KelabMama

Nattome dan UCSI University Dedah Hasil Kajian Klinikal Sulung Malaysia Tentang Keberkesanan Kacang Soya Tertapai Untuk Tangani Masalah Usus

Indra, Jon Dr. Tan at Nattome The Gut Show

Nattome, pakar kesihatan usus, telah menjayakan sesi The Gut Show versinya yang melibatkan perkongsian pakar dan pengumuman hasil kajian klinikal pertama di Malaysia tentang keberkesanan kacang soya tertapai untuk kesihatan usus – yang dilaksanakan dengan kerjasama UCSI University.

Jon dan pakar berkongsi tentang realiti dan petua pemakanan untuk kesihatan usus

Kehidupan dalam dunia moden hari ini yang semakin sibuk dan pantas hakikatnya menyebabkan stres, amalan gaya hidup kurang baik dan pemakanan yang tidak seimbang – yang meningkatkan risiko mengalami masalah gastrousus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati bahawa 1 daripada 3 orang mengalami gangguan penghadaman pada sesuatu masa.

Laporan media menunjukkan bahawa penyakit usus berada di tangga ke-4 secara keseluruhan sebagai punca utama kemasukan ke hospital swasta di Malaysia pada 2021.

Memandangkan 70% daripada sistem imun kita berada dalam usus, kita tidak boleh mengabaikan kepentingannya kepada kesihatan. Masalah umum berkaitan usus termasuk perut kembung, ketakcernaan, sindrom usus rengsa dan penyakit refluks gastroesofagus (GERD), dengan 1.03 bilion (GERD) pesakit di seluruh dunia dan peningkatan 78% dalam tempoh 30 tahun lepas.

Tinjauan yang dilaksanakan oleh BMC Gastroenterology pada 2023 mendapati bahawa bilangan individu yang mengalami GERD membentuk 13.98% daripada populasi dewasa di seluruh dunia. Di Malaysia, GERD semakin meningkat dan kini dialami kira-kira 9.7% daripada penduduk negara ini.

Dr. Tan membentangkan kajian klinikal pertama di Malaysia tentang keberkesanan kacang soya yang ditapai untuk GERD

Di satu sidang media yang diadakan pada hari ini, Ketua Perubatan dan Penolong Profesor Sains Kesihatan Ts Dr Tan Chung Keat menerangkan bahawa GERD kini semakin lazim dan biasanya dirawat dengan ubat atau dalam kes kronik, memerlukan pembedahan.

Prof Dr Tan berkongsi maklumat tentang peranan makanan fungsian asli untuk merawat GERD secara semula jadi. “Makanan fungsian bukan sahaja bertumpu kepada khasiat pemakanan; tetapi juga berkaitan makanan asli atau makanan tambahan semula jadi yang mengoptimumkan kesihatan dan membantu mencegah penyakit.

Salah satu makanan fungsian yang baik ialah kacang soya tertapai (glycine max) yang merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan utama di negara-negara Asia Timur.

Kacang soya ialah makanan ruji dan tanaman penting di banyak negara Asia dengan permintaan tempatan dan antarabangsa menyebabkan peningkatan kawasan tanaman tumbuhan tersebut di Asia (28 – 40% dalam tempoh 15 tahun lepas), Amerika dan Eropah.

Kacang soya tertapai memberikan manfaat kesihatan lebih besar daripada kacang soya yang tidak menjalani proses pemeraman atau penapaian, dan telah diiktiraf kerana kesan terapeutik dan terbukti mempunyai ciri-ciri antidiabetes, antioksidan, antikanser dan antiradang,” jelas Prof Dr Tan.

Nattome baru-baru ini berganding bahu dengan UCSI University untuk menjalankan penyelidikan bebas yang membolehkan kajian klinikal pertama di Malaysia dilaksanakan terhadap keberkesanan kacang soya tertapai untuk merawat masalah usus, terutamanya bagi memulihkan GERD.

Nattome Stomach Food

Hasil penemuan kajian telah diumumkan pada hari ini. Kacang soya tertapai yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah ramuan penting yang wujud dalam penyelesaian berasaskan makanan keluaran Nattome.

Kajian selama 12 minggu ini membabitkan 110 peserta yang mengalami pedih hulu hati, refluks asid, regurgitasi dan sakit dada tidak berkaitan jantung. Hasil kajian mendedahkan penambahbaikan ketara dalam gejala GERD, peningkatan kualiti kehidupan dan penurunan jelas tahap keradangan dalam kalangan pengguna Nattome.

Secara keseluruhan, peserta kajian ini mencatatkan pengurangan 47.6% dalam gejala pedih hulu hati, penurunan 40.9% dalam gejala dispepsia (ketakcernaan), penyusutan 62.9% dalam gejala regurgitasi, pengurangan 19.8% hingga 43.5% bagi pelbagai penanda keradangan dan peningkatan keseluruhan 13.3% dalam kualiti kehidupan bagi Refluks & Dispepsia (QOLRAD)

QOLRAD ialah alat penilaian khusus penyakit, yang menjadi kayu pengukur bagi masalah psikometrik peserta.

Hasil kajian klinikal mendapat bahawa peserta kajian yang mengambil makanan tambahan Nattome mencatatkan peningkatan 16.7% dari segi kecergasan, pengurangan 15.1% dalam masalah makan/minum, penyusutan 13.3% dalam gangguan emosi, pengurangan 12.3% dalam gangguan tidur dan peningkatan 10.8% dalam fungsi fizikal dan sosial.

Makanan tambahan Nattome boleh menangani gejala GERD dengan berkesan, mengurangkan tahap keradangan dan meningkatkan kualiti kehidupan penggunanya. Tambahan lagi, 96% daripada peserta mendapati masalah usus mereka bertambah baik pada akhir kajian.

En. Jon Lai, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nattome, berkongsi kisah peribadinya mengalami masalah kesihatan usus serius pada awal zaman bekerja.

Memandangkan beliau tidak suka menggunakan penyelesaian bukan semula jadi mahupun ubat-ubatan, beliau mencari rawatan semula jadi yang telah akhirnya mendorongnya untuk menubuhkan Nattome dan mempelopori rangkaian produk berasaskan makanan berlandaskan sains untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan dan mencegah masalah berkaitan perut, untuk mengoptimumkan kesihatan dan menikmati sepenuhnya kehidupan.

“Produk utama Nattome, iaitu Suplemen Perut dan R&R (Pembaikan dan Pemulihan), dihasilkan sepenuhnya daripada bahan makanan asli terutamanya kacang soya tertapai, yang merupakan komponen berpaten daripada teknologi penapaian Jepun. Nattome membekalkan enam manfaat utama termasuk mengoptimumkan nilai pH gastrik, mengukuhkan lapisan usus dan sistem imun, memulihkan pedih hulu hati, mengukuhkan sistem penghadaman, melegakan perut kembung dan menggalakkan kesihatan usus,” kata Jon.

Pakar Diet Indra berkongsi komponen penting dalam menguruskan GERD yang meminimumkan ketidakselesaan

Cik Indra Balaratnam, pakar diet bertauliah berkata, “Usus yang sihat memastikan proses penghadaman makanan dan minuman yang anda nikmati setiap hari dengan sebaiknya. Apabila makanan dihadamkan dengan baik, sel-sel badan anda dapat menyerap nutrien daripada makanan yang mengukuhkan tahap kesihatan keseluruhan, menguatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Tabiat pemakanan harian bagi mengekalkan usus yang sihat termasuk menikmati pemakanan seimbang yang mengandungi bijirin penuh, protein rendah lemak, sayur, buah, kacang dan bijian untuk menyokong fungsi organ dan penghadaman yang baik; kerap bersenam, memastikan tahap stres yang rendah dan mendapatkan tidur yang secukupnya.

Amalan pemakanan dan gaya hidup seseorang adalah komponen penting untuk menguruskan GERD dan mengurangkan ketidakselesaan.

Cuba makan secara bertanggungjawab, elakkan makanan dan minuman yang mencetus pedih hulu hati dan refluks asid, makan dalam jumlah yang kecil dan kerap, termasuk makanan kaya dengan probiotik setiap hari, makan tidak lewat daripada 3 hingga 4 jam sebelum tidur dan mengelakkan aktiviti berat sejurus selepas makan, Semua ini adalah strategi yang berkesan untuk membantu menangani ketidakselesaan GERD,” ujar Indra.

(tiga dari kiri) Encik Foo Fung Jiun, Ketua Kumpulan Farmasi CARiNG Perolehan, Indra, Jon Dr. Tan di Nattome The Gut Show

Nattome juga melancarkan satu kerjasama penting bersama Kumpulan CARiNG Pharmacy. Kerjasama ini bertujuan meluaskan capaian produk Nattome menerusi rangkaian 250 cawangan runcit CARiNG Pharmacy. Menerusi kerjasama ini, produk Nattome boleh didapati daripada sejumlah 500 cawangan farmasi sehinga kini,” ujar Jon.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nattome dan produknya, sila layari https://nattome.com


Mama Papa dapatkan informasi tentang keibubapaan di SINI.