KelabMama

Pawagam Bukan Untuk Bayi Tau Mama! Doktor Jelaskan 4 Sebab Kenapa Ia Memudaratkan Kesihatan Bayi

Ya betul Mama, pawagam bukan tempat yang sesuai untuk bayi kecil. Mama Siti faham, terdapat Mama dan Papa yang suka pergi menonton wayang di pawagam kerana rasa exclusive movie feels apabila ia menayangkan filem kegemaran Mama dan Papa.

Melalui perkongsian seorang doktor pakar iaitu Dr Ahmad Firdaus, beliau menjelaskan kenapa membawa bayi kecil bersama menonton filem di pawagam sebenarnya sangat bahaya. Nak tahu kenapa? Jom baca perkongsian beliau:

Alamak, bahayalah bawa bayi bersama!

Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.

Kredit gambar: Facebook Dr Ahmad Firdaus

4 Sebab Pawagam Bukan Untuk Bayi

#1 Bunyi Di Ukur Melalui Nilai Decibel (dB)

Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa, kalau bayi pendedahan kepada bunyi yang kuat secara beterusan boleh menyebabkan kerosakan.

#2 Suhu Di Pawagam Biasanya Sangat Sejuk

Orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.

#3 Tempat Tertutup

Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.

#4 Koyak

Banyangkan tengah syiok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati. Hati penonton akan koyak. Stress. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal.

Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita “heavy” di pawagam. Bergilir lah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.

Begitulah luahan seorang pengkritik filem kecil-kecilan tentang membawa bayi ke pawagam. Kesian baby, tak faham apa-apa pun bila tengok movie tetapi sebab nak menunaikan hajat ibu bapa, terpaksa angkut sekali! Ingat, pawagam bukan untuk bayi Mama ya. Pastikan ada orang nak jaga bayi di rumah apabila Mama atau Papa nak pergi pawagam okay!

Kredit Facebook: Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris