KelabMama

Awas! Jangan Lakukan Ini Jika Hidung Anak Mama Berdarah. Doktor Ajar Teknik Sebenar

Hidung berdarah adalah perkara biasa pada kanak-kanak dan ia bukan tanda sebarang masalah yang merisaukan. Terdapat pelbagai faktor mengapa hidung berdarah tetapi jika pendarahan hidung tidak berhenti, Mama harus berjumpa dengan doktor atau pergi ke hospital secepat mungkin.

Sebelum tu, mari kita lihat mengapa pendarahan hidung ini berlaku.

Kenapa Hidung Berdarah?

Pendarahan hidung boleh disebabkan pelbagai faktor, termasuk:

Ikuti perkongisan daripada Dr Samhan yang jelaskan adakah selama ini Mama handle nosebleed dengan cara yang betul ataupun salah? Jom kita baca dengan lebih lanjut~

Betul Ke Cara Mama Selama Ini?

Bahaya suruh anak donggakkan kepala jika hidungnya berdarah! Rupanya selama ini ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.

Elakkan! Cara Yang Salah Jika Berlaku Pendarahan Hidung

  1. Dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir ke belakang hidung dan masuk paru-paru.
  2. Masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.
  3. Biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja!
Kredit gambar: Dr Samhan

Sebaliknya, Ikuti 5 Langkah Yang Berkesan Ini

  1. Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  2. Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit. Suruh nafas melalui mulut.
  3. Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
  4. Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  5. Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit.

Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.

Mama Siti pun tak sangka yang selama ini dongakkan kepala adalah cara yang salah untuk hentikan pendarahan hidung. Mujur ada Dr Samhan untuk betulkan cara Mama selama ini yang mungkin salah. Take note tau, Mama! Lepas ini jangan ulangi kesilapan yang sama. Apa-apa pun pastikan Mama ambil langkah berjaga-jaga ya.

Kredit: Dr Samhan