Kacang parang, ubat gegat, antibiotik, ubatan herba antara makanan dan bahan yang perlu dijauhi penghidap Glucose -6- Phosphate Dehydrogenase atau G6PD seumur hidup, jika tidak mereka menempah maut. Mungkin amaran itu kedengaran sedikit lucu dan pelik, namun bagi penghidap serta ibu bapa yang mempunyai anak G6PD adalah sangat penting untuk mereka mempunyai pengetahuan tentang perkara itu. G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
PUNCA G6PD
- Ini boleh berlaku apabila sel darah tidak lagi mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan dengan berkesan sehingga mengundang pelbagi gejala lain yang lazimnya mula dikesan sejurus bayi dilahirkan.
- Perlu diketahui, penghidap G6PD kebanyakannya lelaki kerana penyakit itu berkaitan dengan padanan kromosom yang menentukan jantina individu. Ini kerana lelaki mempunyai padanan kromosom XY dan apabila kromosom X tidak berfungsi, tiada kromosom yang dapat menggantikan kromosom berkenaan, berbeza pula dengan perempuan yang mempunyai padanan kromoson XX dan lazimnya mereka hanya sebagai pembawa.
- Pun begitu, ada juga terdapat kes melibatkan penghidap perempuan, namun sangat terpencil.
- Walaupun kes kematian disebabkan G6PD tidak banyak, penghidapnya sangat tinggi dalam kalangan rakyat negara ini kerana faktor keturunan.
- Disebabkan itu juga kes G6PD juga sangat ketara melibatkan masyarakat di negara Asia dan Meditrenean.
- Biarpun tidak berbahaya, namun bagi bayi atau kanak-kanak G6PD boleh membawa kepada komplikasi lain seperti kekuningan dan kerosakan otak yang boleh menyebabkan terencat akal.
DIAGNOSA
- Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.
- Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
- Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.
GEJALA/TANDA-TANDA
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.
Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah
- kelihatan pucat
- tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
- pening
- degupan jantung yang laju
- sukar bernafas
- sakit dada
Akibat daripada hemolisis
- jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
UBAT-UBATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG PATUT DIELAKKAN
- Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).
- Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.
- Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.
- Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.
- Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.
MAKANAN DAN HERBA YANG PERLU DIELAKKAN |
UBAT YANG BOLEH DIBERI DALAM DOS TERAPEUTIK |
Bahan lain yang mesti dielakkan
Ubat yang mesti dielakkan
|
|
Sumber: myhealth.gov.my