KelabMama

Panduan dalam Pengambilan Ubat: Apa yang Mama Papa Perlu Tahu

cara makan ubat dengan betul

Pengambilan ubat yang betul penting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Mama. Walaupun nampak remeh, tetapi ia penting supaya ubat tersebut dapat berikan kesan yang baik kepada kesihatan kita.

Panduan Pengambilan Ubat dengan Betul

1. Baca dan Fahami Label

Kredit Gambar: Sihat Malaysia

Sebagai pengguna, penting untuk Mama Papa membaca label ubat dan mengikut arahan doktor serta nasihat ahli farmasi untuk memastikan rawatan yang berkesan dan selamat.

Label ubat mengandungi maklumat penting mengenai nama ubat, nama pesakit, tarikh serta cara pengambilan yang betul dan selamat.

Tetapi sebelum mengambil sebarang ubat, pastikan berbincang dengan doktor atau ahli farmasi, terutamanya jika Mama mengandung, menyusukan anak, atau mempunyai masalah kesihatan.

Sekiranya Mama Papa atau anak-anak mempunyai alahan dengan ubat, dapatkan dan bawa kad alahan setiap kali berjumpa doktor atau ahli farmasi.

Jadi, Mama Papa perlu alert dengan penerangan daripada ahli farmasi elakkan salah faham, kalau Mama Papa masih tidak faham cara pengambilan ubat, jangan malu untuk bertanya semula.

2. Elakkan Interaksi Ubat dan Makanan

Makanan boleh mempengaruhi kesan ubat dengan meningkatkan atau melemahkannya. Makanan merangsang rembesan hempedu, membantu penyerapan ubat-ubatan tertentu dan makanan kaya serat juga memperbaiki penyerapan ubat.

Sebaliknya, makanan merangsang pengeluaran asid gastrik yang boleh mengurangkan keberkesanan ubat dalam persekitaran berasid.

Sesetengah makanan boleh menghapuskan bahan aktif dalam ubat, menyahaktifkannya dan makanan yang mengandungi alkohol boleh melambatkan sistem saraf, mengurangkan atau melambatkan kesan ubat Mama Papa.

Mama Papa pastikan ubat yang perlu diambil sebelum atau selepas makan untuk elakkan tindak balas antara ubat dengan makanan atau minuman.

3. Ambil Ubat dengan Air Kosong

Mengambil ubat dengan air kosong adalah cara terbaik untuk memastikan ubat berfungsi dengan efektif dan selamat. Air kosong ini tidak mengandungi bahan yang boleh mengganggu penyerapan ubat dalam perut dan usus.

Banyak ubat yang memerlukan air untuk larut dengan baik sebelum diserap ke dalam aliran darah. Selain tu, air kosong membantu memastikan ubat tidak merengsakan lapisan perut atau usus.

Air kosong adalah minuman yang paling selamat dan bersih untuk digunakan bersama ubat, dapat mengelakkan risiko pencemaran atau bahan tambahan yang tidak diketahui.

4. Ambil Ubat Pada Masa yang Tepat

Pengambilan ubat dengan cara yang betul adalah penting untuk dapatkan kesan optimum terhadap simptom atau penyakit dan mengelakkan kesan tidak diingini. Mama Papa perlu mengambil ubat mengikuti arahan yang diberikan pada label sampul ubat.

Jika terlupa mengambil ubat, ambil segera tetapi jangan gandakan dos jika waktu pengambilan seterusnya hampir. Gunakan pill box dengan nasihat ahli farmasi untuk memudahkan pengambilan dan jangan berkongsi ubat dengan orang lain kerana dos mungkin tidak sesuai atau penyakit mungkin berbeza.

Setiap kali Mama Papa ingin mengambil ubat, perlu membaca dan memahami arahan tersebut yang menerangkan kekerapan dan selang masa yang sesuai untuk pengambilan ubat.

Untuk elakkan terlepas waktu makan ubat, Mama Siti cadangkan Mama Papa set alarm telefon untuk mengingatkan waktu makan ubat, jadi tiada lagi masalah lambat makan ubat.

5. Sukat Ubat dengan Tepat

Penting bagi kanak-kanak menerima dos ubat yang tepat kerana dos berlebihan boleh membahayakan dan dos yang kurang tidak berkesan.

Untuk memastikan dos yang tepat, Mama Papa perlu gunakan alat pengukur yang sesuai seperti picagari atau penitis dengan sukatan nombor yang jelas. Alat ini membantu mengukur dan memberikan ubat dengan tepat kepada anak.

Suka untuk Mama Siti ingatkan Mama Papa JANGAN GUNAKAN SUDU untuk menyukat dos ubat. Boleh jadi tersalah sukatan ubat dan membahayakan kesihatan anak-anak.

Oh ye satu lagi, jangan masukkan picagari direct dalam botol ubat, Mama Papa perlu tuang dalam penutup dulu dan jangan tuang semula lebihan ubat dalam botol.

Jenis-jenis Ubat yang WAJID Ada di Rumah

Mama Siti senaraikan ubat-ubat yang Mama boleh simpan dalam bakul ubat di rumah. Tapi Mama perlu ingat, ubat pun ada expired date, sebelum makan Mama Papa perlu check expired date ubat dahulu.

  1. Paracetamol 500mg – untuk demam dan tahan sakit
  2. Buscopan 10mg – kesakitan atau kekejangan perut dan sakit batu karang
  3. Loratadine 10mg – gejala alahan, gatal-gatal dan mata berair
  4. Oral Rehydration Sait (ORS) – cirit-birit
  5. Activated Charcoal 250mg – cirit-birit
  6. Ranitidine 150mg – ulser perut, gastritis dan GERD
  7. Metoclopramide HCI 10mg – loya, muntah dan migrain
  8. Ubat batuk
  9. Mist Magnesium Trisilicate (MMT) – pedih hulu hati
  10. Chloramphenicol Eye Drop

Dengan mengikuti panduan yang betul Mama Papa dapat memastikan pengambilan ubat dengan berkesan. Untuk elakkan salah faham, Mama Siti nasihatkan Mama Papa sentiasa mengikuti arahan doktor atau ahli farmasi supaya kesihatan Mama Papa serta anak-anak terjamin.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan informasi kesihatan Mama Papa dan anak-anak di SINI.