KelabMama

Anak Mama Terlampau Suka Ais Krim? Bapa Ini Kongsi Pengalaman Kesan Positif Buat ‘Jadual Waktu’ Makan Aiskrim Untuk Anak-anak

Kredit gambar: Mizi Wahid

Pencuci mulut seperti ais krim adalah salah satu hidangan yang amat istimewa tidak kira untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak. Ais krim merupakan pencuci mulut yang sering dimakan selepas kita makan ‘the main course’. Ais krim pula banyak variasi, jenama dan perisa! Memang anak Mama spoiled for choice la nak katakan.

So, apa akan jadi jika anak Mama makan ais krim atau makan makanan manis terlalu banyak? Biasanya mereka akan rasa ketagih dan akan minta lagi dan akhirnya akan memudaratkan kesihatan seperti gigi berlubang dan hiperaktif.

Ikuti perkongsian daripada Mizi Wahid, seorang Penulis dan penceramah bebas yang popular. Beliau yang juga merupakan seorang bapa kongsikan beberapa tips keibubapaan dan kesan positifnya pada anak-anaknya.

Mama Siti tertarik dengan perkongsian beliau mengenai “Ice Cream Saturdays” atau ‘hari Ais Krim’ pada anak-anaknya. Ikuti perkongsian beliau:

“Ais Krim Pada Hari Sabtu Sahaja!”

Di rumah, kami ada peraturan yang mengatakan ais krim boleh dimakan hanya pada hari Sabtu. Kita memanggilnya “Ice Cream Saturdays”.

Pengajaran “Ice Cream Saturdays”

Anak-anak faham jika mereka hendak makan ais krim pada hari Isnin, mereka perlu tunggu pada hari Ais Krim. Ini adalah ambilan daripada pengajaran itu:

  1. Kanak-kanak boleh dilatih untuk menahan kehendak mereka dan bersabar. Kita perlu bagi mereka beberapa sebab yang baik dan bantu mereka untuk menahan kehendak sehingga mereka dapat “sweet reward” pada pengakhiran penungguan mereka.
  2. Di dunia ini yang laju dan cepat, ia amat penting untuk kita ajarkan mereka kepuasan tertunda.
  3. Jika anda diberkati dengan lebih daripada seorang anak, anda akan perasan yang mereka akan saling mengingati hari ini hari apa. Dalam kata lain, mereka saling mengingatkan bahawa hari ini bukan hari Sabtu lagi. Oleh itu, mereka boleh menguruskan diri sendiri dan faham akan tanggungjawab bermula dengan kawan yang memahami.
  4. Untuk menangkan pelanggan, perniagaan akan cuba menyampai dengan pantas. Dan itu adalah biasa. Kanak-kanak harus diajar hidup ini bukan seperti itu. Benda yang baik perlukan masa. Untuk pokok membuah, untuk anak dia besarkan dan untuk sekolah dihabiskan.
  1. Pengajaran sampingan: Kita perasan bila hari datang untuk beri ganjaran mereka, ia tidak beza dengan pergi kedai makan dan belanjakan $100 ataupun beli kotak biasa $5. Sebagai ibu bapa, kita perasan yang anak-anak kita tidak kisah jika kita tidak besar-besarkan keadaan.
  2. Saya dan isteri saya harapan anak-anak akan ingat amalan ini bila mereka dewasa. Dan kenangan manis kita kongsikan bersama keluarga mereka. Tetapi yang lebih penting, saya harap mereka lebih kenangkan benda yang kecil daripada hidup yang sementara ini. Tapi benda yang paling penting adalah kita harus sentiasa bersyukur untuk rezeki kita.

Untuk baca tentang post beliau, boleh klik pada link di bawah.

Perkongsian yang sangat dekat di hati daripada saudara Mizi Wahid. Banyak tips yang dikongsikan beliau tentang cara-cara hendak displinkan anak. Mama Siti mengaku bahawa memang susah untuk kawal nafsu makan benda-benda manis ni, terutamanya bagi kanak-kanak!

Terutamanya ais krim. Untuk Mama Siti pun, ia merupakan antara pencuci mulut kegemaran Mama Siti. Tetapi secara amnya, kita harus jaga pemakanan anak-anak kita dan jangan biar mereka makan makanan manis yang berlebihan.

Dan jangan lupa untuk terus bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa doakan agar anak-anak kita sentiasa ingat dengan ajaran kita.

Kredit: Instagram Mizi Wahid