Pagar berfungsi sebagai alat keselamatan untuk setiap unit rumah terutamanya rumah bungalow dan rumah teres. Tambahan pula ia juga penting untuk menjaga privasi penghuni rumah tersebut.
Selain itu, kewujudan pagar rumah juga memainkan peranan dari segi kecantikan sesebuah rumah. Artikel kali ini tertumpu kepada rekaan pintu pagar dan juga pagar tembok di sekeliling rumah.
Namun begitu, pengubahsuaian rumah yang melibatkan ruangan luar perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum Mama memilih rekaan pagar yang sesuai mengikut kemahuan dan keperluan semasa.
Perhatikan Faktor Ini Sebelum Memilih Pagar Rumah
- Mematuhi jarak di bahagian depan, belakang, kiri dan kanan serta ketinggian yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Pagar rumah tidak mengganggu laluan kenderaan dan pejalan kaki terutamanya di rumah teres
- Bagi pagar yang menggunakan sistem automatik perlulah dilaksanakan sepertimana Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
Rekaan Pagar Minimalis Tahun 2022
Pagar Grill
Bahan yang digunakan ialah keluli atau aluminium. Pagar dengan bahan tersebut mempunyai struktur yang ringan tapi dalam masa yang sama kuat.
Pagar Vinyl
Dari segi harga, pagar vinyl lebih mahal berbanding pagar jenis berasaskan kayu. Namun begitu, ia mempunyai kelebihan kerana tidak perlu penyelenggaraan yang kerap. Selain itu, pagar vinyl mempunyai kesan akhir sama seperti bahan kayu. Nampaknya ia ialah alternatif yang sepadan.
Pagar PVC
Kelebihan pagar PVC ialah dari segi bahannya. Pagar ini anti karat dan melambatkan proses cat menjadi kusam. Pagar rumah Mama akan sentiasa kelihatan baru.
Pagar Ayunan (Swing Gate)
Pagar ayunan sering dipilih apabila seseorang ingin mengaplikasikan pagar automatik di rumah mereka. Manakala dari segi harga, pagar ayunan masih tergolong dalam kategori pagar dengan harga yang rendah.
Gabungan Batu & Besi
Mama mahukan sesuatu yang moden tetapi Ayah pula sukakan pagar yang mempunyai elemen semulajadi. Tidak perlu rungsing kerana pagar yang menggabungkan batu dan besi mungkin menjadi antara pagar baru untuk rumah Mama.
Gabungan bahan-bahannya jelas kelihatan ianya sesuatu yang selamat, kukuh dan paling penting ada elemen alam semulajadi.
Pagar Kayu dengan Tembok Tinggi
Ide rekaan nya ialah cat tembok berwarna putih dan menggunakan pagar dengan bahan kayu. Ia akan kelihatan lebih menarik jika menggunakan warna kayu yang gelap. Warna yang kontra mengabungkan idea klasik dan moden.
Pagar Ala Mediteranian
Pagarnya seperti pintu rumah. Seterusnya untuk pagar temboknya pula tinggi menyamai rumah di tingkat pertama. Selalunya ia dihiasi dengan satu jenis tanaman di sisi bahagian pintu.
Pagar Berlipat (Folding Gate)
Pagar jenis ini sesuai untuk ketinggian 14 kaki ke atas. Ada yang memerlukan roda dan ada juga yang tidak menggunakan roda. Yang pasti ia mempunyai selak kunci di setiap lipatan.
Pagar Meluncur (Sliding Gate)
Praktikal, elegan dan ringkas. Itu yang Mama Siti boleh katakan untuk rekaan pagar meluncur ini. Tambahan pula, tiada sekatan bagi pemilihan bahan. Mama bebas memilih bahan kayu atau besi.
Pagar Bermotif Bunga/ Kerawang/ Buluh
Pagar Besi Minimalis
Sama ada orang di bahagian luar pagar atau di bahagian dalam pagar, kedua-duanya boleh melihat dengan jelas di bahagian bertentangan. Kelebihan pagar besi minimalis ialah ia membantu pengudaraan angin dan cahaya ke dalam kawasan parkir kereta.
Gabungan Tembok & Kayu
Bagi bahan tembok, ada yang menggunakan simen, batu bata dan besi. Gambar diatas ialah contoh bagaimana batu dan kayu berpadu menjadi struktur yang kuat.
Pagar Kayu
Antara kerisauan pemilik rumah ialah ketahanan dan nilai kosmetik pagar kayu. Dengan keadaaan iklim Malaysia yang sentiasa panas dan hujan sepanjang tahun, kayu mungkin akan mengalami kerosakkan seperti lekang atau berkulat.
Pagar Selari Melintang
Rekaan pagar yang ringkas atau simple. Pagar tembok dan pintu pagar menggunakan bahan dan rekaan yang sama. Penggunaan struktur logam mempunyai jangka hayat yang panjang dan ia juga senang dijaga.
Pagar Kayu & Besi
Selain besi yang dicat warna putih, ia juga boleh dicat warna kelabu. Manakala bagi kayu pu, lebih baik jika warnanya lebih gelap dan menampakkan corak serat kayu. Gabungan kedua-dua bahan ini menyatukan konsep moden dan minimalis.
Begitulah tadi 15 rekaan pagar rumah yang moden, minimalis dan konsep semulajadi. Perkara paling penting ialah fungsi utama pagar ini dapat berfungsi dengan baik.
Sekali lagi, Mama Siti suka nak ingatkan supaya Mama mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang negara Malaysia. Akhir sekali, sesuaikan rekaan pagar rumah Mama dengan reka bentuk rumah supaya dapat menyerlahkan lagi kecantikkan rumah Mama. Jom baca tentang pelabagai jenis grill rumah dan harga pasarannya pula!