jadi, penting untuk Mama Papa aware dan take note dengan keadaan mata anak-anak Mama. Tambahan pula dalam zaman sekarang yang semuanya hanya menggunakan alatan elektronik.
Ikuti perkongsian bersama Dr Shobana Nadarajah mengenai kesihatan mata kita yang dewasa pula dalam entri seterusnya.
Mama Papa dapatkan info kesihatan yang dikongsikan oleh pakar di SINI.