KelabMama

Rahsia Pantai Sebagai Tempat Terbaik Untuk Perkembangan Sensori Anak-anak

Sumber: Shutterstock

Setiap ibu bapa pasti mahukan perkembangan anak-anak yang aktif dan selalu menemui perkara yang baru. Antara cara untuk memberi anak-anak satu kebebasan dalam perkembangan dan pembelajaran mereka adalah dengan membawa mereka ke pantai.

Ya Mama, pantai merupakjan salah satu tempat yang baik untuk perkembangan anak-anak disamping mendalami ilmu alam semula jadi. Untuk keluarga yang tinggal berdekatan dengan pantai, mereka juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Pada tahun 2012, University of Exeter Medical School membuat kajian bahawa tinggal berdekatan dengan pantai mampu meningkatkan kesihatan mental serta psikologi yang membawa kesan positif.

Untungnya buat mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai bukan?

Puan Shazwana Hanafi berkongsi rahsia pantai menjadi tempat yang terbaik untuk sensori anak-anak. Beliau turut kongsikan kelebihan pantai untuk anak-anak.

Sumber: Shutterstock

Kelebihan Pantai untuk Perkembangan Anak-anak

Dengan pergi ke pantai, anak-anak dapat menyentuh lembut atau pun kekasaran pasir, dan mereka juga dapat mengaktifkan deria mereka seperti:

Tidak dinafikan memang ada risiko apabila membawa anak Mama ke pantai. Tetapi dengan pengawasan daripada ibu bapa, anak-anak dapat explore alam dan juga pantai dengan selamat. Satu lagi kelebihan membawa anak ke pantai adalah mereka dapat menambah perbendaharaan kata mereka seperti:

Dan macam-macam lagi. Mama juga boleh cuba teknik tunjuk-sebut-ulang, pilih lima dan ikut formula.

Sumber: Shutterstock

5 Sebab Mama Harus Membawa Anak Ke Pantai

Mari kita lihat mengapa bawa anak ke pantai adalah aktiviti yang bermanfaat untuk mereka!

#1 Kebaikan Berkaki Ayam

Terbukti bahawa berjalan tanpa kasut meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan dan minda. Ini adalah kerana tapak kaki kita mempunyai titik akupunktur, di mana ia berfungsi untuk menyerap cas-cas ion daripada pasir.

Dari sudut kesihatan, aktiviti ini ternyata memberi banyak impak positif kepada kita sendiri dan anak-anak.

#2 Meluangkan Masa Bersama Keluarga

Pantai memberi ruang untuk keluarga meluangkan masa dan membuat kenangan baru bersama. Anak mama juga boleh bermain air laut bersama, berlari di tepi pantai, dan membina istana pasir.

Anak Mama dan seisi keluarga juga berpeluang untuk melihat matahari terbit dan terbenam bersama-sama. Bila anak dah dewasa nanti mesti Mama akan mengenangkan kembali memori ini bersama anak-anak.

#3 Berkelah Di Tepi Pantai

Untuk meluangkan masa bersama keluarga, mesti kita akan cari masa untuk berkelah bersama. Pantai adalah tempat yang sesuai untuk berkelah, ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Anak Mama pun pasti rasa seronok apabila dapat ke pantai.

#4 Mencari Seashells

Mencari adalah seperti treasure. Antara aktiviti bonding bersama anak-anak yang boleh dilakukan apabila berada di pantai adalah mencari seashells. Cangkerang datang dengan pelbagai bentuk, warna dan rupa. Dan ini dapat membantu meningatkan kosa kata dan perkembangan anak-anak mengenai perkara baru selain daripada berada di rumah.

Jangan lupa membawa bekas untuk simpan treasure baru anak Mama ya!

#5 Tidur Malam Yang Lebih Baik

Bila dapat meluangkan masa di pantai beberapa jam, ia akan memberi kesan yang positif kepada mental dan fizikal anak-anak. Sebab itulah, malam mereka akan dapat tidur yang lebih berkualiti.

Doktor juga menasihati mereka yang menghidap isomnia agar berjalan-jalan di pantai. Ini adalah kerana, ia dapat membantu mengatasi kerisauan, stres, keletihan melampau, dan paras hormon yang tidak seimbang.

Sumber: Shutterstock

Kalau Mama tak percaya, cuba bawa anak Mama ke pantai yang berhampiran hujung minggu ini. Atau lebih menarik, bercuti bersama keluarga di pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi ini, iaitu Langkawi!

Lihat bagaimana ia membantu anak Mama dan diri Mama sendiri – lebih tenang dan gembira.

Mama juga boleh baca artikel ini untuk pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga. Jangan stres ya Mama. Yang penting, kita enjoy!