KelabMama

Childfree di Sisi Islam: Fahami Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Tentangnya

isu childfree dari mufti wilayah persekutuan

Childfree ialah pilihan individu atau pasangan untuk tidak memiliki anak, dan persetujuan ini boleh berlaku sama ada sebelum atau semasa perkahwinan.

Isu childfree ini menjadi topik panas dalam kalangan masyarakat sekarang. Lebih-lebih lagi apabila ramai pasangan yang memilih hidup childfree ini kerana mereka tidak mahu mempunyai tanggungjawab sebagai Mama Papa.

Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, keputusan pasangan untuk tidak mempunyai anak tanpa sebab yang diambil kira oleh syarak, seperti keinginan untuk bebas daripada tanggungjawab, adalah MAKRUH.

Dan jika pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak selamanya, termasuk menjalani prosedur pemandulan kekal atau menggugurkan kandungan tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, perbuatan tersebut adalah HARAM.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa perkahwinan dan mempunyai anak merupakan fitrah serta mempunyai tujuan dalam syariat. Walaupun demikian, Islam tidak mewajibkan pasangan untuk mempunyai anak dan juga tidak melarang keputusan untuk tidak mempunyai anak.

Persetujuan antara isteri untuk hidup childfree dibolehkan jika terdapat kemaslahatan khusus untuk pasangan tersebut dan mestilah mendapat persetujuan bersama kerana mempunyai anak adalah hak setiap individu yang berpasangan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menasihati pasangan yang ingin berkahwin merancang lah keluarga dengan baik serta menganggap kehadiran anak-anak ini sebagai anugerah dan bukan bebanan kepada mereka.

Disebabkan isu ini menjadi semakin hangat, sebagai orang luar tidak perlulah kita berikan komen-komen yang negatif kepada mereka, sudah pasti pasangan tersebut telah berbincang dari awal lagi.

Bagi Mama Siti mungkin mereka memilih untuk childfree kerana mempunyai masalah dari segi kesihatan atau mental health mereka belum bersedia lagi untuk menjadi seorang Mama Papa. Selagi ia tidak bertentangan syarak tidak mengapa.

Nasihat Mama Siti kepada pasangan di luar sana, sememangnya perjalanan membesarkan anak bukan suatu perjalanan yang mudah, ia merupakan perjalanan baharu yang Mama Papa perlu laluinya bersama-sama untuk membesarkan mereka.

Namun dengan kasih sayang, pendidikan akhlak yang baik dan penjagaan pendidikan yang sempurna, Mama Papa dapat membentuk anak-anak menjadi individu yang berjaya dan berakhlak mulia.

Apabila mereka sudah besar nanti, pasti Mama Papa akan bangga kerana berjaya membesarkan mereka dengan baik dan throwback memori-memori indah bersama anak-anak.

Kepada pejuang garis dua, Mama Siti doakan semoga perjalanan Mama dipermudahkan serta dapat merasai pengalaman menjadi seorang Mama suatu hari nanti.


Mama Papa dapatkan lebih banyak informasi menarik di SINI.