Bermula 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024 pendaftaran murid tahun satu sesi 2025/2026, Mama Papa sudah boleh mendaftarnya secara online.
Kanak-kanak yang layak didaftarkan terdiri daripada warganegara Malaysia dan lahir pada 2 Januari 2028 sehingga 1 Januari 2019.
Permohonan pendaftaran secara online untuk kemasukan murid ke tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk seluruh negeri di Semanjung Malaysia (termasuklah Sabah, Sarawak dan WP Labuan) untuk sesi 2025/2026 telah dibuka dan Mama Papa sudah boleh mendaftarnya sekarang.
Untuk permohonan pendaftaran murid ke Tahun Satu 2025/2026 boleh dibuat menerusi Modul Pengurusan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online.
Mama Papa yang melepasi syaratkelayakan bolehlah membuat permohonan menggunakan sistem apliksi borang pendaftaran secara online di Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam atau nama ringkasnya MOiES KPM.
Mama Papa perlu pastikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa permohonan perlu dilampirkan dengan lengkap supaya permohonan diterima.
Pendaftaran Secara Online
Permohonan daftar Tahun 1 Online Ambilan 2025/2026
- Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM Permohonan Pendaftaran Online Murid Tahun 1
- Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM Daftar Pengguna MOEIS (Pengguna Baru/Kali Pertama)
Panduan untuk Sistem Pengurusan IDentiti (idMe):
Mama Papa (pengguna pertama kali Sistem MOEIS) perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) perlu membuat akaun sendiri dahulu untuk membolehkan sistem dapat diakses sepenuhnya seelum dapat membuat permohonan untuk anak Mama Papa ke tahun 1.
Selepas Mama Papa mengisi borang di sistem, Mama perlu mencetak borang pendaftaran tersebut untuk mendapatkan pengesahan oleh pihak sekolah, dan juga untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran dalam tempoh 14 hari beserta dengan dokumen-dokumen penting.
Antara Dokumen yang Perlu Dibawa ke Sekolah Semasa Pendaftaran Murid Tahun Satu:
- Cetakan borang permohonan online
- Sijil lahir kanak-kanak (salinan asal beserta satu salinan)
- Kad pengenalan Mama Papa(salinan asal beserta satu salinan kad pengenalan Mama Papa)
- Surat nikah/surat cerai (salinan asal dan satu salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu sebagai bukti tempat tinggal
- Laporan kesihatan doktor atau kad OKU (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
- Surat hak penjagaan/sijil perintah mahkamah (jika berkaitan)
Dengan adanya sistem pendaftaran secara online ini dapat memudahkan urusan Mama Papa mengisi borang dan proses pendaftaran juga tidak mengambil masa yang lama.
Mama Papa dapatkan lebih banyak berita terkini di SINI.