Berhenti manjakan berlebihan, memuji berlebihan dan berkongsi berlebihan, Mama!
Menjadi ibu bapa pertama kali mempunyai cabaran mereka tersendiri seperti terlalu mahukan yang terbaik untuk anak hingga memberikan tekanan kepada diri sendiri dan juga suami. Akhirnya, dengan anak pun sekali stres.
Overparenting mungkin akan menghasilkan anak yang tiada kebebasan untuk belajar sendiri. Mama Siti ada jumpa apa ciri-ciri overparenting ni sebenanya dan apakah sikap yang Mama dan juga cik suami harus elakkan supaya anak tidak rasa terkongkong dan juga stres.
Jom kita tengok sama-sama!
Ciri-ciri Overparenting
Overparenting bermaksud terlebih manja, terlebih memerhati sehingga anak tidak dapat untuk lalui kehidupan secara tersendiri. Mari kita tengok ciri-ciri overparenting ni macam mana:
- Takut anak gagal
- Mengatur cara orang lain memperlakukan anak
- Pengawasan anak berlebihan
- Keputusan dilakukan sama seperti orang tua
- Terlalu mengatur anak
Mama ada ke ciri-ciri ni?
“Macam mana taknak overparenting ni?”
Menurut ahli psikologi kanak-kanak Dr Mary O’Kane, untuk mengelakkan daripada overparenting Mama dan juga cik suami perlu:
- Ambil risiko yang sihat untuk membina keyakinan, daya tahan dan keyakinan diri.
- Beri peluang untuk anak-anak kenal dunia luar.
- Kurangkan memberi tekanan pada anak-anak apabila mereka mencuba sesuatu pada pertama kali.
- Memberi jaminan dan sokongan sewajarnya untuk mereka.
- Mama tidak perlu tahu semua jawapan, dan kita tidak perlu sentiasa membetulkannya.
- Mama boleh berempati dengan anak anda pada tahap yang tidak dapat dilakukan oleh seseorang tanpa pengalaman.
Mama Siti faham, overparenting ni kadang-kadang datang dengan tidak sengaja dan niat ibu bapa hanyalah untuk memastikan anak-anak mereka selamat daripada bahaya yang berada di dunia sebenar.
Jika kita teruskan, mereka mungkin tidak dapat berdikari kerana ibu bapa telah meletakkan filter dan had pada anak-anak.
Akhir kata, ibu bapa adalah tunjang untuk memberikan sokongan yang wajar pada anak-anak. Mereka mungkin mengalami kecelaruan apabila mencuba benda baharu dan kita juga tidak perlu ada semua jawapan untuk soalan mereka bagi membetulkannya.
Sewajarnya, ibu bapa perlu tunjukkan rasa empati dan fahami pergelutan emosi mereka. Harap-harap ini dapat meredakan kebimbangan Mama semasa membesarkan si manja. Selamat mencuba dan jangan risau sangat ya Mama!
Untuk lebih banyak info dan tips keibubapaan klik SINI.