KelabMama

Pengalaman Bersalin Dalam Musim COVID-19

Pengalaman bersalin dalam musim COVID-19 ni semestinya pengalaman yang takkan pernah dilupakan bagi mereka yang dah merasainya. Dalam tempoh PKP ni memang semua benda terbatas termasuklah kawalan ketat dari pihak hospital. Tapi Mama Siti nasihatkan mama yang sedang hamil dan yang sedang menanti hari tu janganlah terlalu risau dan berfikiran negatif ya.

Jom kita ikuti kisah dan pengalaman bersalin seorang mama yang telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada tanggal 24 Mac 2020. Semoga kisah yang dikongsikan oleh Puan Anies Surianie, dapat membuatkan mama lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Bersalin dalam fasa PKP Covid19

Alhamdulillah dah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman bersalin dalam #fasaconvid19 sekarang ni.

Start je Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, nurse KK dah pesan kena bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.

1. TIADA PENEMAN DALAM LABOUR ROOM


Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman. Suami/waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu² yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, kot² nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin)

Ingat balik pesan nurse/doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.

Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung x boleh jenguk isteri dah masa ni.

Saya haritu hanya sorang nurse yg sambut baby. kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada gang nak beranak skali. Hehe hanya katillah yg jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dua² ibu dan anak selamat.

2. TIADA PENEMAN SIANG & MALAM DALAM WAD


Sediakan barang baby & ibu secukupnya. Untuk labour room & dalam wad packing siap² nanti senang husband bawak je. Kalau ada gdm atau rasa² kena beranak emergency pun kena prepare awal².

Paling penting bersedia dengan banyak² BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya SUSU IBU SENJATA UTAMA untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak/suami disisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu.

Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang². Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak menitik jugak la air mata. ? tambah² terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.

3. TIADA PELAWAT DIBENARKAN MASUK PAGI ATAU PETANG


Kalau mak/suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past kat guard je. Beg² baju pun guard Yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.

Nasib baik bersalin kt HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.

Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared be ready. Bawak barang yg rasa betul² diperlukan secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu didada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita?‍. Mintak suami & family doakan proses bersalin dipermudahkan.

Selamat berjuang!
#24March2020 #babyboy
#kitajagakita

Sumber: Anies Surianie

BACA JUGA Doa Mudah Bersalin Untuk Mama Amalkan

Pesan Mama Siti

Diharapkan semua para mama yang bakal melahirkan dalam tempoh kuarantin ini, dikuatkan semangatnya. Pastikan mama-mama cukup bersedia dari aspek fizikal, mental dan juga ilmu-ilmu menjaga bayi baru lahir. Semoga dipermudahkan segala urusan mama-mama semua ya!