KelabMama

5 Tips Pecah Minyak dan Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Kalau Nak Masakan Sedap

sambal pecah minyak

Bila masak masakan berlemak, ada situasi dimana masakan kita jadi kurang sedap kerana tak tahu tentang pecah minyak. 

Masa itu, mula lah kita buat carian, ‘cara pecah minyak santan kotak’ atau ‘pecah minyak dengan santan cair’ 

Mama Siti nak kongsikan lima tips tumis pecah minyak dan lima kesalahan ketika menumis supaya Mama tak gagal lagi. 

5 Tips Tumis Pecah Minyak

#1 Sediakan Bahan Kisaran

Kredit gambat: RASA

Langkah pertama tips pecah minyak adalah dengan penyediaan bahan tumisan. Setiap jenis masakan ada potongan bahan kisarannya masing-masing, contohnya potongan bawang merah

Begitu juga dengan pemilihan dan penyediaan bahan-bahan lain:

Dalam artikel ini Mama Siti gunakan istilah bahan kisaran untuk proses sebelum pecah minyak manakal bahan tumisan untuk selepas pecah minyak. 

#2 Minyak Mesti Banyak?

Kredit gambar: Malaysiakini

Masakan kita jadi lebih sedap jika proses menumis dilakukan dengan betul. Ini bermakna tumisan kita betul-betul dah pecah minyak. 

Sebab itulah kuantiti minyak hendaklah memadai dengan kuantiti bahan kisaran. 

Namun jika memasukkan minyak terlalu banyak, Mama tak perlu bimbang kerana minyak boleh diceduk keluar setelah pecah minyak nanti. 

#3 Pastikan Minyak Panas

Kredit gambar: Adobe Stock

Penting untuk kita pastikan minyak dalam kuali dah betul-betul panas sebelum memasukkan bahan kisaran. 

Untuk api pula, elakkan guna api besar dan kekal api sederhana jika Mama belum pandai agak kemampuan kuali sama ada ianya cepat panas atau sebaliknya. 

Tanda-tanda minyak sudah panas ialah terdapat bunyi desiran ketika bahan kisaran. 

#4 Sentiasa Kacau

Kredit gambar: Sinaran Wanita

Tujuannya adalah untuk menjaga kualiti rasa bahan tumisan itu. Jika tidak dikacau dalam tempoh yang lama ditambah dengan api besar, tumisan berisiko hangit dan tidak masak dengan sekata. 

Lagi tips dapatkan pecah minyak ialah kerap kacau bahan tumisan setelah dimasukkan gula disebabkan karamel. 

Proses ini ialah waktu terbaik untuk Mama tambahkan air jika bahan tumis agak kering.  

#5 Warna Tumisan Berubah

Kredit gambar: RASA

Tips terakhir untuk dapatkan masakan yang pecah minyak yang sempurna ialah melalui warnanya. 

Bahan tumisan akan mulai layu dan warnanya seakan senada berbanding pada awal-awal proses menumis. 

Warna bahan tumis jadi lebih pekat dan kering serta mendap di bahagian bawah manakala minyak berada di bahagian atas. 

Jika sudah dapat tekstur seperti ini, Mama dah boleh masukkan bahan mentah atau sayuran untuk proses masakan seterusnya. 

Kesalahan Ketika Menumis

Kredit gambar: Keluarga

#1 Kuali Terlalu Kecil

Saiz kuali memainkan peranan terhadap rasa tumisan dan seterusnya mempengaruhi rasa masakan. 

Kata orang, nak kuali yang panas sekata kena pilih kuali yang berat bahagian bawahnya. 

Selain itu, juga bahan aluminium, keluli tahan karat (stainless steel) dan besi pun bagus dalam memastikan pemanasan sekata. 

#2 Guna Minyak Titik Asap Rendah

Kredit gambar: Egypt Today

Contoh minyak dengan titik asap rendah ialah minyak zaitun dimana ia akan cepat rosak. 

Disyorkan untuk Mama menggunakan jenis minyak masak neutral seperti minyak sayuran, kanola, alpukat dan minyak kelapa. 

#3 Kuali Tak Cukup Panas

Padanlah masak tak sedap, kuali belum panas pun kita masukkan juga bahan kisaran. 

Ingat ya Mama, penting untuk kita pastikan kuali dan minyak sudah betul-betul panas supaya tumisan kita berjaya pecah minyak dengan sempurna. 

#4 Minyak Terlalu Banyak atau Sedikit

Kredit gambar: Vanilla Kismis

Satu lagi kesalahan ketika menumis ialah apabila kita tuang terlalu banyak dan terlalu sedikit minyak dalam kuali. 

Akibat jika minyak terlalu banyak ialah proses tumis berubah kepada proses menggoreng. 

Jika minyak terlalu sedikit pula, masakan kita berisiko melekat pada kuali dan hangus pada akhirnya. 

#5 Potongan Makanan Tak Sama

Secara saintifiknya semakin kecil saiz potongan, semakin cepat proses masakan berlaku. 

Jadi jika ada bahan tumisan yang tidak dipotong sama saiz, maka rasa masakan bercampur-baur dan mengganggu kualiti rasa apabila sudah pecah minyak. 

Kredit gambar: NasilemakLover.blogspot

Mudah-mudahan menu masakan kita jadi lebih sedap dengan teknik yang dikongsikan dalam artikel kali ini. 

Nak masak kari pun dah yakin lepas ni. Ya lah, Mama dah tahu tips dan kesalahan yang patut dielakkan. 


Dapatkan lebih banyak tips di dapur dan resipi menarik di SINI!