KelabMama

OOTD Spot & Instagrammable Untuk Mereka Yang Beraya di Lembah Klang Tahun Ini

ootd raya di selangor

Dah balik dari kampung ni mestilah nak cari spot untuk ootd dekat sini pulak kan. Atau yang tak dapat nak balik kampung tu tengah mencari mana spot dekat area ni cantik nak ambik gambar kan.

Haa sini Mama Siti nak bagi idea tempat instagrammable untuk ootd raya nanti.

6 Tempat Instagrammable Untuk OOTD Raya Anda

1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Kredit Gambar: Tripadvisor

Alamat: Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor,

Salah satu masjid yang cantik di Selangor iaitu masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. masjid ni jugak dikenali sebagai masjid biru.

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah ni bertemakan melayu moden. Masjidnya yang besar boleh memuatkan sehingga 24, 000 ribu jemaah pada satu masa.

Luaran masjid, hiasan dalaman dan seni binanya yang agak menarik bahkan seni kaligrafi yang ada pada dinding kubah dan gerbang jugak sangat menakjubkan tau. Ni kalau ootd waktu malan pun cantik tau!

2. Elmina Valley Park

Kredit Gambar: Sime darby Property

Alamat: Elmina Valley, 176, Jalan Metafasa U16/3, 40160 Shah Alam Selangor

Emina Valley Park ni salah satu intagramable tau. Laluannya yang berwarna pelangi dan jambatan ikonik Elmina.

Time raya pakai lawa-lawa snap gambar dekat sini memang cantiklah! Anak-anak pun ikut seronok sekali nak ootd dekat sini.

3. OOTD di Tamarind Square

Kredit Gambar: TheSmartLocal Malaysia

Alamat: B-02-03, Tamarind Square, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Tamarind Square yang berkonsepkan urban nature sesuai dengan mereka yang berjiwa muda. Tempatnya yang fresh look dan dikelilingi pokok-pokok hijau yang merimbun.

Seni binanya yang bercirikan moden seakan sama dengan binaan pusat membeli-belah tetapi menarik dan santai. Sangat awesome lah kalau bergambar di Tamarind Square ni sebab ada banyak tempat yang boleh di ambik gambar.

Cantik kan kalau ambik gambar raya di Tamarind Square ni?

4. Spacerubix

Kredit Gambar: puchong.co

Alamat: Jalan TPP1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Tempat ber-ootd seterusnya ialah di Spacerubix. Ianya terletak di kawasan Puchong je. Spacerubix ni sangat unik dan kreatif kalau dilihat dari design nya. Lihat je susunan rubik ni kreatif kan.

Kredit Gambar: Flickr

Pasti ootd raya akan nampak cantik berlatarkan Spacerubix ni!

5. OOTD di Padihijau Homestay

Kredit Gambar: Menarik di Central

Alamat: No 15, Parit 8 Timur Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor

Mahukan ootd berlatarkan kawasan hijau? Bolehlah pergi ke Padihijau Homestay. Kawasannya yang tenang dang menghijau.

Dengan panorama sawah padi dan design bumbung rumah yang unik serta dicat dengan pelbagai warna tu akan jadikan ootd lebih menarik tau, ala-ala oversea dah design tu.

6. Laman Seni 7

Kredit Gambar: YouTube Channel Mari Berjalan

Kalau rasa macam nak ootd yang ada vibe seni-seni boleh lah pergi ke laman seni di seksyen 7 Shah Alam. Lokasinya pun terletak di sebelah jalan je jadi senang je lah nak cari laman seni 7 ni.

Ada banyak mural-mural yang gempak dekat sini tau! Jadi tak rugi lah kalau ootd dekat sini. Dekat sini tak ada entrance fee tau, pakai lawa-lawa dengan bawak camera je!

Jadi,dah ada idea kan nak pergi mana untuk ootd raya. Kalau tak tahu nak pergi mana kan, Mama Siti recommend pergi semua tempat je senang, alah dekat area sini je.

Lagipun bolehlah meluangkan masa dengan yang tersayang sekali kan.


Nak balik beraya dekat kampung jangan lupa checklist barang supaya tak ada yang tertinggal. Barang apa? Klik di SINI.