Eh, perut buncit ingatkan sebab ada fibroid, rupanya bila scan ada baby lah!
Mana tak terkejut Mama Papa tiba-tiba je mengandung! Ini lah cryptic pregnancy kalau Mama Papa nak tahu.
Selalunya kita dengar ectopic pregnancy atau kandungan luar rahim je, kali ni Mama Siti kongsikan tentang pengalaman Mama cryptic pregnancy pula.
Kenapa Mama Siti nak tulis tentang cryptic pregnancy ni? Semalam Mama Siti ada scroll Facebook dan terjumpa satu posting Mama alami cryptic pregnancy, di mana tahu-tahu je rasa sakit perut rupanya nak bersalin.
Lebih mengejutkan lagi tak pernah rasa pergerakan baby, period pun macam biasa serta mengambil pil perancang jugak tau. Jom Mama, kita baca detik-detik Mama Nurul Atiqah melahirkan bayi perempuannya.
“Ingat Sakit Perut Biasa, Rupanya Sakit Nak Bersalin!”
Seorang Mama yang bernama Nurul Atiqah ada kongsikan pengalaman beliau tiba-tiba mengalami sakit perut seperti masuk angin dan juga muntah beberapa kali.
Keesokannya, beliau masih alami sakit yang sama malah terasa seperti sembelit mahu membuang air besar. Mama Nurul Atiqah dah ulang-alik ke toilet berapa kali tetapi rasa sakit makin teruk dan terus mengajak suaminya ke hospital.
Dengan perut yang makin tak selesa Mama Nurul Atiqah berbaring di sofa dan ketika itu suaminya ternampak kepala bayi! Dengan keadaan yang terkejut, Puan Nurul Atiqah selamat bersalin dengan disambut oleh suaminya di rumah.
Dalam masa yang sama, mereka juga menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Sementara menunggu ambulans tiba, tali pusat bayi diikat oleh suaminya dengan arahan dari pihak ambulans.
Ceritanya lagi, sepanjang sembilan bulan mengandung, Puan Nurul Atiqah TAK pernah ada simptom mengandung atau pengalaman yang sama seperti semasa mengandungkan anak pertamanya. Waktu mengandung anak pertama dahulu, ada perubahan pada fizikalnya, tetapi untuk kali ini, tidak ada sebarang tanda-tanda pregnant langsung.
Bukan itu je, malah Mama Nurul Atiqah tidak membuka buku pink untuknya sepanjang fasa mengandungnya. Tapi alhamdulillah bayi perempuannya seberat 3.7kg selamat dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna walau tidak menerima sebarang rawatan sepanjang sembilan bulan.
Rupanya ramai ibu-ibu di Malaysia pernah mengalami pengalaman yang sama iaitu bersalin atau mengandung terkejut dan ini dipanggil Cryptic Pregnancy.
Berikut merupakan perkongsian detik berharga mereka di laman TikTok Dr Aziah, selepas beliau kongsikan sepasang suami isteri terkejut hasil scan menunjukkan si isteri sebenarnya sedang mengandung!
Ajaibkan Mama? Siapa sangka ingatkan sakit perut biasa rupanya sakit nak bersalin. Malah komen yang Mama Siti baca pun rata-rata kongsi pengalaman yang sama juga.
Mama Siti doakan Mama yang TTC rasai juga pengalaman menjadi Mama dan dikurniakan zuriat yang comel-comel.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk dapatkan lebih banyak tips dan nasihat Mama mengandung, klik di SINI.