KelabMama

Rahsia Pelukan Mama Pada Si Manja Yang Ramai Tak Ambil Kisah

Benarkah sentuhan sangat penting bagi kanak-kanak? Pernahkah kita dengar hadis yang sangat popular me­ngenai anak yatim iaitu, “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.” (Hadis riwayat Ahmad)

Bila kali terakhir Mama, Papa peluk cium anak?

Menurut Felo Senior di Akademi Trauma Kanak-Kanak di Houston, Dr Bruce Perry yang menjalankan kajian mengenai kepentingan sentuhan terhadap kanak-kanak mendapati apabila sentuhan dan hubungan mata tidak wujud, korteks pada bahagian hadapan otak tidak membesar.

Sentuhan dan pelukan adalah keperluan biologi dalam kehidupan manusia. Ia sama seperti udara yang diperlukan untuk bernafas serta salah satu keperluan yang memberikan kebaikan kepada bayi. Namun tak semua ibu bapa tahu mengenai kebaikan sentuhan, pelukan dan terlalu mengambil mudah mengenai perkara ini.

Sebab tu tak hairan apabila kita sering melihat anak daripada keluarga ibu bapa biasa-biasa tetapi memiliki peribadi yang baik, ceria dan penuh kasih sayang. Walaupun mereka kelihatan biasa, tapi mungkin cara komunikasi mereka penuh dengan keceriaan, pelukan, dan kasih sayang. Berbeza bagi ibu bapa yang sibuk biasanya anak mereka hidup tertekan dan terbabit dengan masalah sosial disebabkan kurang sentuhan yang diterjemahkan sebagai tanda kasih sayang.

Secara logiknya, kanak-kanak berdekatan pintu masuk tentu yang pertama berjumpa orang luar atau orang yang melawatnya. Mereka dapat bercakap dan menyentuhnya. Ini berbeza dengan kanak-kanak berada di bahagian hujung. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin melawat ke rumah anak-anak yatim,  cubalah memberi usapan kepada yang paling hujung dulu kerana mereka selalunya tidak mendapat perhatian berbanding dengan yang berada di depan.

MANFAAT SENTUHAN

Pentingnya urutan, sentuhan & pelukan dalam keluarga:

Sumber:  Pengasas Islamic Parenting Network Mazlina Karim