Orang luar yang baru pertama kali datang ke Kampar, Perak akan tercari-cari tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Ya lah kan sekali-sekala datang tempat orang, nak lah cuba macam-macam perkara.
Dari pengalaman Mama Siti sendiri juga sebenarnya. Oleh itu, Mama Siti nak ajak orang tempatan dan orang luar daerah Kampar untuk sama-sama datang ke lokasi menarik yang ada dan menyertai aktiviti luar yang ditawarkan disini.
Senarai Tempat Menarik di Kampar, Perak
#1 Gua Tempurung
Mama nak tahu tak? Gua Tempurung ialah pengembaraan gua pertama Mama Siti. Kalau Mama selalu mendaki bukit dan gunung, apa kata kali ini cuba pula jelajah gua.
Pemandu gua tak hanya tunjukkan jalan tetapi dia juga akan berhenti di beberapa lokasi untuk menunjukkan bentuk batuan yang seakan-akan haiwan dan manusia.
Bayaran: RM 9 Dewasa / RM 6.50 Kanak-kanak
Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung,, 31600 Gopeng, Negeri Perak
#2 Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta
Banyak bekas-bekas lombong yang terdapat di negeri Perak. Memang padanlah sebab pada tahun 1880-an lagi bijih timah sudah mulai dilombong di Kampar, Perak.
Muzium yang dibuka pada tahun 2012 ini memaparkan artifak dan maklumat berkaitan sejarah perlombongan di masa dulu. Pengunjung mendapat pendedahan melalui medium video, patung dan gambar di dalam muzium ini.
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang / setiap hari
Alamat: Lot 126026,, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
#3 Refarm Leisure Farm
Disini Mama akan memperolehi pakej lengkap dari landskap yang indah, tempat makan serta penginapan. Tempat ini sesuai untuk datang bersama-sama rakan dan ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama.
Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti;
- Petting Zoo
- Berbasikal
- Kolam renang
- Jelajah hutan (Jungle trekking)
- Mengutip madu
- Perahu dayung (Paddle boat)
- Memancing
Harga tiket: RM 10 Dewasa / RM 5 Kanak-kanak
Waktu operasi: 9:00 a.m – 6:00 p.m
Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Negeri Perak
#4 Bandar Agacia
Tempat ini juga dikenali dengan nama The Trails of Kampar yang dibina bertemakan animasi si sebuah bandar kecil.
Pemandangannya seperti berada di Riomaggiore Itali, Stockholm Sweden, Jodhpur India, Lima Peru dan Buenos Aires Argentina.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Persiaran Residensi, Bandar Agacia, 31910, Negeri Perak
#5 Muzium Gopeng
Disini lah Mama boleh saksikan radio dan barang elektrik yang pernah digunakan pada zaman dahulu seperti dalam filem-filem Tan Sri P Ramlee.
Selain itu, turut dipamerkan perabot, perhiasan dan seramik Cina, ruangan tidur, ruangan santai, pakaian dan barangan antik.
Alamat: 47-49, Jalan Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: 019-669 5443
#6 Sahom Valley
Kalau namanya ‘valley’ haruslah berada di perkakian bukit dan mempunyai sedikit elemen air. Tempat penginapan ini dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai untuk ‘staycation’. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuklah;
- Kolam renang
- Memetik buah
- Menuai sayuran
- Memberi haiwan makan
Sebahagian tetamu menjadikan lokasi ini sebagai tempat melangsungkan majlis perkahwinan dan seminar. Semestinya pengalaman yang amat bermakna.
#7 Rakit Air (White Water Rafting Gopeng)
Syok juga kalau dapat buat aktiviti luar dan lasak di sungai kan. Mama Siti syorkan sangat Mama datang ke sini dan cuba aktiviti air yang mencabar. Kalau boleh datang beramai-ramai bersama rakan-rakan dan anak-anak.
Aktiviti menarik ada disini ialah;
- River tubing
- Berkayak
- Waterfall abseiling
- River trekking
- Berkhemah di tepi sungai
- Latihan bina pasukan
Alamat: Gopeng Town, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: 019-662 2929
#8 Arca Gangsa Confucius Dan Einstein (Bronze Sculptures of Confucius and Einstein)
Terletak di Universiti Tunku Abdul Rahman, patung seberat 580 kg ini ialah sebagai simbol pembelajaran dan pemikiran manusia seluruh dunia.
Dua orang tokoh ilmuwan iaitu Einstein dan Confucius yang sedang bermain permainan papan diletakkan di kawasan lapan di hadapan Heritage Hall.
Alamat: Bronze Sculptures of Confucius and Einstein – Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900 Kampar, Negeri Perak
#9 Hijau @ Gopeng
Mempunyai landskap yang bakal memukau pandangan mata sambil mendengar hidupan hutan saling sahut-sahutan.
Soal harga? Tak perlu bimbang kerana para pencinta alam pasti rasa berbaloi-baloi apabila menginap di Hijau @ Gopeng.
Alamat: Lot 13319, Kebun Ulu Gerumtum, Perak, 31600 Gopeng, Perak
Telefon: 017-4648657
#10 Gunung Relau
Apa yang lebih menarik tentang pendakian di Gunung Relau ini ialah pendaki perlu melalui sebuah perkampungan orang asli untuk sampai ke puncak.
Kalau Mama bernasib baik, mungkin akan terjumpa kotak peluru tentera semasa Perang Dunia kedua dahulu. Tempat yang sangat bersejarah dan menarik!
#11 Shellicious Kampar
Restoran makanan laut di Kampar yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Cara penyediaannya adalah dengan menghidangkan makanan terus ke meja pelanggan tanpa menggunakan pinggan.
Shellicious Kampar menawarkan pelbagai hidangan dengan rasa barat. Jika anda penat melihat pemandangan, datang ke sini untuk menikmati makanan yang lazat.
Waktu operasi: 4 petang – 11 malam
Alamat: 2173, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Negeri Perak
#12 Kelapa Leleh Kampor
Bayangkan ais krim dan ais kacang manis dihidangkan dalam kelapa muda. Rasanya sangat sedap, lagi-lagi pada musim panas!
Gerai ini sangat popular di media sosial dan ramai yang datang untuk mencuba menu ‘signature’ ini.
Waktu operasi: Selasa– Ahad, 2– 11 pm
Alamat: Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
Tapi ada juga kes kan Mama, orang tempatan lagi tak tahu pasal tempat sendiri. Kadang-kadang orang tempatan pun tak pernah pergi tempat-tempat best dekat kampung sendiri.
Kalau dah ada senarai tempat menarik di daerah masing-masing, barulah boleh rancang hari cuti dan hujung minggu. Mama wajib datang ke Kampar sekurang-kurangnya sekali seumur hidup ya.
Dapatkan lebih banyak maklumat berkaitan tempat-tempat menarik di SINI!