Mama Papa dah sediakan rancangan melancong ke mana-mana cuti sekolah akan datang ini? Kedengaran ‘senang’, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi satu cabaran untuk membuat kenangan istimewa bersama orang tersayang dengan bajet yang terhad.
Jangan risau! Mama Siti terjumpa satu panduan yang Mama Siti berminat untuk kongsikan dengan Mama Papa! Tips-tips yang Mama Siti akan kongsikan ini pasti akan buatkan pelancongan keluarga Mama Papa lebih teratur dan lebih jimat.
Yang lebih menarik, platform aplikasi pelancongan digital iaitu Agoda, telah kongsikan 7 panduan pelancongan ini, bagi membantu menjimatkan kos yang Mama Papa perlu keluarkan.
Macam mana caranya? Betul ka boleh? Macam mustahil? Teruskan membaca panduan pelancongan berikut untuk ketahui lebih lanjut.
7 Tips &Panduan Pelancongan Daripada Agoda
#1: Mengambil Pakej Pelancongan
Menaiki kapal terbang boleh menjadi satu pengembaraan dan kenangan untuk anak-anak. Tapi ia mungkin mengambil sebahagian besar daripada bajet perjalanan.
Cara terbaik untuk menjimatkan tambang adalah dengan mengambil pakej penerbangan dengan penginapan. Ini selalunya akan mendapatkan anda diskaun tambahan, dan anda akan ada lebih wang unuk digunakan di destinasi.
#2: Penginapan + Sarapan
Penting untuk memulakan hari percutian anda dengan sarapan pagi yang betul. Tetapi kos makanan juga boleh menjadi tinggi dan mebataskan kebebasan berbelanja anda!
Tempahan penginapan dengan sarapan pagi bukan sahaja dapat menjimatkan banyak wang, tetapi ia juga akan memberikan sedikit ketenangan – kopi sudah dibancuh, roti sedia untuk dibakar. Anda pasti akan teruja untuk bangun awal!
#3: Cari Diskaun
Platform pelancongan sering memperkenalkan kadar diskaun istimewa untuk acara tertnetu seperti ‘double-days’, hari gaji, dan pelbagai cuti serta peristiwa lain.
Sekiranya anda bernasib baik, anda akan mendapatkan diskaun melebihi 50% dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Jadi ingat untuk sentiasa mencari peluang-peluang diskaun.
#4: Tempahan ‘Non-Refundable’ Untuk Pelancongan Yang Lebih Murah
Kebanyakan keluarga telah menetapkan tarikh perjalanan kerana mengikut cuti penggal sekolah, penjimatan yang besar boleh dibuat jika Papa Mama memilih tawaran harga rendah yang ‘non-refundable’.
Jika anda memerlukan sedikit fleksibiliti dengan tarikh perjalanan anda boleh perbandingan bilik untuk tawaran yang bersesuaian dengan anda.
#5: ‘Homestay’
Lebih ramai lebih meriah! sudah tentu, tetapi kadangkala lebih baik menggunakan ‘satu saiz untuk semua’.
Tempahan ‘homestay’ berbanding beberapa bilik hotel selalunya merupakan pilihan yang lebih mesra bajet dan boleh dikongsi bersama.
Susun peti ais, nyalakan BBQ dan gunakan ruangan di ruang tamu untuk bermain permainan papan atau bergurau dengan seluruh keluarga.
#6: Berdekatan Dengan Anda
Percutian yang berhampiran kawasan anda adalah satu perkara yang terbaik. Ia mengurangkan kos pembelanjaan yang besar sambil memperkuat rasa kebanggaan kepada negara dengan dapat mempelajari budaya sendiri.
Apabila memilih destinasi tempatan, cari ‘hidden gem’ yang akan memberikan pengalaman yang sangat berbeza daripada lokasi yang sering dikunjungi oleh orang lain.
Atau anda juga boleh pilih destinasi yang dipenuhi alam semula jadi! Ia akan memberikan pengalaman mengasyikkan dalam alam semula jadi dan menjimatkan perbelanjaan berbanding berada di dalam bandar.
#7: Tempahan awal
Bagi kawasan tumpuan pelancong yang mesti dilawati, kebanyakan masa anda boleh menempah tiket dalam talian lebih awal untuk menjimatkan wang dan mempercepatkan perjalanan anda.
Ucapkan selamat tinggal kepada barisan beli tiket yang panjang! Dan hello untuk keseronokan segera sambil anda membuat kenangan bersama orang tersayang.
Lebih banyak tips travel dan percutian di SINI dan lihat tempat menarik untuk Mama Papa lawati di SINI.