“Ala, kalau pergi pantai dekat pantai timur, bukannya boleh mandi pun,”
Betul, salah satu pantai yang dilarang bermandi-manda di Terengganu ialah Pantai Batu Buruk.
Selain mandi di pantai, sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang kita boleh cuba. Contohnya, main layang-layang, healing, dan melihat penyu bertelur.
Mari, Mama Siti tunjukkan 10 pantai di Terengganu yang sungguh mengujakan.
Senarai Pantai di Terengganu Yang Menawarkan Pelbagai Aktiviti
#1 Pantai Penarik
Pantai Penarik di Terengganu terkenal disebabkan hamparan pasir yang memutih, kawasan pantai yang bersih dan pemandangan Laut China Selatan yang indah.
Kawasan pantainya terbentang luas menjangkau beberapa kilometer memberikan pengalaman berkelah yang lebih tenang buat para pengunjung.
Alamat: Pantai Penarik, Kampung Penarik, 22120 Permaisuri, Terengganu.
#2 Pantai Batu Burok
Sesuatu yang unik tentang Pantai Batu Burok ialah adanya aktiviti bermain layang-layang, sukan air dan juga menunggang kereta kuda.
Pada masa-masa tertentu, pantai ini juga menjadi tempat yang menganjurkan acara tahunan iaitu Kejohanan Bola Tampar Pantai Antarabangsa Terengganu dan Festival Air Malaysia.
Alamat: Pantai Batu Buruk, 20400 Terengganu.
#3 Pantai Teluk Bidara
Pantai ini terletak sangat berhampiran dengan perkampungan nelayan tradisional.
Jadi, boleh lah pengunjung melihat dan mungkin merasai sendiri pengalaman tinggal di tepi pantai bak orang tempatan.
Oh ya, alang-alang di perkampungan nelayan ni, jangan lepaskan peluang membeli makanan laut segar yang pasti memberikan rasa yang enak.
Alamat: Pantai Teluk Bidara, Terengganu.
#4 Pantai Teluk Ketapang
Hamparan pantai yang luas membolehkan pengunjung bermain sukan pantai seperti bola pantai dan frisbee.
Di kawasan yang redup, di bawah pohon-pohon tepi pantai boleh dijadikan tempat berkelah sambil menikmati angin laut.
Lebih menarik lagi, Pantai Teluk Ketapang ialah tempat tumpuan peminat aktiviti memancing dan snorkelling.
Tambahan pula, pengunjung juga boleh menaiki bot ke pulau-pulau berdekatan dan meneroka alam semula jadi.
Alamat: Pantai Teluk Ketapang, 21300, Terengganu.
#5 Pantai Bukit Keluang
Mama Siti suka dengan bentuk geografi Pantai Bukit Keluang ini kerana ianya bercantum dengan bukit.
Oleh kerana gabungan bukit dan laut maka terhasil lah perbatuan di tepi pantai yang mencantikkan lagi keindahan alam.
Di sini juga ada beberapa buah gua yang boleh diterokai buat pengunjung yang sukakan eksplorasi gua.
Di sisi lain pula terdapat bukit yang boleh didaki melalui beberapa laluan di kawasan Pantai Bukit Keluang.
Alamat: Pantai Bukit Keluang, 22200 Kampung Raja, Terengganu.
#6 Pantai Jambu Bongkok
Jika dilihat dari pandangan atas kawasan pantai ini, kita dapat melihat dengan jelas petempatan pendudukan yang tinggal di sebelah pantai.
Air lautnya pula hijau kebiruan dan pasir pantainya yang memutih sangat menenangkan mata.
Pengunjung hanya perlu menempuh perjalanan yang cuma mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kuala Terengganu untuk sampai ke Pantai Jambu Bongkok.
Alamat: Jambu Bongkok Beach, Kampung Jambu Bongkok, 21610 Marang, Terengganu.
#7 Pantai Tanjung Jara
Terdapat beberapa buah hotel dan resort mewah yang disediakan untuk pengunjung yang ingin berehat di kawasan ini.
Tempat penginapan tersebut turut menyediakan perkhidmatan spa, santapan mewah dan aktiviti air. Termasuklah memancing dan menaiki perahu di laut.
Mungkin Mama boleh pertimbangkan untuk jadikan Pantai Tanjung Jara sebagai lokasi percutian keluarga atau penginapan semasa berbulan madu.
Alamat: Tanjung Jara Beach, Jalan Seberang Pintasan, 23000 Kuala Dungun, Terengganu.
#8 Pantai Rantau Abang
Pantai ini menawarkan pengalaman dan pendedahan tentang hidupan laut iaitu penyu.
Jika Mama yang ingin menyertai aktiviti berkaitan penyu, boleh datang ke Pusat Konservasi & Penerangan Penyu (PKPP).
Jika bertuah, pengunjung mungkin berpeluang melihat penyu belimbing gergasi naik ke darat untuk bertelur.
Alamat: Pantai Rantau Abang, Kampung Rantau Abang, 23050 Kuala Dungun, Terengganu.
#9 Pantai Kijal Penunjok Stony
Aktiviti yang popular di sini ialah memancing dan pengunjung juga tidak lepaskan peluang untuk barbeku di tepi pantai.
Sesuai dengan namanya, Pantai Kijal Penunjok Stony mempunyai ciri-ciri permukaan berbatu dimana pengunjung boleh menikmati aktiviti berjalan di sepanjang pantai berbatu di persisir pantai.
Alamat: Kijal Penunjok Stony Beach, 316, Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu.
#10 Pantai Mangkuk
Kalau Mama tertanya-tanya di manakah tempat pemandangan pohon kelapa di tepi pantai, jawapannya ialah di Pantai Mangkuk.
Suasana pantai ini jauh lebih tenang berbanding kebiasaan kehidupan orang bandar. Tak ada yang tergesa-gesa, aktiviti kehidupan orang-orang di sini sungguh lancar lagi menenangkan.
Pengunjung boleh menginap di homestay dan chalet pada harga yang berpatutan.
Alamat: Pantai Mangkuk, Jalan Penarik – Mangkuk, Kampung Penarik, 21010 Permaisuri, Terengganu.
Walaupun kita tak boleh bermandi-manda di pantai dalam negeri Terengganu, tetapi pantai-pantai ini menawarkan aktiviti lain yang tidak diperoleh di mana-mana tempat lain.
Mama Siti harap, Mama tak lupa singgah pantai-pantai yang ada di Terengganu. Semoga pengalaman ini memberi makna kepada Mama.
Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.