Sebagai seorang yang sudah berkahwin dan mempunyai status sebagai isteri, pasti terdetik dalam hati keinginan untuk status tersebut bertukar menjadi seorang ibu. Namun, kita hanya mampu merancang dan tuhan Yang Maha Esa yang menentukan segalanya.
Sama juga dengan saya. Tahun ini masuk tahun ketiga perkahwinan saya dan suami. Namun, masih tiada rezeki dikurniakan cahaya mata. Kami tidaklah merancang dan tidak pernah merancang, namun tidak juga terlalu mengharap semasa diawal perkahwinan.
Walau bagaimanapun, ‘bahang’ dan tekanan persoalan orang sekeliling seperti memberi satu beban kepada kami suami isteri. Daripada rasa biasa dan tidak endah kerana kami berdua redha dengan takdir-Nya, namun dek persoalan yang berjela, lama kelamaan tekanan tersebut semakin terasa.
“Dah pergi check ke belum? Check jelah. Dah lama kan kahwin?”
“Merancang ke? Dah berapa tahun kan kahwin. Takkan tak lekat lagi?”
Senang je orang cakap. Dan yang paling terkesan di hati apabila ada ahli keluarga terdekat sendiri sanggup berkata,
“Tengoklah diorang tu. Takde anak lagi.”
Sambil menuding jari ke arah kami suami isteri.
Walaupun kami menerima semuanya dengan senyuman, namun hanya kami berdua yang merasai pedihnya kata-kata dan persoalan mereka. Bak kata pepatah, lidah tak bertulang itu lebih tajam dari mata pedang.
Faktor Utama Sukar Membuat Keputusan Untuk Melakukan Pemeriksaan Kesuburan
Nak buat checkup pun bukan mudah! Bab masa, waktu yang sesuai untuk suami isteri kerana kedua-duanya bekerja dan yang pastinya, faktor kewangan. Hanya yang pernah melaluinya sahaja tahu apa yang harus ditempuhi dan dibincangkan sebelum membuat sesuatu keputusan.
Setelah beberapa perbincangan dilakukan, kami suami isteri akhirnya membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan kesuburan di sebuah pusat kesuburan yang sangat Muslim-friendly iaitu di Alhaya Fertility Centre. Kalau anda nak tahu, Alhaya Fertility Centre ini merupakan anak syarikat Kumpulan Alpha IVF.
Berikut merupakan proses pemeriksaan di Alhaya Fertility Centre:
#1: Medical History
Selepas janij temu telah ditetapkan dengan pihak Alhaya Fertility Centre, saya harus mengisi maklumat di e-borang yang diberikan dan menjawab beberapa soalan.
Soalan-soalan tersebut adalah untuk pihak Alhaya memahami sejarah perubatan, gaya hidup, pengalaman reproduktif, sejarah keluarga, dan juga kekerapan bersama suami isteri.
Untuk proses ini, saya nasihatkan untuk buang segala rasa malu dan segan. Berikan maklumat yang sahih dan jujur. Barulah doktor dan jururawat lebih bersedia untuk consult anda pada hari pemeriksaan kesuburan tersebut.
#2 Analisis Air Mani dan Pemeriksaan Tekanan Darah (untuk isteri sahaja)
Pada hari janji temu, kami suami isteri dibawa ke bilik perubatan khas – iaitu pemeriksaan tekanan darah untuk isteri dan analisis air mani untuk suami.
Langkah ini adalah kritikal kerana ia melibatkan ujian analisis sperma. Selepas lebih kurang dua jam, barulah keputusan ujian analisa sperma tersebut akan tersedia.
#3 Imbasan Ultrasound Perut & Pelvis (+ Pap Smear!)
Apabila keputusan ujian analisa sperma telah keluar, kami suami isteri dipanggil untuk berjumpa dengan pakar dan untuk keselesaan saya, saya memilih untuk mendapat konsultasi bersama Dr. Wan Syahirah atau juga dikenali sebagai Dr. Sera.
Secara umumnya, imbasan ultrasound perut adalah untuk melihat gambaran keseluruhan keadaan organ pelvis wanita. Dan kemudian diteruskan dengan imbasan transvaginal untuk melihat lapisan rahim dengan lebih mendalam – dari sini baru kita tahu bilangan telur kita adalah normal atau tidak.
Kedua-dua pemeriksaan terperinci ini membantu mengenal pasti isu yang berpotensi mengganggu tahap kesuburan kita sebagai isteri seperti fibroid.
Selesai sahaja kedua-dua pemeriksaan tersebut, saya teruskan dengan pemeriksaan Pap Smear (ye, yang muncung itik tu!). Ini juga merupakan kali pertama saya melakukan pemeriksaan pap smear. Dan atas saranan Dr. Sera, saya teruskan.
Rupanya tidaklah sakit mana. Ada sedikit rasa tidak selesa, namun ia sekejap sahaja dan bearable gitu.
Selesai ketiga-tiga ujian, barulah kami suami isteri diberi penjelasan yang lebih mendalam mengenai keputusan analisis sperma dan hasil imbasan tadi. Semasa konsultasi ini juga, ambil peluang untuk menanyakan apa sahaja keraguan dan persoalan yang sentiasa bermain di fikiran.
Penerangan yang jelas daripada Dr. Sera sangat membantu. Malah, Dr. Sera juga ada mencadangkan beberapa ujian susulan (sekiranya perlu) untuk kami berdua di masa akan datang.
Alhamdulillah, ujian kedua-duanya menunjukkan keputusan yang positif. Jadi, buat masa sekarang, kami suami isteri putuskan untuk terus mencuba secara semula jadi dan banyakkan berdoa agar dikurniakan rezeki zuriat oleh Allah SWT kelak.
Sejujurnya, jika di tanya; kami suami isteri lebih bimbangkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa melakukan ujian-ujian tersebut berbanding keputusannya. Tetapi, semuanya berjalan dengan lancar dan pihak Alhaya Fertility Centre juga sangat membantu dan friendly!
Alhaya Fertility Centre – Muslim-friendly & Berpatutan!
Alhaya Fertility Centre merupakan sebuah pusat kesuburan yang terletak di KPJ Damansara Specialist Hospital 2, di Kuala Lumpur. Ia merupakan pusat kesuburan yang dilengkapi dengan kemudahan terkini dan teknologi IVF termaju yang menjurus ke arah peningkatan keperluan rawatan kesuburan pada zaman sekarang.
Terdiri daripada pakar dan pasukan profesional yang berpengalaman seperti Dr. Haris Hamzah dan Dr. Wan Syahirah Yang Mohsin, Ms Tiffany Tee, dan ramai lagi.
Bagi pasangan yang sudah lama menantikan zuriat, saya syorkan anda untuk turut melakukan pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre. Saya pasti ada keraguan dan kebimbangan untuk anda melakukan pemeriksaan ini. Tetapi, adalah lebih baik untuk anda teruskan kerana sekurang-kurangnya anda tahu tahap kesuburan anda dan suami.
Kepada semua pejuang TTC (Trying-to-Conceive), saya doakan kita semua dikurniakan zuriat yang soleh, solehah, dan sihat sempurna dalam masa terdekat. Jangan putus asa, dan percaya dengan rezeki dan takdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.
Soon, InsyaAllah <3
Jom baca perkongsian para ibu dan juga bakal ibu yang lain di SINI. Baca juga perkongsian eksklusif Dr. Sera di SINI.