Mama Siti nak kongsikan tips yang Mama Papa kena tahu kalau nak gunakan pengangkutan awam. Lagi-lagi kalau Mama Papa jarang-jarang gunakan pengangkutan awam ni. Kadang-kadang nak jugak merasa naik pengangkutan awam dengan anak-anak kan.
Berikut merupakan tips untuk menaiki pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan Lembah Klang.
Tips menaiki LRT/ETS/KTM di Malaysia
1. Membeli Tiket
Untuk naik pengangkutan awam ni Mama Papa ada dua pilihan sama ada gunakan tiket berbentuk token atau menggunakan kad Touch n Go.
Untuk beli token, Mama Papa boleh beli terus di mesin, tapi kalau tak ada mesin, Mama Papa boleh beli terus di kaunter. Bagi warga emas mahupun pesara, anda boleh membuat pembelian di kaunter pada harga token yang jauh lebih rendah. Pastikan Mama Papa sertakan sekali kad pengenalan semasa membuat pembelian tau!
Kalau nak gunakan kad Touch n Go pula Mama Papa kena top-up dulu sekurang-kurangnya sebanyak RM15 (to be safe).
Oh ye! Nak guna IC pun boleh jugak tau. Make sure Mama Papa beli token secukupnya, sebab satu token untuk sorang je.
2. Beratur di Platform Menunggu
Lepas dah beli tiket, Mama Papa sudah boleh bawa anak-anak ke platform menunggu. Time ni la kena guna token untuk platform menunggu.
Mama Papa just masukkan token atau sentuh kad Touch n Go. Jangan lupa ambil semula token tersebut tau!
Pastikan Mama Papa berada di platform mengikut destinasi yang Mama Papa nak tuju. Destinasi ni Mama Papa boleh rujuk dekat papan info atau boleh check online je.
Mama Papa awasi anak-anak supaya tidak terlalu berdiri melebihi garisan warna kuning tau dan beratur. Jangan tolak-tolak ya kalau nak masuk tren ya. Sabar dan ikut giliran anda.
3. Menaiki Train
Tiba lah masa untuk naik train. Sebelum naik train make sure Mama Papa beri laluan dulu kepada penumpang yang nak keluar dulu.
Sedikit nasihat dan perkongsian, jangan menunggu di pintu keluar/masuk tren. Sekiranya ada tempat duduk, terus duduk dan jangan lupa untuk beri ruang kepada orang keluar masuk.
Dalam melayan anak-anak tanya itu ini, Mama Papa perlu peka dengan destinasi yang nak tuju.
Mama Papa perlu peka dengan pengumuman yang dibuat dalam train atau boleh juga berpandukan pada peta laluan yang telah disediakan dalam train.
4. Tiba di Destinasi
Sebelum nak keluar dari train, Mama Papa pastikan semua barang sudah diambil dan pegang tangan anak-anak.
Nak keluar dari platform kena masukkan sekali lagi token atau tap kad Touch n Go sekali lagi. Sama macam time nak masuk platform yang tadi, cuma kali ni tak perlu nak ambik token lagi.
Token ni Mama Papa jangan hilangkan tau, kalau hilang kena denda nanti.
Nota: Kalau terlajak stesen Mama Papa tak perlu nak keluar dan beli tiket baru. Mama Papa cuma perlu naik train yang berlawanan arah je dengan train yang guna tadi.
Tips Menaiki Bas di Lembah Klang
- Mama Papa kena naik bas di hentian yang telah ditentukan je. Tak boleh tahan bas di mana-mana.
- Naik bas ikut pintu depan, dan bila nak turun, kena menggunakan pintu belakang.
- Bayar tambang pula pakai kad Touch n Go sahaja. Wang tunai tak akan di terima kalau nak bayar tambang. Ada dua scanner yang disediakan, satu pintu naik (depan) dan satu lagi pintu turun (belakang). Perlu scan dua kali tau, time nak naik dan turun.
- Bayaran pula akan dikenakan mengikut zon. Bayaran maksimum RM2 akan ditolak dari baki kad Touch n Go Mama Papa. Bila swipe je masa turun di scanner pintu nak turun, refund akan dikembalikan kalau tambang tak sampai RM3.
- Kalau nak tahan bas, Mama Papa angkat je tangan apabila nampak bas yang sedang menuju ke arah bus stop tersebut. Nak turun pula kena tekan button merah di tiang dalam bas.
Oh ada jugak bas free tau, tak perlu nak bayar tambang antaranya bas GOKL dan bas Smart Selangor. Untuk bas perantara (feeder bus) pula kena bayar RM1 one way. Nak tengok jadual bas, senang je Mama Papa boleh check online atau downloads apps bas tersebut.
Kredit Gambar: Paul Tan’s Automotive News
Mama Papa kena check tau baki dalam kad Touch n Go cukup ke tak sebab kalau tak cukup memang tak boleh nak naik bas.
Sebab wang tunai memang tak kan diterima oleh pemandu bas. Jadi, kalau Mama Papa rasa baki tak cukup baik top-up siap-siap.
Tips untuk Melintas di Jalan
1. Lihat Kedua-dua Arah
Sebelum nak melintas jalan, pastikan tengok kedua-dua arah. Tengok kiri kanan beberapa kali sebelum melintas.
Time melintas jangan bermain telefon, focus je ke depan dan jalan laju. Bukan apa ni untuk elakkan dari terlambat melintas atau tersadung.
2. Beri Pendedahan tentang Tanda Isyarat Keselamatan
Mama Papa perlu terangkan kepada anak-anak mengenai isyarat-isyarat keselamatan jalan raya. Bukan lampu traffic light je, isyarat keselamatan yang lain perlu didedahkan kepada mereka jugak.
Ajar anak-anak di mana tempat yang mereka perlu berada time nak melintas macam zebra line tu dan jugak tempat yang bahaya untuk mereka melintas.
Mama Siti harap tips yang Mama Siti kongsikan ni boleh membantu Mama Papa tentang pengangkutan awam.
Nak tahu mana lagi berbaloi kalau online shopping dengan direct pergi kedai? Klik di SINI.