Dr. Say, doktor selebriti dan seorang personaliti media sosial, meluahkan rasa kecewanya dengan kejadian di mana dua orang pembantu rumah membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
Walaupun dalam rumah Dr. Say sudah ada CCTV tetapi kedua-dua pembantu tersebut mengambil tindakan berani dengan mengalihkan kedudukan CCTV untuk mengelakkan kelibat dua lelaki masuk ke dalam rumah, walaupun Dr. Say berada di dalam biliknya ketika kejadian berlaku.
Dr Say mendedahkan kejadian tersebut di Instagram nya bahawa dua lelaki tersebut ditemui bersembunyi di atas katil dengan berselimut di bilik pembantu rumahnya.
“Apabila pintu dibuka, saya nampak bayi saya sedang tidur dalam rocker di antara dua katil pembantu rumah saya dan nampak dua lelaki sedang bersembunyi dalam selimut atas katil.”
“Polis suruh saya ambil bayi dan mereka ‘ajar’ dua lelaki tersebut. Disebabkan mereka masuk atas jemputan pembantu rumah dan bukan pecah masuk, mereka tidak boleh ditangkap.”
“Polis bagi saya selesaikan sendiri dengan pembantu rumah dan saya memang marah kepada mereka… saya sangat kecewa dengan mereka.”
“Saya layan mereka dengan baik tetapi layanan yang mereka beri kepada anak-anak saya seperti binatang. Mereka mendedahkan anak-anak saya kepada orang yang tidak dikenali. Apa yang akan terjadi jika anak saya menangis ketika mereka sedang ‘buat projek’ tu? Mungkin anak saya akan dicederakan atau dibunuh,” ujarnya kecewa.
Dr Say juga memberitahu bahawa tindakan telah diambil dan kedua-dua pembantu rumahnya telah dikembalikan kepada agensi masing-masing.
“Saya hubungi agensi setiap pembantu rumah saya. Agensi pembantu rumah Indonesia telah mengambil pembantu rumah saya, manakala yang Filipina hanya menunggu masa,” jelasnya.
Dr Say turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu memberi muka kepada pembantu rumah kerana bimbang kejadian seperti ini akan berulang.
“Pengajaran yang saya dapat adalah jangan percaya sesiapa dan jangan beri muka kepada pembantu rumah. Dulu saya pernah dapat pembantu rumah Indonesia yang merokok.”
“Kami belajar dari situ untuk tidak memberi muka tetapi nampaknya kena lebih tegas lagi.”
“Bila saya tanya pembantu rumah Filipina, katanya semalam adalah kali pertama mereka membawa lelaki masuk rumah.”
“Syukur Allah tunjukkan even kali pertama dah kantoi. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat dan terima kasih atas keprihatinan anda,” ujarnya.
Nasib baik Dr. Say mengambil langkah yang bijak dan bertindak secara rasional serta tidak mengabaikan teguran jirannya. Mama Siti tidak dapat bayangkan sekiranya berlaku kejadian yang bukan-bukan dengan adanya bayi di dalam bilik mereka walaupun Dr. Say sendiri berada dalam rumahnya.
Peringatan untuk Mama Papa dengan Pembantu Rumah
- Tetapkan peraturan jelas: Mama Papa sediakan senarai peraturan yang jelas mengenai tingkah laku dan tanggungjawab pembantu rumah.
- Gunakan kamera keselamatan: Pasang CCTV di rumah untuk memantau aktiviti pembantu rumah dan memastikan keselamatan anak-anak tanpa pengetahuan mereka.
- Pantau secara berkala: Lakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan pembantu rumah menjalankan tugas dengan baik dan mematuhi peraturan.
- Semak latar belakang: Sebelum mengambil pembantu rumah, pastikan Mama Papa melakukan semakan latar belakang untuk memastikan mereka adalah individu yang boleh dipercayai.
- Berpesan kepada anak-anak hindari orang asing: Sekiranya anak Mama Papa sudah besar, berikan pemahaman kepada anak-anak mengenai bahaya berinteraksi dengan orang asing dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku situasi kecemasan.
Dengan tips ini, semoga Mama dan Papa dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak serta menjaga hubungan baik dengan pembantu rumah.
Mama Siti berharap Mama dan Papa juga menetapkan batasan yang jelas dengan pembantu rumah supaya mereka tidak melakukan apa-apa yang melampaui batas.
Mama Siti tidak pukul rata semua pembantu rumah, kerana ada juga yang baik dan setia berkhidmat hingga berusia. Namun, Mama dan Papa perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar kejadian seperti ini tidak berlaku kepada keluarga Mama Papa juga.
Dapatkan lebih banyak berita yang trending di SINI.