KelabMama

Nak Jadi Langsing Macam Wanita Jepun? Cuba 5 Tips Ini

Kalau kita tengok wanita Jepun dalam mana-mana drama, mesti kita puji pelakon wanita dia. Katanya, “Cantiknya dia… Makan apalah sampai jadi kurus macam ni?“, sebab dah tua pun kecantikan mereka masih lagi terserlah. Siapa saja tak impikan tubuh badan yang ramping, langsing dan kekal bertenaga hingga hari tua kan?

Kita pun ikut curious. Lebih-lebih lagi untuk mama yang baru saja lepas bersalin. Tiap hari runsing fikirkan macam mana nak kekalkan bentuk tubuh badan yang ramping dan langsing. Bukan niat nak menunjuk ye, tapi untuk pikat hati suami yang satu tu lah.

Wanita Jepun terkenal dengan bentuk badan langsing dan memiliki kesihatan yang baik berbanding wanita lain di dunia.

Walaupun tak semua beranggapan bentuk tubuh badan yang kurus, langsing dan ramping itu menarik, namun lain pula bagi orang Jepun dan Korea khususnya. Wanita di Jepun dan Korea sangat menggemarkan dan ‘adore’ mereka yang mempunyai tubuh badan kecil, kurus dan ramping.

Nak Tau Apa Rahsia Mereka? Haa Sini KelabMama Nak Kongsikan:

1. Diet Yang Kaya Dengan Nutrisi & Seimbang

Kalau dengar saja makanan Jepun, mesti makanan pertama yang semua orang akan fikir adalah sushi. Tapi, bukan sushi semata saja tau! Orang Jepun sebenarnya amalkan gaya pemakanan yang paling sihat dan seimbang. Mereka mengamalkan pemakanan harian yang mengandungi ikan, sayuran, rumpai laut, nasi, soya dan buah-buahan.

Makanan mereka sering dimasak panas dan hanya menggunakan bahan-bahan segar dan berkhasiat. Satu lagi tips bagus untuk mama, mereka berhenti makan sebelum kenyang dan tak makan makanan segera dan tinggi kalori. Ini baru menjaga kesihatan!

Gaya hidup masyarakat Jepun sangat teratur dan menyihatkan.

2. Cara Memasak Masyarakat Jepun

Selain makanan mentah, orang Jepun lebih gemar makanan mereka dipanggang, direbus, dibakar dan dikukus berbanding makanan goreng. Ramuan makanan sering dihiris halus atau dipotong kecil agar lebih mudah masak. Untuk makanan yang perlu digoreng pula, mereka hanya gunakan minyak yang sangat sedikit ketika memasak.

3. Nasi VS Roti

Nak nasi ke nak roti? Kalau diet, macam baik makan roti je.

Seperti Malaysia, negara Jepun juga menjadikan nasi sebagai makanan ruji mereka.

Itu kata rakyat Malaysia, tapi bukan begitu di Jepun. Ramai yang tak tahu sebenarnya nasi lebih baik sebagai makanan diet berbanding roti. Nasi harus dimasak tanpa sebarang bahan perasa, garam ataupun mentega. Patutlah rata-rata makanan mereka tawar saja. Malah, nasi juga mesti nasi kosong semata.

4. Katakan “Tidak” Pada Manisan

Orang jepun tak gemarkan manisan macam orang kita. Pencuci mulut pun jarang didengar di negara tersebut. Kalau yang paling popular dan menjadi pilihan orang Jepun pun adalah, mochi. Ha, apa mochi ni?

Mochi adalah kuih yang terbuat dari beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudian dibentuk menjadi bulat.  Inti mochi biasanya berasaskan kekacang atau buah, malah kandungan gula dalam mochi juga sangat sedikit dan yang paling penting, ianya kurang lemak!

Pencuci mulut mereka selalunya sesuatu yang kurang manis seperti aiskrim teh hijau atau mochi yang diperbuat daripada beras.

Patutla wanita Jepun ni kurus, langsing saja. Kurang pengambilan makanan bergula dan banyak ambil makanan semulajadi! Barula betul-betul diet.

5. Di Jepun, Hidangan Utama: Sarapan

Di Jepun, sarapan pagi menjadi makanan hidangan utama berbanding makanan tengah hari. Mereka amalkan makanan berat semasa sarapan. Antara menu yang menjadi pilihan ialah telur, nasi, ikan bakar, dan sebagainya.

Mama tunggu apa lagi? Cuba amalkan gaya pemakanan wanita di negara matahari terbit mulai hari ini! InshaAllah badan kekal ramping hingga hari tua.

Sumber: wanista

BACA JUGA AMALAN PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG SEJAK ZAMAN NENEK MOYANG

Pesan Mama Siti:

Rupa-rupanya, menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding masyarakat di negara lain! Wah, hebat tu. Jadi, kalau mama dan papa nak kekal sihat, awet muda dan tak gemuk, cubalah tips yang Mama Siti kongsikan ni. Mana tahu, lepas sebulan dah kurus. Belum cuba belum tahu kan?