KelabMama

Pagi-Pagi Anak Masam Muka? Lihat Tips Mudah Dr Sheikh Muszaphar

Sesetengah kanak-kanak mempunyai mood yang berbeza apabila dikejutkan pagi-pagi untuk siap sedia ke sekolah. Kadang-kadang, Mama pun dah buntu kenapa mereka sangat moody dan tidak tahu apa yang mereka nak. Keadaan ini juga dapat melambatkan proses menyiapkan mereka ke sekolah.

Kita sepatutnya enjoy pagi-pagi, positive mood dan bersemangat untuk ke sekolah. Namun, mungkin ada beberapa faktor mengapa anak moody pagi-pagi. Jom kita tengok sama-sama kenapa ia berlaku.

Mengapa Anak Moody?

Antara sebabnya adalah, mereka:

Dan macam-macam lagi. Mama bernasib baik, kerana Mama Siti terjumpa tips mudah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar mengenai hal ini. Dengan tips mudah ni, Mama dapat amalkan dengan keluarga. Moga-moga ada perubahan positif selepas menjayakan petua-petua ini.

Jom kita baca dengan lebih lanjut~

Pagi-pagi Perlu Bersemangat!

Pukul 7 pagi dan kembar sudah bersedia untuk ke sekolah. Hanya sarapan bijirin ringan. Bayi kembar juga bersedia untuk ke PlaySchool mereka.

Kanak-kanak sentiasa dalam suasana riang gembira pada awal pagi.

Kenapa mereka moody eh pagi-pagi?

9 Tips Mudah Untuk Bagi Anak-Anak Tak Moody

Kredit gambar: Dr Sheikh Muszaphar

Ini adalah tipsnya:

  1. Siap sediakan mental anak-anak untuk aktiviti mereka pada hari esok.
  2. Senaraikan aktiviti mereka dan katakan betapa seronoknya aktiviti mereka.
  3. Pastikan mereka dapat tidur secukupnya.
  4. Kejutkan mereka dengan aura positif – lampu cerah, menyanyi, geletek mereka.
  5. Pastikan mereka senyum selalu – Saya selalu buat jenaka untuk bagi mereka ketawa.
  6. Berikan mereka semangat- Mereka selalu berbasikal disekeliling rumah sebelum ke sekolah.
  7. Jadikan perjalanan ke sekolah menyeronokkan.
  8. Bermain permainan dalam perjalanan – Pilihan terbaik adalah “I spy with my eye”.
  9. Salam, peluk dan cium ditambah dengan “Belajar kerana Allah”

Banyak yang boleh kita dapat daripada perkongsian Dr Sheikh Muszaphar ni, thanks Dr! Haa, kalau Mama nak anak happy-happy selalu di pagi hari, boleh cuba petua daripada Dr Sheikh Muszaphar ni.

Tips mudah sahaja kali ini Mama. Kalau Mama nak baca tips lain boleh klik di sini.

Selamat mencuba~

Kredit: Dr Sheikh Muszaphar