KelabMama

10 Pantai di Kelantan Tawar Aktiviti Menarik Sepanjang Tahun!

Kadang-kadang yang lebih faham kita ni alam. Salah satunya ialah pantai. Tapi ada ke pantai dekat Kelantan?

Sekurang-kurangnya ada 10 pantai terbaik yang ada di negeri Kelantan. Ada yang boleh berenang, berkelah, naik kuda dan buat hari keluarga pun boleh juga.

Ini dia senarai 10 pantai menarik di Kelantan!

10 Pantai Di Kelantan Yang Instaworthy!

#1 Pantai Senok

Kredit gambar: Berita Harian

Nak pergi pantai di Kelantan seperti di Korea? 

Datanglah ke Pantai Senok yang juga mendapat julukan ‘Pulau Nami’ oleh penduduk setempat. Ini kerana terdapat banyak pokok rhu ditanam di kawasan pantai, ditambah pula dengan bayang-bayang matahari yang menjadikannya sangat estetik. 

Pantai ini memang ramai orang datang nak berswafoto dan merakamkan video. Ada juga yang datang kerana ingin menikmati keindahan alam semulajadi. 

Alamat: 16020 Kota Bharu, Kelantan

#2 Pantai Bisikan Bayu

Kredit gambar: SInar Harian

Pantai yang seterusnya terletak di Pasir Puteh dan merupakan tempat pelancongan terawal ditubuhkan di daerah ini.

Demi memastikan keselesaan pengunjung, pantai ini dilengkapi dengan kemudahan bilik persalinan, surau, tandas dan taman permainan. 

Bagi Mama yang ingin menginap, pilihan penginapan seperti chalet juga disediakan untuk berehat bersama ahli keluarga. 

Alamat: Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

#3 Pantai Irama Bachok

Kredit gambar: Cari Destinasi

Pantai Irama Bachok merupakan sebuah tempat menarik di Kelantan kerana ia memiliki air laut yang berwarna hijau kebiru-biruan. 

Selain aktiviti santai, Pantai Irama Bachok juga boleh mencuba aktiviti berkuda dan berbasikal.

Nama pantai ini pula diambil sebagai simbolik bunyi tiupan angin yang mententeramkan jiwa.  

Alamat: Bachok, 16300, Kelantan

#4 Pantai Tok Bali

Kredit gambar: BeachSearcher

Paling popular di Pantai Tok Bali ialah suasana ekonominya. Ianya terkenal dengan jualan pelbagai jenis makanan laut yang enak dan segar seperti ikan, sotong dan udang.

Pantai ini menjadi perhatian pelancong kerana ingin menikmati suasana pantai dan air laut yang tenang sambil disapa angin sepoi-sepoi bahasa. 

Alamat: Bachok, 16300, Kelantan

#5 Pantai Sabak

Kredit gambar: Tripadvisor

Restoran ikan celup tepung adalah yang sering dicari-cari pengunjung di pantai daerah Pengkalan Chepa. Dihidangkan panas-panas dan menggunakan makanan laut segar sungguh menggiurkan ramai orang. 

Pantai ini juga merupakan tempat bot-bot nelayan keluar masuk ke laut lepas untuk menangkap ikan, udang, sotong dan lain-lain. Sesekali dapat juga kita melihat sendiri bagaimana proses bot berlayar di lautan. 

Alamat: Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

#6 Pantai Mek Mas

Kredit gambar: Facebook

Kalau Mama yang pernah pergi Padang Pasir Klebang akan dapat bayangkan bagaimana rupa bentuk bukit-bukit pasir di sini. 

Menurut Mama Siti, Pantai Mek Mas sangat sesuai untuk aktiviti penggambaran seperti photoshoot perkahwinan, pra perkahwinan dan sempena konvokesyen. 

Dapatlah Mama berangan seperti berada di tanah Arab iaitu di Gurun Sahara. 

Alamat: Kampong Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan

#7 Pantai D’Aur

Kredit gambar: Trip.com

“Mama Siti, ada tak pantai di Bachok, Kelantan?”

Ada, mestilah ada. Pantai D’Aur ialah sebuah pantai yang sering didatangi pengunjung dari serata negeri. 

Ada beberapa buaian yang dihias cantik di pantai ini. Jadi, tak hairanlah kalau Pantai D’Aur selalu jadi ‘spot’ OOTD warga maya. 

Alamat: 16310 Bachok, Kelantan

#8 Pantai Cahaya Bulan

Kredit gambar: HolidayGoGoGo

Pantai ini lebih kepada pantai jenis rekreasi dan ekonomi dan bukan seperti pantai yang dibuat berkelah. 

Namun begitu, ada banyak gerai makanan dibuka berhampiran dengannya. Begitu juga dengan tempat penginapan seperti chalet, hotel dan homestay. 

Lebih menarik lagi, Pantai Cahaya Bulan terletak sangat hampir dengan Bandar Kota Bharu. Kelebihannya, Mama dapat menjimatkan masa perjalanan sekaligus dapat melawat banyak tempat menarik di Kelantan. 

Alamat: Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan

#9 Pantai Geting

Kredit gambar: Facebook

Walaupun pantai ini tidak dibenarkan untuk bermandi-manda, ada banyak lagi aktiviti santai lain yang boleh dilakukan. Chalet tepi pantai di Kelantan ini sangat sesuai untuk aktiviti ‘bonding’ seperti hari keluarga. 

Bagi kanak-kanak pula, jangan lepaskan peluang mencuba aktiviti supa dupa dan belon air yang disediakan dengan harga yang berpatutan. 

Sesekali Pesta Wau Antarabangsa akan diadakan di sini dimana Mama dapat melihat pelbagai jenis wau tradisional dan layang-layang berterbangan di udara. 

Alamat: Unnamed Road, 16200 Tumpat, Kelantan

#10 Pantai Sri Tujuh

Tempat ini mendapat namanya daripada bentuk muka bumi yang wujud di pantai ini. Pantai Sri Tujuh mempunyai tujuh teluk di kawasan berhampiran yang menjadikannya salah satu pantai viral di Kelantan.

Tambahan pula, pantai ini sangat sesuai untuk berkelah kerana banyak pokok rhu di tepi pantai lalu menjadikannya teduh dan redup. 

Alamat: Pantai Tujuh, Kampung Geting, 16200 Tumpat, Kelantan

Pergi pantai ni seronok sebab jauh dari kesibukan kota. Tengok air laut rasa tenang sangat kan. Apa kata Mama sekeluarga datang di 10 pantai di Kelantan yang Mama Siti dah senaraikan.

Selamat menikmati masa bercuti dan bersama-sama keluarga.


Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.