KelabMama

Jom Tukar Selera Yang Tersayang Dengan Pengganti ‘Main Menu’ Yang Juga Sesuai Untuk Anak-anak

Setiap hari makan nasi pun adakalanya buat Mama sekeluarga teringin nak tukar selera kan? Tapi, risau memikirkan apakah makanan sesuai, berkhasiat dan yang penting selamat untuk digantikan dengan nasi. Bukan untuk Mama je, menu pengganti itu haruslah diakui selamat untuk anak-anak juga.

Hmm, mana nak cari makanan keluarga yang mengandungi semua kebaikan tu? Nahhh, tak perlu risau Mama! Pasta jenama Alce Nero pasti sesuai untuk dijadikan sebagai pengganti nasi. Tahukah Mama, perkara terbaik mengenai pasta ini adalah ia dihasilkan daripada sumber organik tau.

Penting ke bahan berasaskan organik?“ Ya, penting sekali. Menurut laman web Hello Doktor, makanan organik adalah produk yang diproses, dihasilkan dan dikilangkan secara tradisional dan bukan konvensional.

Semua jenis makanan tidak kira daripada sumber haiwan atau tumbuhan yang organik itu bebas dari anasir seperti racun, radiasi, hormon, antibiotik dan lain-lain unsur buruk.

Tambahan lagi, tidak wujud unsur daripada bahan tambahan seperti pengawet, pengeras, pewarna, pemanis serta perasa pada makanan organik yang punya dampak negatif.

100% Organik!

Bagi pasta Alce Nero pula, ia adalah 100 peratus organik; bermula daripada penggunaan gandum jenis Durum iaitu sejenis tumbuhan dari Itali.

Gandum ini ditanam secara semula jadi dan tradisional tanpa menggunakan sebarang racun perosak, racun herba atau baja kimia. Bebas daripada organisma yang diubah suai secara genetik atau sebarang bahan tambahan.

Penghasilan secara berkualiti tinggi ini dijalankan kerana Alce Nero mahukan kaedah pertanian organik dalam memastikan produk mereka sihat dan bebas daripada sebarang bahan berbahaya untuk tubuh manusia.

Selain daripada tumbuhan gandum, keadaan tanah dan persekitarannya juga diambil kira hinggalah ke peringkat pengeluaran.

Untuk pengetahuan Mama, produk Alce Nero ini telah pun bertapak dalam industri makanan sejak tahun 1970 lagi. Jadi, tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebaikan produk mereka sebab jenama ni mempunyai pengalaman luas untuk hasilkan makanan sihat yang terbaik.

Dengan taglineFrom Our Fields To Your Plate’, ia sekaligus mendorong pihak Alce Nero untuk sentiasa menjaga tahap kualiti produk makanan organik mereka.

Jadi, kalau mahu Mama nikmati pasta yang sihat, sedap, berkualiti serta dijamin halal, hidangkanlah pasta organik daripada Alce Nero. Semestinya ia sajian terbaik untuk Mama dan juga anak-anak, bukan?

Dalam menyediakan hidangan lengkap dan sihat untuk seisi keluarga, golongan mak-mak pasti tak terkecuali berhadapan senario anak yang jemu makan nasi. Dah masak lauk sesuai untuk mereka seperti sup atau lauk yang tak pedas, tiba-tiba buat perangai tak mahu makan.

Jenuh Mama fikir nak pujuk anak makan nasi. Ha, jangan tak tahu Mama, bukan selera kita je berubah, si kecil pun sama! Adakala mereka dah mula jemu dengan nasi menyebabkan lauk kegemaran pun tak nak sentuh.Masa inilah sesuai untuk Mama guna pasta Alce Nero.

Seperti yang dilakukan Puan Liyana Jafry, Puan Sarah Mohd Shah dan Puan Lyndie, ketiga-tiga Mama hebat ini menjadikan pasta Alce Nero sebagai pilihan utama jika anak-anak tak makan nasi pada hari tu.

Diorang tak risau pun nak gunakan makanan proses seperti ini sebab dijamin baik dan sesuai untuk semua golongan. Pasta ni kan dibuat daripada sumber organik. Jadi tak risaulah nak bagi anak makan kerap pun kan Mama?

Bagus Untuk Diet

Selain sesuai untuk hidangan anak-anak, penghasilan pasta berkualiti tinggi serta kaedah pembuatan yang bagus menjadikan pasta Alce Nero adalah hidangan yang memenuhi diet harian. Seperti kata Puan Melissa, Pasta Organik Alce Nero diimport dari Itali, menggunakan kualiti terbaik Gandum Durum organik.

“la bebas daripada pewarna dan pengawet. Semua produk mereka adalah terus dari ladang, ditanam tanpa racun perosak atau bahan kimia sintetik. Setiap produk Alce Nero disahkan organik dengan adanya Pensijilan Organik Eropah dan Pensijilan Organik Jepun,” kata beliau.

Sebab itulah Puan Lynda Roslan dan Puan Zafikha Aida tak risau hidang pasta ni kat anak mereka kerana memenuhi diet harian si kecil.

Selain sesuai untuk seisi keluarga, pasta Alce Nero juga boleh dihidangkan untuk pelbagai jamuan kan Mama. Sesuai sangat kalau tiba-tiba ada tetamu datang tak tahu nak hidangkan apa, guna je pasta Alce Nero seperti yang Mama Siti kongsikan di sini:

1. Organic Fusilli

2. Organic Macaroni

Dan banyak lagi! Daripada dewasa hingga untuk kanak-kanak, pasta Alce Nero memang sesuai dijadikan hidangan untuk keluarga dan tetamu Mama.

Justeru, kena pastikan stock pasta ni sentiasa ada dalam rumah ye. Bila keadaan memerlukan, masak sahaja mengikut kesesuaian.

Yang pasti, Mama tak risau nak hidang menu ni pada tetamu sekiranya mereka yang datang adalah tetamu yang menjaga kesihatan atau yang tengah amalkan eat clean. Sebab pasta ni sesuai untuk semua golongan.

Nak tahu lebih lanjut tentang produk Alce Nero? Mama layari je laman web Alce Nero di SINI tau!


Dapatkan tips pemakanan yang lain di SINI.