Cicak, kalkatu dan serangga ni selalu jadi tetamu yang tak diundang dalam rumah kita. Dah banyak cara Mama lakukan untuk halau cicak ni tapi tetap ada jugak kan. Jadi, lampu kuning ke lampu putih yang dapat kurangkan cicak ni?
Sesetengah akan memilih lampu warna putih sebab nak cahaya yang maksimum tapi sebenarnya lampu kuning pilihan yang terbaik untuk rumah Mama.
Perkongsian daripada Muhd Hisyam dalam Tukang apa Hari Ini ada kongsikan mengenai rumahnya yang gunakan lampu putih lebih digemari oleh cicak berbanding dengan jirannya yang berlampu kuning.
Pencahayaan Lampu Mempengaruhi Kehadiran Serangga
1. Dari Segi Teknologi
Lampu-lampu pijar dan pendaflour ni berikan cahaya putih puncak bersama dengan warna-warna lain pada kadar rendah.
Lampu led putih ni sebenarnya terdiri daripada tiga jenis led (merah, hijau, biru) dimana tiga cahaya led ni yang bergabung menjadi satu iaitu warna putih.
Lampu led ni jugak berikan cahaya puncak putih dalam kelompok warna terhad (narrow band) warna lain.
2. Biologinya
Secara biologinya, serangga ni akan lebih mudah tertarik pada cahaya putih, menghala ke gelombang biru UV (band warna 6k-10k).
Ini sebab matanya akan lebih nampak dalam pencahayaan tersebut.
Jadi, lebih banyak lah serangga akan terbang ke arah cahaya macam ni, berbanding dengan cahaya led kuning (band warna 3k-5k). Lepas tu, serangga ni pula makanan cicak jadi sudah pasti cicak akan berada ditempat yang banyak makannya.
3. Tambahan Biologi untuk Manusia
Selain tu, Khair Itam berkongsi untuk penggunaan lampu kereta jugak.
Waktu hujan kenapa lampu kereta warna putih akan jadi kelam? Sebab, struktur retina mata yang kurang peka akan jadi terhad pada jalur cahaya putih (terutamanya band warna 6.5k-10k).
Dan mata kita pula akan jadi lebih peka pada jalur warna kekuningan (band warna 3k-5k) berbanding dengan warna putih.
Kalau diberikan 2 lampu 10w, satunya dari band 3k-5k (kekuningan) dan satu lagi dari band 6.5k-10k (putih) mata kita akan lebih cerap lampu kuning lebih terang.
Jadi, lampu yang terbaik untuk kereta ialah lampu kekuningan. Oh ye, selain dari terang ia jugak akan meredakan silau pada pemandu yang lain.
Kelebihan Penggunaan Lampu Kuning
1. Cahaya yang Lebih Lemah
Cicak ni akan berada di cahaya yang terlalu terang atau bercahaya putih. Lampu kuning ni pula menghasilkan cahaya yang lemah dan tak selesa bagi cicak.
Jadi, ia akan membuatkan cicak berada jauh dari kawasan cahaya yang bercahaya kekuningan ni. Satu lagi, serangga pun turut menjauh dari lampu kuning ni.
2. Boleh Mengurangkan Kemunculan Cicak
Dengan penggunaan lampu kuning ni dekat kawasan yang selalu jadi tarikannya, akan dapat mengurangkan kemunculannya di rumah Mama.
Ini salah satu pendekatan yang paling senang untuk Mama gunakan settle kan masalah tahi cicak di rumah berbanding beli bermacam jenis racun tapi masih ada jugak cicak.
3. Mengawal Tarikan Cahaya Malam
Cicak adalah serangga malam yang aktif pada waktu malam. Dengan menggunakan lampu kuning ni, Mama dapat mengawal tarikan cahaya di waktu malam dan jugak membantu menjaga keselesaan rumah Mama.
4. Mengurangkan Gangguan
Cicak ni boleh mejadi gangguan dan menyebabkan keadaan yang tak selasa dalam rumah. Ada je tahi cicak di tingkap tak pun atas kabinet dapur Mama.
Jadi dengan gunakan lampu kuning ni, Mama dapatlah kurangkan gangguan ni dan rumah pun jadi lebih selesa dan tak ada masalah tahi cicak lagi.
5. Alternatif yang Selamat
Menggunakan lampu kuning ni alternatif yang selamat dan mesra alam untuk Mama settle kan masalah cicak berbanding dengan Mama gunakan bahan kimia atau racun.
Sebab kalau Mama gunakan bahan racun, Mama kena sentiasa alert sebab boleh bahayakan kepada anak-anak dan jugak haiwan peliharaan Mama.
Tapi kalau ada majlis di rumah nanti macam mana ye, tak kan nak tukar mentol lagi? Mama Papa jangan risau, Mama Siti ada jalan penyelesaiannya.
Papa beli je lampu LED yang boleh tukar-tukar warna (daylight, cool white, warm white). Nak tukar mode lampu pun senang guna remote control je kalau Mama Papa nak tukar mode lampu.
Senang dan jimat kan, cicak tak ada dan Papa pun tak perlu nak tukar mentol warna lain dah.
Tak perlu panggil contractor dah kalau Papa mahir guna lima alatan, nak tahu apa? Klik di SINI.