Mama Siti percaya pasti ramai parents yang merasakan tabiat memeluk anak itu perkara biasa, ianya cuma simbolik kepada kasih sayang. Bagaimanapun pasti ramai terkejut apabila mengetahui terdapat banyak manfaat kepada anak-anak apabila mereka kerap dipeluk.
Sedangkan bayi menangis tanpa henti yang bukan disebabkan lapar atau kembung perut pun boleh ditenangkan hanya dengan pelukan.
Ini kerana bayi merasa selamat saat berada dalam dambaan seseorang, malah ibu dan ayah juga pasti perasan ketika memeluk si kecil, mereka mudah lena dalam pangkuan. Selain berasa selamat, pelukan juga memberikan keselesaan kepada bayi.
Jadi lihat, bayi yang masih tak mengerti tentang kasih sayang pun boleh ditenteramkan dengan pelukan, apatah lagi effect berkenaan kepada kanak-kanak dan remaja dimana fasa umur ini mereka mula memberontak serta stress.
Tidak kiralah sama ada anak itu masih kecil atau meningkat dewasa, aktiviti pelukan ini memberi kesan positif kepada mereka.
Kalau ibu dan ayah dah lama tak dakap si anak, ayuh mulakan hari ini! Jangan tangguh lagi kerana pasti ibu dan ayah akan terkejut dengan kesan yang berlaku!
1. Membina Tumbesaran Yang Baik Untuk Anak
Laporan daripada laman web PNAS memaklumkan bahawa kajian dilakukan oleh University of California mendapati pelukan boleh menghasilkan hormon oxytocin (hormon gembira). Hormon ini menggalakkan tumbesaran kerana oxytocin boleh menghasilkan perkembangan fizikal kanak-kanak.
Jadi, bagi yang merasakan anak mereka tidak memiliki tumbesaran yang baik, rajin-rajinlah peluk dan gembirakan mereka.
2. Membina Keyakinan Diri Anak
Ini manfaat yang pasti ramai ketahui dan ia boleh dirasai saat memeluk anak-anak pada ketika itu juga. Bagi seseorang yang dipeluk, mereka akan mempunyai keyakinan diri dan menjadi lebih berani.
Sebagai contoh situasi jika anak-anak kita mahu menyertai sesuatu pertandingan dan mereka rasa nervous, mesti kita berikan pelukan sebagai mententeramkan mereka. Ia kerana pelukan ketika itu sangat membantu.
Namun, jangan tunggu dalam pertandingan sahaja. Jika ibu dan ayah kerap peluk mereka, manfaatnya tetap sama iaitu mereka akan lebih yakin. It helps to build their self-esteem.
3. Anak Lebih Bijak
Kajian oleh Nationwide Children’s Hospital di Amerika Syarikat yang telah dipaparkan di laman web Current Biology menyatakan sentuhan fizikal boleh memberi respon otak yang lebih kuat.
Anak yang dipeluk sekurangnya 20 minit sehari akan menghasilkan ‘brain growth hormone’ dengan banyak yang mana ia membantu perkembangan pesat otaknya sekaligus menjadi kanak-kanak yang lebih bijak dek kerana perhubungan sel-sel otak mereka yang aktif.
4. Menjadikan Mental Anak Lebih Kuat
Menurut laporan oleh National Libray Of Medicine pada tahun 2013 mengatakan, pelukan kepada bayi boleh membuatkan si kecil menjadi sihat dan kuat. Ia berikutan hormon oxytocin yang berupaya mengurangkan tahap plasma dan kortisol.
Manakala bagi peringkat usia kanak-kanak pula ia menghasilkan kekuatan dalam jiwa sekaligus menjadikan mereka adalah budak yang lebih tahan lasak dengan masalah dan cabaran berbanding yang jarang dipeluk. Mereka tidak cepat tertekan dan susah mengalami kemurungan.
5. Mengimbangi Emosi Anak
Selain itu, laporan daripada National Library of Medicine sekali lagi merekodkan bahawa pelukan boleh membantu ibu bapa mengawal tantrum anak kerana ia mengurangkan stres dan menenangkan.
Namun, pastikan ibu atau ayah berada dalam fasa tenang saat memeluk anak. Emosi anak yang bergelora tadi boleh calm dengan cepat kerana emosi boleh berjangkit tau!
6. Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan
Ini paling berkesan apabila pelukan boleh menguatkan hubungan kasih sayang. Mesti semua setujukan? Jika kerap memeluk anak, percayalah mereka akan menjadi budak yang lebih tenang dan manja dengan ibu bapanya.
Sebab dah biasa dipeluk, jadi anak-anak ini akan merasakan kasih sayang daripada ibu dan ayah mereka sekaligus menjadikan mereka bersikap penyayang juga.
Apabila menjadi kanak-kanak penyayang, maka hubungan kekeluargaan itu lebih harmoni.