KelabMama

Pedih Ulu Hati Ketika Puasa- Ini Petuanya!

Pedih Ulu Hati

Image From Adobe Stock

Pedih ulu hati ketika puasa bukanlah perkara yang asing lagi. Kebanyakan orang mengalami masalah ini dan menyebabkan ibadah di bulan Ramadan mereka sedikit terganggu. Bersyukurlah bagi yang tak ada masalah sepanjang menahan lapar dan dahaga ni ye. Mama Siti kadang-kadang kena juga macam ni. Bukannya tak sahur, tapi mungkin adalah tu kan yang tak kena.

Bila dah jadi tak selesa nak buat apa pun, kita terpaksa buka puasa. Hmm dah satu hal kena ganti pula nanti. Tapi nak buat macam mana kan, dah darurat. Tapi Mama Siti ada baca satu posting dekat Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad. Beliau mengongsikan tentang cara kita nak elak pedih ulu hati ketika puasa. Haa, sejak tahu pasal ni, Mama Siti dah tak rasa dah pedih ulu hati, rasa lapar tu biasalah kan – heheheh.

Let’s check it out!

Langkah Elak Pedih Ulu Hati Ketika Puasa

Mama semua kena tahu yang puasa bukan punca utama kita alami pedih ulu hati tau. Menurut Dr Zubaidi, beliau berpendapat yang kita alami pedih ulu hati mungkin dari cara pemakanan kita tapi insyaAllah benda ini akan surut lepas dua atau tiga minggu kita berpuasa. Biasalah sementara badan kita nak adapt kan, setahun sekali pulak tu puasanya.

Tapi kalau macam melarat kan, mama papa jangan ambil mudah. Jangan anggap ‘oh takpe, gastrik biasa je ni’. No-no-no, risau kalau ada yang tak kena dan boleh melarat. Cepat-cepat jumpa doktor okay?

1. Elak Makan Makanan Pedas, Masam atau Berminyak sewaktu Sahur dan Berbuka

Mama papa semua kena ingat satu benda yang Mama Siti selalu pegang – Moderation is the Key. Dalam apa pun yang kita buat, kita makan, semuanya kena dalam kuantiti yang sederhana. Nak makan pedas ke masam ke, boleh, tapi agak-agaklah orang kata. Biasalah kadang tu teringin masak lemak daging salai cili padi lah tomyam lah kan, boleh bukan tak boleh. Cumanya ala kadar lah kalau tak, tak baik lah pedih ulu hati tu nanti.

2. Elak Karbohidrat Ringkas

Setelah seharian berpuasa, dah banyak tenaga kita guna, jadi masa berbuka ini lah kita nak recharge kan. So, kita kena makan makanan yang penuh nutrien seperti kurma, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yang mempunyai serat yang tinggi. Kalau boleh elakkan makanan berkarbohidrat ringkas seperti nasi putih. Tapi itulah menu utama kita kan. Demi kesihatan kita, mama papa boleh tukar nasi putih dengan beras rebus atau beras perang.

3. Minum Air dengan Kadar Yang Cukup

Kalau tak puasa pun kita kena minum air dengan mencukupi apatah lagi bulan puasa kan. Pastikan kita minum dalam kuantiti yang diperlukan oleh badan masing-masing. Jangan lebih jangan kurang. Kalau lebih nanti asid dalam perut terlalu cair, kalau kurang pekat pula asidnya. Kepekatan asid ini boleh mengganggu sistem penghadaman kita. Tambahan juga, kalau boleh lah kan, kalau; elakkan minuman manis dan bergas sewaktu sahur dan berbuka.

4. Jangan Makan Sampai Kenyang

Mama Siti tahu sangat, kalau time berbuka tu memang kita akan all out makan kan? Tapi kita kena ingat, makan terlalu banyak boleh menyebabkan ketidakhadaman, dan perut perlu kerja dengan lebih lama. Secara tak langsung, banyak asid akan dirembeskan untuk proses penghadaman itu dan juga akan membuatkan kita letih dan mengantuk. Sebab itulah, masa terawih ramai nak tumbang – hahahah. Ingat, moderation is the key.

5. Elak dari Merokok dan minum Alkohol

Tabiat merokok dan pengambilan minuman beralkohol boleh menjadi punca kepada rasa pedih ulu hati. Tak kira lah sikit ke banyak ke kuantiti alkohol tu. Alang-alang dalam bulan yang barakah ini, sama-sama kita berubah menjadi lebih baik, hentikanlah tabiat negatif; insyaAllah semoga kita istiqamah.

6. Boleh turunkan berat badan

Selalunya, kalau kita alami berat badan berlebihan, pedih ulu hati mudah nak serang, tambah-tambah masalah GERD [Gastro-Esophagal Reflux Disease]. Apa kaitan mama papa tanya? Kaitanya adalah, bila kita ada banyak lemak dalam abdomen terutamanya lemak vesceral, secara automatik asid lagi mudah nak masuk dalam esofagus. Itu yang kita akan pedih ulu hati. Bagus juga tips ini, bukan boleh elak pedih ulu hati ketika puasa je, boleh kurus juga!

7. Amalkan Pengambilan Minyak Zaitun dan Ubat

Minyak zaitun memang terbukti baik, bukan sahaja kurang kandungan kolestrol malah juga elok untuk merawat luka dan keradangan yang berlaku dalam perut.

Selain tips di atas, penyelesaian yang paling senang adalah, makan ubat yang diberi oleh doktor. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh merawat pedih ulu hati antaranya:

Semoga tips ini bermanfaat kepada mama papa semua sepanjang bulan puasa ini. Tapi Mama Siti nak pesan, kalau rasa pedih ulu hati tu macam serius, sampai tak boleh nak buat aktiviti seharian, pergilah klinik berjumpa doktor. Mereka lebih arif pasal hal ini. Mama Siti hanya kongsikan apa yang Mama Siti tahu je.

Sumber: Dietive, KKM & Dr Zubaidi Hj Ahmad

BACA LAGI FIDYAH – HANYA KLIK JE, ‘SETTLE’ BAYAR!

Pesan Mama Siti

Masalah pedih ulu hati ketika puasa bukanlah disebabkan kerana ibadat puasa tersebut. Dan masalah ini tiada kaitan dengan organ hati kita, ianya melibatkan perut dan pemakanan kita. Yang penting ingat moderation is the key, insyAllah semua akan baik-baik je.