Penjagaan ibu hamil sangat penting apatah lagi dalam keadaan sekarang ni. Baru nak ‘fefeeling‘ mengandung, manja-manja dengan papa, tiba-tiba virus Covid-19 menyerang pula. Jadi takut pula bila kita tengah hamil dalam musim wabak ini menyerang kan? Yelah mana dengan kesihatan kita, kesihatan bayi dalam rahim lagi.
Sedangkan yang tak mengandung ni pun risau kalau dijangkiti, inikan pula mama yang hamil. Disebabkan tu kenalah ekstra penjagaan supaya diri jauh dari wabak ni. Tapi, mama jangan runsing, ikut je saranan daripada pakar kesihatan okay?
Antara pendekatan yang boleh mama amalkan dalam penjagaan ibu hamil ketika musim wabak ni adalah:
#1 AMALKAN TEKNIK PENCEGAHAN MENGIKUT PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO)
Mama boleh tengok rajah atas ini sebagai rujukan. WHO sudah tetapkan beberapa langkah yang boleh kita sama-sama amalkan bagi menjamin kesihatan kita yang tengah mengandung dalam musim wabak Covid-19 ini.
#2 PASTIKAN REHAT DAN TIDUR MENCUKUPI
Kadang kita terbiasa buat kerja berat dan lebih masa sampaikan kita terlupa untuk berehat. Bila dah mengandung ni, mama kena selalu ingat ye, mama tengah kandungkan lagi satu nyawa dalam rahim. Mungkin mama rasa mama mampu buat kerja berat atau lebih waktu tapi dalaman mama mungkin dah letih. Pastikan mama dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Kerja-kerja juga, rehat pun perlu tau!
#3 PASTIKAN EMOSI STABIL DAN ELAKKAN ‘OVERTHINK’
Wanita hamil dan emosi yang tak stabil tak boleh pisah. Orang cakap dah macam isi dengan kuku. Yelah, kita tengah mengalami perubahan bentuk badan, hormon dan sebagainya, memang emosi kita pun akan berubah-ubah lah kan. Tapi, walaupun benda ini normal, mama kena bijak mengawalnya. Jangan terlalu memikirkan hal remeh- yang tak penting tu, shoo-shoo jauh jauh.
Mama boleh luahkan kerunsingan dekat papa. Papa pun jangan menaikkan minyak mama pulak tau, hehe. Tambahan lagi, elakkan membaca postings yang tak sahih dekat media sosial kerana secara tak langsung benda itu semua akan membuatkan fikiran mama kusut.
#4 PATUHI JADUAL PEMERIKSAAN
Walaupun kita diarahkan untuk kurangkan pergerakan, namun bagi mama yang tengah mengandung, pemeriksaan masih tetap berjalan seperti biasa ye. Hal ini telah ditegaskan oleh DG Hisham sendiri yang mana beliau berkata ‘checkup‘ ibu hamil perlu dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Dalam kerisauan kita melawan wabak pandemik ini, jangan kita abaikan tarikh pemeriksaan ini. Ya Mama Siti tahu, mama semua takut untuk keluar kan? Tapi, pemeriksaan ini adalah penting, jangan risau okay? Mama Siti tak nak lah nanti kalau apa apa yang tak elok jadi pada si comel dalam kandungan mama semua.
#5 ‘TRACK DOWN’ BERAT BADAN
Benda normal jika mama semua naik berat badan kalau tengah mengandung. Bukan je sebab mengidam itu ini, tapi sebab bayi dalam rahim juga sedang membesar. Pastikan mama semua mendapatkan nutrien yang secukupnya bagi menampung keperluan mama dan juga si manja yang bakal lahir.
Dapatkan nasihat pengamal perubatan bagi cadangan makanan dan keperluan zat nutrien mama semua. Elakkan makanan yang diproses dan mengandungi perasa tambahan dan sebagainya. Banyakkan makanan sihat seperti buahan sayuran dan bijirin tapi mama harus ikut keperluan juga, jangan ikut nafsu sangat.
#6 AMBIL MAKANAN TAMBAHAN BILA PERLU
Kadang kita rasa kita dah cukup nutrien tapi sebenarnya tak. Sebab itu mama kena patuhi tarikh pemeriksaan supaya doktor dapat periksa kesihatan mama dan bayi. Doktor akan menyarankan mama untuk ambil makanan tambahan jika mama didapati kurang zat.
Paling mama kena fokus adalah masa trimester pertama. Waktu itu, mama kena banyakkan makanan berkhasiat untuk mempercepatkan tumbesaran sel dan organ janin dengan cepat dan sihat.
Mama semua jangan terlalu risau walaupun kita masih berperang dengan Covid-19. Mama Siti yakin kita akan menang! #KitaTeguhKitaMenang
Semoga bermanfaat!
BACA LAGI LANGKAH-LANGKAH UNTUK KEHAMILAN YANG SIHAT
Pesan Mama Siti
Positive is the key orang putih cakap. Jadi kita semua, mama semua kena selalu fikir benda yang baik-baik je tau. Rehat cukup-cukup, makan makanan yang berkhasiat, jangan terlalu stress dan ikut nasihat doktor. InsyaAllah mama dengan baby akan sihat, akan selamat. Kalau mama rasa tak sedap badan, jangan paksa diri untuk puasa okay?