Mama mesti selalu dengar pasal ovarian cyst ni kan? Walaupun penyakit ni biasanya kaum wanita yang kena tapi kita tak boleh pandang ringan tentang cyst ni. Kita kena sentiasa berjaga-jaga terutamanya dengan lifestyle kita. Apa yang kita makan, apa yang kita pakai juga memainkan peranan penting.
Bagi yang tak tahu dan bagi yang dah tahu tapi nak tahu lebih lagi tentang cyst ni Mama Siti akan kongsikan dengan mama semua. Mama juga boleh educate anak perempuan mama yang sedang meningkat remaja supaya sentiasa hati-hati tentang kewujudan cyst ni.
Apa Itu Ovarian Cyst?
Ovarian cyst adalah kantung yang berisi lendir atau air yang berada di dalam kilang telur ovari, diameternya melebihi 3 cm. Kantung ni boleh terjadi dalam pelbagai saiz, sehinggakan ada yang bersaiz sebiji tembikai! Lagi, lendir atau cecair ni boleh jadi seperti air atau lendir dipanggil simple cyst, atau ada yang lebih kompleks mempunyai lendiran yang likat, darah atau bahagian-bahagian pejal dan keras.
Jenis-Jenis Sista
#Simple cyst
Ia terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus menerus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Sista jenis ni adalah yang paling biasa dijumpai dan ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.
#Endometrioma
Endometriosis ni pula sel-sel yang terdapat pada rahim didapati terdapat di luar rahim, menyebabkan terjadinya endometrioma.
#Dermoid cyst
Ini terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadang-kala bercampur dengan rambut dan lemak.
Tapi ada juga jenis sista yang lain adalah jarang-jarang berlaku dan ditemui. Hampir kesemua ovarian cyst yang berlaku sebelum usia menopos adalah TAK berbahaya.
Kanser ovari sebelum usia menopos juga adalah sangat jarang berlaku. Ovarian Cyst kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tak sedar pun yang diaorang ada penyakitnya sebab dia jarang beri masalah atau simptom.
Ia hanya boleh dikesan bila sesorang wanita itu buat ultrasound, dalam pemeriksaan apabila menghadapi masalah kesuburan. Walau bagaimanapun, 1 dalam 10 wanita mungkin akan memerlukan pembedahan di kemudian harinya.
Sekiranya sista ini terjadi pada wanita yang berumur 50-70 tahun, ia lebih cenderung membawa kepada kanser dan lebih berbahaya.
Simptom dan Gejala Ovarian Cyst
Pada umumnya penyakit ni tak memberikan sebarang gejala tau. Tapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut.
Kebanyakkan orang beranggapan perut yang buncit itu disebabkan pengumpulan lemak dan membiarkan saja. Lain-lain gejala termasuklah :
- Muntah dan loya
- Sakit perut
- Sakit semasa hubungan kelamin
- Sukar atau kerap kencing
- Rasa perut penuh dan tak selesa dan cepat kenyang
- Rasa berat pada ari-ari
- Susah untuk mengandung di mana ada kaitan dengan endometriosis
Cyst & Kesuburan?
Terdapat pelbagai jenis sista dan kebanyakanya tak menjadi penyebab dan tidak beri kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan sista tak ganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tapi sekiranya mama-mama mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masalah kesuburan.
Apa Yang Akan Terjadi Sekiranya Saya Ada Cyst?
Rawatan ovarian cyst bergantung kepada jenis sista yang mama alami. Bagi cyst folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Biasanya, doktor sakit puan akan pantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.
Rawatan pembedahan untuk membuang sista akan dicadangkan jika didapati sista jadi semakin besar. Walau bagaimanapun, pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang kalian hadapi, bentuk sista, dan keputusan ujian darah.
Sista berukuran diameter < 5 cm : Rawatan tak diperlukan. Cyst jenis ini akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan dan mungkin tak memerlukan rawatan susulan.
Sista berukuran diameter 5 – 7 cm : Ini yang seharusnya diberikan rawatan susulan, sekurang-kurangnya ultrasound selepas setahun kemudiannya.
Sista berukuran diameter > 7cm: Yang ni perlu buat ujian dan pemeriksan lanjut, seperti MRI atau pembedahan.
Saya mempunyai ovarian cyst dan telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang sista tersebut, bagaimanakah pembedahan itu akan dilakukan?
Kalian akan diberikan pilihan untuk menjalani pembedahan laparoskopi (pembedahan melibatkan potongan kecil dan penggunaan kamera), ianya kurang menyakitkan berbanding laparotomi. Dengan pembedahan laparoskopi, dapatlah balik awal ke rumah selepas pembedahan dan sembuh dengan segera.
Walau bagaimanapun pembedahan laparotomi (pembedahan melibatkan potongan besar) dicadangkan sekiranya sista didapati terlalu besar, ataupun sista menunjukkan tanda-tanda berkaitan dengan kanser. Doktor sakit puan akan bincang tentang kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis pembedahan ini, seterusnya menentukan jenis pembedahan yang bersesuaian dengan keadaan sista itu.
Ovari akan dibuang sekali masa operation?
Lazimnya, kedua-dua ovari ini tak dibuang ketika pembedahan. Ini adalah kerana ovari penting untuk menghasilkan hormon wanita yang diperlukan sebelum menopos dan dalam kebanyakkan kes, hanya cyst sahaja dibuang.
Walaupun begitu, ada sesetengah keadaan yang memerlukan ovari perlu dibuang juga, misalnya jika keadaan sista terlalu besar sehingga menggantikan semua ruang ovari.
Selain itu, ovari juga perlu dibuang sekiranya sista sudah terpusing/ terpuntil sehingga menyebabkan peredaran darah pada ovari terputus, atau merasakan sista itu mungkin menular menjadi kanser.
Ingat ya, segala makanan suplemen, ubat-ubatan herba TAK BOLEH merawat cyst. Minta pandangan doktor ginekologi yang berilmu, bukan penjual suplemen yang cakap-cakap atas angin sahaja. JANGAN TERTIPU!
Semoga Bermanfaat:)
Sumber: Muhammad Izzat
Baca Juga: Ovarian Cyst Takkan Sembuh Dengan Suplemen, Jangan Tertipu!
Pesan Mama Siti
Mama Siti harap apa yang dijelaskan ni buat mama-mama faham ya. Tolongla jangan beli atau supplemen mengarut ni. Lulus KKM tak bermakna produk tu selamat ya. Ikut je lah cakap doktor. Yang pasti selamat dan duit kita pun selamat juga.