Sebaik selamat melahirkan cahaya mata, kini tugas sebagai ibu bapa pun bermula. Tentunya membimbangkan tatkala memikirkan adakah amanah dan tanggungjawab ini mampu dipikul sebaiknya.
Bagi mereka yang baru bergelar ibu, sebaik dibenarkan untuk discharge dari hospital, pastinya ini perkara yang mengujakan.
Namun disebalik keghairahan Mama membawa pulang si comel untuk berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang menanti di rumah, beberapa perkara perlu diberi perhatian agar tiada masalah sebaik keluar dari hospital menuju ke rumah nanti.
Dalam keadaan berpantang, luka jahitan baru nak pulih, semestinya banyak benda yang perlu diberi perhatian dan dititikberatkan lebih-lebih lagi tentang keselamatan Mama dan si kecil.
Ok, jangan risau Mama. Jom lihat beberapa panduan Mama Siti kongsikan tentang cara menguruskan si kecil bermula daripada perjalanan keluar Mama dari ward menuju ke rumah.
Apa yang perlu disediakan dan wajib ada dalam menguruskan bayi Mama.
#Di Hospital
1. Luka jahitan Mama telah diperiksa
Kebiasannnya sebelum pulang ke rumah, doktor akan check dahulu tubuh dan kesihatan Mama. Aliran darah nifas serta jahitan Mama sama ada caesarean atau pun normal. Ini bagi memastikan segalanya bermula dengan baik ekoran Mama baru selesai melahirkan bayi semalam.
Doktor akan periksa ada condition Mama, keadaan jahitan dan sebagainya. Part ni pun ngeri juga sebab doktor akan belek betul-betul jahitan Mama contohnya mereka tekan, mereka selak untuk tengok kemas dan masih kuat lagi tak. Uish, seram tau!
2. Bayi sihat dan suhu normal
Memastikan suhu badan bayi baru lahir normal adalah penting bagi mengelakkan si kecil pulang dalam keadaan demam. Immune system mereka masih lemah dan sangat berisiko terdedah dengan virus di sekitarnya.
Justeru, jika bayi demam, kemungkinan besar anak Mama akan terpaksa ditahan sekali lagi di ward demi kebaikannya.
Selain itu, pemeriksaan jaundis juga akan dilakukan agar paras bacaannya tidak merbahaya. Pastikan juga bayi Mama telah menerima vaksin sebelum discharge.
- Memastikan suhu badan bayi baru lahir normal.
- Tidak berisiko tinggi terkena penyakit kuning.
- Lampin mengalami basah dan pergerakan usus yang baik.
- Telah menerima kesemua ubat yang diperlukan seperti vitamin K untuk mencegah pendarahan.
- Telah menerima vaksin yang diperlukan.
- Penyusuan berjaya sekurang-kurangnya 2 kali.
3. Bayi telah memulakan penyusuan
Bayi hendaklah telah disusukan sekurang-kurangnya dua kali sebelum pulang ke rumah. Jika menyusu hanya sekali jerr, sila maklum pada doktor yerr Mama.
4. Bayi telah membuang air besar dan kecil
Dalam tempoh 24jam kelahiran, pastikan bayi Mama telah lengkap membuang air kecil dan besar sekurang-kurangnya sekali. Adakalanya Mama tak perasan yang si kecil tadi dah buang air kecil kerana kuantitinya yang sedikit dan hampir tak nampak langsung dekat diaper.
Jadi, Mama boleh lapik dengan toilet paper dan periksa sama ada lembab atau masih kering.
5. Dokumen lengkap
Yang ni jangan lupa ye Mama. Make sure sebelum pulang ke rumah, segala dokumen dibekalkan pihak hospital dah lengkap diisi dan diserahkan pada Mama.
Ini untuk proses sijil kelahiran anak serta check up dari pihak jururawat di Klinik Kesihatan berhampiran.
#Di Kenderaan
1. Kedudukan carseat yang betul
Untuk membawa bayi pulang menggunakan kenderaan, Mama perlu pastikan tempat duduk mereka iaitu carseat telah dipasang dengan betul menghadap belakang. Pastikan Mama mengetahui cara melindungi si manja sebaiknya.
Ambil kira keselesaan bayi sewaktu dalam carseat kerana sebaik melangkah keluar daripada hospital, segala-galanya adala perkara baru untuk dia.
2. Bantal lembut untuk Mama
Ini juga dinasihatkan untuk ada dalam simpanan nanti. Minta suami sediakan bantal kecil dan lembut sebelum pickup Mama di hospital.
Ia sebagai sokongan untuk Mama yang masih belum sembuh dan berasa tidak selesa untuk duduk di dalam kereta. Kadang-kala Mama perlukan bantal untuk lapik di bahagian pinggang atau untuk sokongan di lengan, bahu dan sebagainya.
Kalau tak digunakan pun, sebaiknya biar jerr bantal tu dijadikan extra dalam kereta, in case memerlukan, bantal tu dah sedia ada.
#Di Rumah
1. Suhu bilik sesuai untuk bayi
Setibanya di rumah, beri perhatian pula pada suasana bilik. Pastikan keselesaan yang optimum untuk bayi seperti pakaian yang selesa, bilik tidak terlalu sejuk atau panas, dipakaikan bedung dan ditukarkan lampinnya bila perlu.
Antara sebab bayi menangis adalah kerana dia berasa tidak selesa.
2. Tilam bersesuaian
Tilam bayi juga perlu diberikan perhatian. Tilam yang nipis dan lembut mengurangkan risiko lemas.
3. Persekitaran bayi kekal bersih
Bayi baru lahir amat mudah untuk jatuh sakit. Justeru, jauhkan si manja daripada kawasan yang berhabuk atau individu yang tidak sihat. Lagi-lagi si kecil yang baru berusia beberapa hari, mereka sangat sensitif.
Sentiasa menjaga kebersihan. Amalkan tabiat membasuh tangan dengan kerap sebelum menyentuh bayi. Minta orang lain melakukan perkara yang sama.
4. Mencuci luka jahitan
Luka akibat proses kelahiran perlu dijaga rapi supaya tidak berlaku jangkitan. Meskipun ngeri, namun ia harus dibersihkan.
Sebaik tiba di rumah, mulai periksa luka jahitan, lakukan cucian yang betul dan sapu ubat di kawasan itu.
5. Mula memeriksa diaper si kecil
Dah sampai di rumah, Mama dah perlu set up masa untuk periksa diaper si kecil setiap dua ke tiga jam. Kalau dah penuh atau baby dah poo poo, kena buang diaper tadi.
Sebaiknya jangan tunggu si kecil menangis baru nak periksa ye Mama. Tapi periksalah setiap beberapa jam mengikut kesesuaian jenis diaper.
6. Memantau jarak masa penyusuan bayi
Penyusuan si kecil digalakkan untuk setiap dua ke tiga jam sekali. Bagi bayi yang jaundis, menyusu dengan kerap sangatlah digalakkan. Maka dengan itu, bersedialah untuk bersengkang mata.
Tipsnya adalah, cari waktu rehat Mama ketika bayi sedang tidur. Rehat yang secukupnya sangat penting dalam tempoh ini bagi memastikan kestabilan mental dan emosi.
Selain daripada itu, ia juga penting untuk membolehkan proses penghasilan susu Mama berjalan lancar.
Mencari lebih lagi tips tentang keibubapaan? Mama dan Papa boleh klik di SINI tau!