Pejam celik pejam celik, si manja dah nak masuk darjah 1?? Cepat betul anak sudah membesar kan. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita haruslah membuat persediaan untuk pendaftaran anak kita ke sekolah.
Ibubapa harus ‘ALERT’ akan tarikh penting untuk pendaftaran anak tau.
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga yang ada anak nak masuk Darjah 1 tahun hadapan, anda harus daftarkan anak anda untuk ke sekolah secara online melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Mac 2021.
Siapakah Yang Layak Didaftarkan Bagi Sesi 2022/2023?
Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.
Kaedah Mendaftar Anak-anak Tahun 1
Terdapat dua cara pendaftaran anak ke Tahun 1 iaitu:
- Secara atas talian (online) melalui portal – https://public.moe.gov.my/
- Secara manual – pendaftaran di sekolah.
Dalam artikel ini, akan dikongsikan cara membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 secara online bagi sesi 2022/2023 yang telah dibuka pada 1 Mac 2021.
Tarikh Penting Permohonan Pendaftaran Tahun 1 (Sesi 2022/2023)
- Permohonan dibuka: 1 Mac 2021
- Permohonan ditutup: 30 April 2021
Pendaftaran secara manual perlu dirujuk pada pihak sekolah.
Tahun Sesi Persekolahan Mengikut Tarikh Kelahiran:
Sesi Persekolahan Tahun 2022: Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016
Sesi Persekolahan Tahun 2023: Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2016 hingga 1.1.2017
Cara Pendaftaran Tahun 1 (Sesi 2022/2023) Secara Online
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Ibu bapa atau penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sebelum ini.
Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, anda boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/
- Tekan butang Pengguna Baru
- Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)
- Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1
- Setelah itu, pilih Permohonan Baharu
- Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
- Sila isikan:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
*Rujuk langkah bergambar di bawah:
PROSES 1 – DAFTAR PENGGUNA SPATKPM
PROSES 2 – PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1
Periksa Keputusan Pendaftaran Tahun 1 (Sesi 2022/2023) Secara Online
Semakan keputusan pendaftaran murid tahun 1 untuk sekolah rendah akan diumumkan secara rasmi di Laman SPS – Sistem SPAT.
Keputusan tersebut biasanya akan dimaklumkan sekitar bukan Julai atau Ogos tahun 2021.
Jika pendaftaran anda berjaya, pihak sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Jika tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan pada tarikh yang telah dimaklumkan.
Bagi pendaftaran yang berjaya, Mama dan Papa jangan lupa untuk mencetak bukti maklumat permohonan anak ya. Tindakan selanjutnya – apa yang perlu dilakukan dan sebagainya – akan dimaklumkan dalam sistem SPATKPM.
Untuk Pertanyaan Lanjut:
Sebarang pertanyaan lanjut dan masalah mengenai pilihan sekolah ataupun masalah pendaftaran tahun 1 (sesi 2022/2023) ini, atau masalah akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan), anda boleh menghubungi nombor telefon dan emel pegawai e-daftar mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan di SINI.