Anak-anak sering kali memilih makanan ketika diusia yang muda. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah memantau pemakanan mereka sejak mereka bayi lagi.
Secara amnya, anak-anak akan mula memilih selepas usianya satu tahun. Tetapi yang paling merisaukan Mama adalah, dengan amalan pemakanan mereka ini, adakah cukup nutrisi untuk mereka membesar dengan sihat?
Sebaik sahaja mencecah umurnya 6 bulan, Mama harus terapkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Dengan memberi makanan semi-solid seperti puri sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan permulaan yang paling ideal untuk mereka.
Walau bagaimanapun, Mama patut memperkenalkan makanan sihat secara berperingkat supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan makanan sebegini.
Panduan Pemakanan Si Manja
0 Hingga 6 Bulan
Makanan yang paling sesuai bagi bayi dalam lingkungan umur ini adalah susu ibu atau susu formula. Ini adalah kerana susu ibu mahupun susu formula mempunyai nutrisi yang cukup untuk si manja membesar.
6 Hingga 8 Bulan
Pada peringkat umur ini, semi-solid food adalah yang paling sesuai kepada mereka. Antara makanan yang sesuai adalah bubur, puri ataupun makanan yang dilenyek halus.
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti ubi kentang, pisang, aprikot, prun, avokado, dan lobak merah. Penyediaannya simple sahaja. Mama boleh kukus ataupun rebus hingga makanan menjadi lembut.
Kemudian, Mama boleh kisar dan menjadi puri. Mama juga boleh tambahkan susu formula ataupun susu badan untuk si manja lebih menikmatinya.
8 Hingga 12 Bulan
Apabila si comel sudah masuk usia 8 bulan, Mama boleh beri makanan yang dikisar kasar pada anak-anak untuk mengajar mereka untuk mengunyah. Selepas anak mama dah mula pandai menggenggam barang atau makanan, Mama boleh berikan snek ataupun finger food seperti buah-buahan yang lembut, biskut beras, atau pasta yang sudah dimasak.
Prihatin Dengan Makanan Yang Diberi
Selepas Mama memahami panduan ini, Mama seharusnya lebih peka dengan makanan yang diberi. Adalah amat penting untuk memberi makanan yang baru dalam jumlah yang kecil. Kemudian, apabila anak Mama memberi respon yang positif, Mama boleh mula berikan dalam kuantiti yang lebih banyak.
Mama juga perlu berhati-hati semasa memberi mereka makan. Takut tercekik pula si manja nanti. Bagi anak-anak yang berumur dua tahun ke atas, mereka memerlukan makanan yang sama seperti orang dewasa.
Antara makanan yang diperlukan mengikut piramid makanan adalah ayam, daging, ikan, telur, produk tenusu, buahan, sayuran dan bijiran penuh seperti nasi, pasta, roti dan ubi kentang.
Kadang-kadang mereka juga akan memilih tapi Mama boleh pastikan mereka mendapat khasiat yang penuh dengan memberi makanan yang berkhasiat setiap hari. Mama perlu kreatif dan selitkan makanan yang berkhasiat dalam snek-snek mereka jika mereka sudah pandai memilih.
Mudah-mudahan, panduan ini dapat membantu Mama untuk menjaga si kecil yang sudah mula memilih makanan. Mama juga boleh lihat artikel ini untuk mencari susu formula untuk si manja! Mama juga boleh lihat jadual pemakanan bayi disini sebagai panduan buat Mama dan Papa.