Tujuan utama mengajar bayi membaca adalah menjadikannya seronok dengan aktiviti tersebut. Bukanlah ingin mencapai tahap-tahap tertentu. Cuba bayangkan jika bayi tidak diajar membaca sejak kecil, adakah sewaktu besarnya, dia akan menjadikan membaca sebagai hobinya?
Bayi yang didedahkan dengan teknik pembacaan yang betul akan mula menyukai proses membaca sehingga aktiviti tersebut menjadi rutin bagi bayi dan mereka amat menyukainya. Jadi, adakah anda akan merasakan bahawa bayi anda akan mengalami masalah dalam proses pembelajarannya atau mula tidak menunjukkan minatnya untuk belajar membaca ketika ke pra sekolah kelak? Teknik yang paling sesuai untuk bayi adalah mengajarkan perkataan-perkataan yang mudah baginya. Satu demi satu perkataan. Dan perkataan tersebut adalah perkataan yang difahaminya.
Itulah langkah awal dalam proses menggunakan flashcard kepada bayi. Glenn Doman, pelopor Institutes for the Achievement of Human Potential(IAHP) berkata: “Bayi sangat bijak dalam bidang linguistik (bahasa)” Hal ini kerana beliau sendiri telah membuktikan bahawa bayi yang diajar bahasa kedua, ketiga dan seterusnya dapat menguasai semua bahasa tersebut tanpa mengabaikan bahasa pertama mereka. Kajian ini dijalankan di Philadelphia. Dalam proses pengajaran kepada bayi, Doman menegaskan 3 syarat utama yang perlu diberi perhatian. Kuat, jelas dan berulang-ulang. Alasannya adalah, bayi tidak belajar bahasa melalui mata kemudian ke otak, akan tetapi, ia melalui telinga dan terus ke otak. Oleh sebab itu, sebutannya perlulah kuat, jelas dan berulang-ulang.
Penggunaan flashcard dalam mendidik si kecil memahirkan diri dalam pelajaran adalah satu kaedah yang mudah dan murah. Pelbagai aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan dengan flashcard dan ianya bolah dibahagikan mengikut fungsi aktiviti itu samaada untuk melatih memori, latih tubi, mengenalpasti objek dan aktiviti. Cuba aktiviti ini:
UJIAN MEMORI
- Aktiviti ini direka untuk menguji memori anak-anak dan pelajar-pelajar anda. Apa yang anda perlu buat ialah meletakkan beberapa kad tersebut di atas lantai dalam bentuk bulatan.
- Biarkan bahagian yang bergambar di atas. Jika ianya melibatkan seorang sahaja beri masa seminit untuk mereka mengingati kesemua objek yang ada di kesemua flashcard itu.
- Jika anda melakukan dengan satu kumpulan kanak-kanak atau pelajar anda boleh bahagikan mereka dalam dua atau lebih kumpulan dan beri mereka dua minit untuk menyenaraikan kesemua objek yang mereka boleh ingat.
- Latihan ini amat sesuai untuk menguji memori kanak-kanak disamping memberi mereka satu jenis senaman minda. Apa yang penting ialah ada perlu mereka aktiviti sebegini sebagai satu permainan kepada kanak-kanak itu dan bukan membuatnya sebagai satu latihan. Ini untuk memastikan mereka seronok dengan aktiviti itu dan tidak merasa tertekan untuk menghafal kad-kad imbas itu.
AKTIVITI LATIHTUBI – KAD GHAIB
- Dalam aktiviti ini anda boleh letakkan 9 flashcard di atas papan tulis.
- Pastikan yang bahagian gambar flashcard itu ialah bahagian yang kelihatan.
- Lukiskan bulatan di sekeliling kesemua flashcard itu.Kemudian gunakan pen dan tunjukkan kepada kesemua sembilan flashcard itu berulangkali dan sebutkan setiap perkataan flashcard itu. Tanggalkan flashcard itu satu persatu tapi teruskan menunjuk di mana flashcard itu berada tadi.
- Bila anda tanggalkan flashcard yang pertama anda perlu menunjuk kepada tempat kosong itu dan mengangguk kepala anda dan menggalakkan anak itu menyebut perkataan flashcard yang telah anda tanggalkan itu.
- Anak anda akan merasa terkejut yang mereka boleh mengingati gambar-gambar flashcard itu. Untuk anak anda yang masih kecil, anda boleh meletakkan semula flashcard itu ketempatnya yang betul dan bertanya kepada mereka kemana kad itu pergi.
- Aktiviti ini akan menonjolkan kesan peralatan visual dan ianya akan membuktikan yang imej yang dilihat di flashcard itu akan ‘melekat’ dalam minda pelajar.
DEDAHKAN PERKATAAN ITU
- Tutupkan kad imbas atau kad perkataan dengan sekeping kad dan kemudian dedahkan flashcard itu perlahan-lahan dan minta anak-anak atau pelajar-pelajar anda mengagak kad mana yang anda sedang dedahkan itu.
- Apabila kad itu telah didedahkan anda boleh melagukan perkataan kad imbas atau kad perkataan itu.
- Bezakan nada suara anda, berbisik dan jeritkan perkataan-perkataan itu. Kanak-kanak itu akan secara otomatik meniru anda.
- Selain dari itu anda boleh membalikkan kad-kad itu dengan cepat agar mereka dapat melihat kad itu sepintas lalu dan ulang semula perbuatan anda itu hinggalah mereka dapat mengagak dengan tepat perkataan untuk flashcard itu.
Sumber: Knowledge Centre
Dapatkan pelbagai flashcard dan barangan keperluan bayi yang menarik di Motherhood.com.my!