Selepas membasuh tandas di tangan, perkara seterusnya yang anda lakukan adalah mengeringkan tangan anda. Terdapat dua pilihan yang biasa kita gunakan di tandas awam, iaitu menggunakan tisu atau pengeringan tangan yang menggunakan haba. Beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan tandas awam di Malaysia sudah memasang alat pengering tangan untuk pengguna. Hal ini dikatakan untuk menjimatkan penggunaan tisu selain dapat juga mengurangkan sampah sarap di tandas akibat tisu yang dibuang bersepah-sepah.
HAND DRYER
Walau bagaimanapun, adakah menggunakan pengering tangan benar-benar bersih dan tidak terdedah kepada pencemaran bakteria? Satu penemuan baru sangat mengejutkan di mana penggunaan pengering tangan ini sebenarnya mendedahkan tangan anda dengan jangkitan bateria yang sudah ada dalam alat pengering tersebut.
Alat pengering tangan yang terdapat di tandas berfungsi dengan menyedut udara daripada sekeliling dan menghembuskan udara panas keluar dengan laju. Dengan penambahan suhu, tangan kita akan lebih mudah cepat kering. Walau bagaimanapun, apabila alat ini menyedut udara daripada sekeliliing persekitaran di dalam tandas yang mengandungi bakteria, angin yang dihembus daripadanya akan melekat pula pada tangan kita. Selain itu, suhu dalaman alat tersebut yang panas juga menggalakkan pembiakan bakteria. Salah satu bakteria yang ada di tangan kita adalah bakteria E.Coli yang menjadi punca cirit-birit. Bahkan penyakit lain yang disebabkan oleh bakteria di tangan adalah batuk, selesema, paru-paru berair, jangkitan mata, telinga dan saluran kencing. Walau bagaimanapun, jika faktor tandas tersebut yang bersih dan persekitarannya terjaga dengan baik, anda tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan mesin pengering tersebut.
LEBIH SELAMAT GUNA TISU
Penggunaan alat pengering tangan di tandas ini didakwa dapat menjimatkan kos. Sekiranya anda ingin membasuh tangan di dalam tandas sebelum makan, sebolehnya elakkan mengeringkan tangan menggunakan alat pengering tangas. Sebaiknya, gunakan tisu.
AMBIL BERAT KEBERSIHAN TANGAN
Bakteria membiak dengan cepat. Segala bakteria yang hinggap di tangan kita setelah memegang objek kotor akan membiak dengan cepat dan jumlahnya semakin banyak di tangan jika tidak dicuci.
- Disarankan mengajar anak mencuci tangan paling minima lima kali sehari iaitu sebelum makan, keluar dari tandas, sebelum minum susu, selepas bermain dan selepas memegang haiwan peliharaan dan sekiranya merasakan tangan kotor selain daripada aktiviti tersebut, digalakkan juga untuk
- Ajar anak mencuci tangan menggunakan sabun. Ini kerana mencuci tangan tanpa menggunakan sabun hanya membunuh kira-kira 28% kuman yang ada di tangan sahaja.
- Sebaiknya cuci tangan menggunakan air mengalir, menggunakan sabun dan cuci paling lama minima 10 saat. Doktor menyarankan mencuci tangan selama 20 saat supaya hasilnya maksima dan bakteria boleh hilang sehingga 100%.
- Jangan risau kerana tiada kesan negatif sekiranya kerap mencuci tangan seperti masalah kulit tangan menjadi kering. Bahkan aktiviti mencuci tangan menjadikan tangan lebih bersih dan menghindarkan daripada pelbagai jangkitan penyakit.
- Menurut kajian, secara purata tangan manusia mempunyai hampir 150 spesies bakteria sementara 80 peratus jangkitan pula boleh tersebar melalui tangan yang kotor.
Sumber: Telegraph.co.uk