Mencari rezeki bukan perkara yang mudah. Malah seseorang perlukan kemahiran serta bakat untuk menambah pendapatan isi rumah.
Mungkin sekarang Mama rasa duit tak cukup, ataupun perlukan pendapatan pasif untuk hidup lebih selesa dan berikan yang terbaik untuk anak-anak.
Dengan mempunyai pendapatan pasif, Mama boleh berbelanja dengan selesa dan tidak lagi memikirkan kenapa barang semua mahal.
Mama Siti nak terangkan sikit lah tentang ini. Jom kita baca!
Apa Itu Pendapatan Pasif
Pekerjaan sampingan mungkin dilakukan kerana keperluan, apabila pendapatan kerja utama tidak mencukupi untuk menampung mereka, atau keperluan dan kehendak semata-mata untuk memperoleh lebih banyak pendapatan.
Mestilah anak-anak menjadi tanggungjawab utama kita ataupun belanja anak cukup tapi nak belanja diri sendiri atau keluarga tak cukup. Boleh tambahan pendapatan pasif pula.
Bagaimana Mama Membuat Pendapatan Pasif?
1. Pemasaran Gabungan (Affiliate Marketing)
Di zaman Twitter dan TikTok, ini kerja yang paling mudah yang Mama boleh cuba dalami.
Affiliate marketing menjadi pekerjaan pendapatan sampingan yang popular pada tahun 2022. Banyak sangat jenis kerja gabungan yang boleh Mama buat ikut minat Mama.
Pastikan Mama pilih barang yang khusus supaya mendapat lebih banyak sambutan daripada orang luar. TikTok adalah salah satu platform yang popular untuk pemasaran gabungan berbanding Facebook dan Twitter mengikut target audience Mama.
Banyak kelebihannya seperti Mama tidak perlu menyimpan stok. Senang cakap, macam jadi sales person, tapi secara dalam talian. Lebih ramai pelanggan Mama membeli melalui affiliate link itu, lebih banyak komisen yang Mama akan dapat.
Dengan cara ni, Mama boleh la dapat duit lebih, malah boleh menyimpan untuk dana kecemasan Mama.
2. Bakat dan Kemahiran
Bagi mereka yang mempunyai sesuatu bakat dan kemahiran, Mama bolehlah peroleh pendapatan pasif dengan cara ini.
Contohnya, jika Mama mempunyai kebolehan untuk mengajar, mungkin Mama boleh menjadi tutor online.
Bagi orang yang suka berkomunikasi dan menjadi tumpuan, menjadi TikToker, vlogger dan YouTuber adalah yang paling sesuai untuk Mama. Mama juga boleh menjadi freelance di website seperti Fiverr, Workana dan Upwork.
Jika Mama minat alat solek dan pandai solekkan orang, bolehlah Mama cuba jadi jurusolek atau MUA.
Jika Mama pandai mengaji, boleh juga buka kelas mengaji. Ghost writer juga antara kerja yang popular sebab mereka perlu menulis dan menyelesaikan tugasan bertulis tanpa nama bagi pihak pelanggan Mama.
3. Perniagaan Sampingan
Jika Mama dan Papa suka berbisnes, bolehlah cuba berniaga sampingan pada masa lapang. Salah satu perniagaan yang pasti akan membawa untung adalah penghantaran makanan ke rumah.
Jika Mama masak sedap dan yakin dengan kemahiran memasak, cubalah buat satu menu itu dan jual di tempat kerja atau pada jiran-jiran.
Selain itu, Mama juga boleh mencuba menjual barangan preloved di platform seperti TikTok Shop, Shopee, dan Carousell. Mama juga boleh cari barang trending atau syarikat popular untuk mendaftar sebagai ejen-ejen dropship.
4. Car Boot Sale
Kalau banyak sangat baju dekat almari tu dan tak terpakai, tapi MASIH elok, apa kata Mama buat jualan car boot sale?
Disamping menambah pendapatan, Mama juga dapat kosongkan almari untuk baju baharu dan meningkatkan pendapatan Mama.
Bukan baju je tau! Handbag, perabot, alatan dapur dan sebagainya pun boleh dijual.
Antara kawasan car boot sale yang famous yang Mama boleh join adalah, Lembah Keramat, Puncak Jalil dan Taman Melawati.
5. Data Entry, Customer Service
Jika Mama inginkan pekerjaan yang tetap dengan masa, Mama boleh cuba apply kerja data entry dan customer service. Kerja-kerja seperti ini sebenarnya amat popular.
Sebagai customer service, Mama akan mewakili syarikat dan bekerjasama untuk bercakap dan menjawab pertanyaan daripada pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan mereka tawarkan.
Banyak platform yang menawarkan pekerjaan seperti ini. Antara platform yang Mama boleh lawat adalah GoGet.
Terdapat pelbagai jenis kerja yang tersedia di GoGet dan Mama boleh memohon bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pelbagai pekerjaan yang tersedia seperti pentadbiran, logistik, operasi, jualan/pemasaran, rumah dan banyak lagi.
Itulah serba sedikit ilmu tentang pendapatan pasif yang Mama boleh cuba. Jika kerja tidak berapa berat, mungkin boleh pertimbangkan kerja-kerja ini untuk menambahkan isi pendapatan rumah ataupun jika Mama mahu menyimpan dana kecemasan.
Barang-barang anak, barang sekolah pun memerlukan duit yang banyak tau!
Selamat mencuba~
Dapatkan lebih banyak tips kewangan di SINI!