PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur kini dengan bangganya membuka pintu untuk menyambut para tetamu. Pembukaan hotel ini merupakan momen penting dan yang pertama untuk Pan PacificHotels Group, menandakan perkembangan jenama PARKROYAL COLLECTION ke Malaysia.
Hotel PARKROYAL COLLECTION direka bentuk dengan persekitaran dan kesejahteraan hidup dan ketenangan fikiran. Terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur terdiri daripada 527 bilik dan suite, suasana hijau di ruang rooftop yang membentuk 13,000 kaki persegi tumbuh-tumbuhan subur, dan taman menegak di ruang muka bangunan yang dipenuhi flora tergantung.
Di tengah-tengah kesibukan bandar, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat ‘persembunyian’ yang menjemput para tetamunya dalam dunia biofilia yang terletak di antara bangunan pencakar langit.
Para tetamu boleh berehat dan bersantai bersama alam semula jadi dengan pelbagai kemudahan fasiliti yang disediakan, yang terdiri daripada Spa St Gregory, gimnasium moden, fitness studio, serta kolam renang seperti resort yang dikelilingan kehijauan yang menenangkan.
Disebalik reka bentuk biofiliknya, hotel ini memperkenalkan ciri operasi yang mementingkan alam sekitar termasuk kemudahan bilik mandi lestari, pembungkusan boleh biodegradasi, air minuman yang ditapis dalam setiap bilik tetamu, dan sistem pengurusan sisa makanan.
Tiga tempat makanan dan minuman yang inovatif menjanjikan penambahan yang menarik kepada landskap gastronomi yang dinamik. Thyme ialah teater masakan dengan stesen memasak secara langsung, menyajikan pilihan mewah masakan tempatan dan barat yang bersumber mampan.
The Botanist Lounge and Bar meraikan kepelbagaian fauna di Malaysia dalam reka bentuknya bersama-sama dengan menu minuman yang inovatif, berfokuskan pada bahan-bahan tempatan, manakala Skye Chill ialah ruang santai pada siang hari dan ruang istirahat yang menenangkan pada waktu malam.
Dengan 1,664 meter persegi ruang mesyuarat dan raung acara yang sesuai untuk apa sahaja, PARKROYAL COLLECTION
Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan untuk mengadakan sebarang acara dan perayaan yang penuh inspirasi.
Celebration Curators dan pasukan kulinari yang berpengalaman bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka pada setiap acara dengan terperinci, menu-menu epicurean, dekorasi yang chic dan tetapan halus untuk memastikan setiap sambutan dan perayaan itu benar-benar berharga.
“PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur akan menjadi ikon eko-gaya baharu dan hab sosial bandar, menyediakan persekitaran hijau yang menyegarkan untuk tetamu berhubung semula dengan alam semula jadi, komuniti, dan diri mereka sendiri. Kami berharap untuk meninggalkan sebuah pengalaman yang memberi inspirasi, penginapan yang tidak dapat dilupakan, dan sambutan serta perayaan yang bermakna,” kata Cristian Nannucci, Pengurus Besar Kompleks, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut mengenai PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, layari laman rasminya di SINI.