KelabMama

5 Nasihat Doktor Jika Anak-anak Gemar Memanjat di Rumah

anak-anak memanjat

Doktor Abdul Rahim daripada Bayan Lepas berkongsi beberapa nasihat dan peringatan mengenai anak-anak yang sangat suka memanjat. Anak-anak apabila sudah pandai merangkak, apatah lagi berjalan, akan mula memanjat sana-sini. Kerusi, meja, sofa, grill rumah pun akan dipanjat!

Untuk pengetahuan Mama, perkara itu adalah normal. Bukannya mereka bersifat hyperaktif atau bermasalah seperti yang disangkakan. Tak percaya? Cuba lihat apa yang dikatakan Doktor Abdul Rahim ni:

Anak ketika ni suka memanjat BUKANnya dia HYPERAKTIF, bukan anak BERMASALAH atau NAKAL. Bukan! Bukan! Bukan! Ni perspektif fikiran ibubapa yg silap. Tapi ia adalah salah satu SKILL penting & BARU dalam perkembangan motor kasar pada diri & perkembangan otak anak itu ketika pembesaran dirinya.

Proses pembesaran yang NORMAL

Kalau secara zahirnya, anak yang baru lahir akan terus menyusu daripada ibunya. Pandai je dia cari sumber susu apabila didekatkan dengan dada ibu. Ibu bapa, atok neneh, tak perlu mengajar dia. Mungkin hanya berikan sedikit panduan kepada bayi tersebut. Menyusu, meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan sebagainya merupakan proses tumbesaran semulajadi yang dianugerahkan Yang Maha Esa. Jadi, memanjat atau ‘meragaih’ ini juga merupakan proses perkembangan bayi yang normal.

Anda tak payah ajar anak/cucu macam mana nak memanjat. Tetapi, skill MEMANJAT ini merupakan ANUGERAH ALLAH. Ianya terjadi apabila tahap perkembangan bayi tu tiba waktunya dalam perkembangan otak yang normal. Sebabnya ketika ni mereka dah mula ada Deria Vestibular (deria pergerakan & keseimbangan). Ini yg menyebabkan mereka suka memanjat & cuba cari & test deria tersebut lalu lama-kelamaan dapat pupuk SKILL tu dlm dirinya dengan baik dan berguna untuk masa hadapan mereka.

Doktor Abdul Rahim

Jadi, apa yang harus Mama, Papa lakukan jika anak-anak sangat suka memanjat?

5 Nasihat Utama daripada Doktor:

  1. Jangan sesekali halang anak anda naik turun tangga rumah. Hal ini supaya mereka dapat menguatkan lagi skill ini. Anda hanya harus lebih berwaspada agar mereka tidak terjatuh atau mencederakan diri mereka.
  2. Jika anak-anak mula memanjat grill rumah, biarkan je. Jangan marah atau rotan mereka. Jangan sesekali katakan mereka nakal atau hyperaktif! Sebaiknya, berikan kata-kata positif seperti ‘bagus’, ‘keep it up’ dan sebagainya. Sebagai ibu bapa pula, anda perlu cuba lebih memahami hal ini ye.
  3. Kalau anak sering panjat sofa, Mama bertenang je. Relax. Biarkan anak-anak panjat-memanjat kerana mereka sedang develop skill tersebut. Cuma Mama harus berjaga-jaga supaya tidak berlaku kecederaan kepada mereka ye. Letak la tilam lembut dekat bawah sebagai langkah berjaga-jaga.
  4. Untuk Mama dan Papa yang sering biarkan anak-anak menonton TV atau gadjet untuk ubah perhatian mereka – sila kurangkan kaedah ini! Anda sebenarnya merosakkan minda yang boleh melambatkan development anak-anak daripada melakukan aktiviti lasak. Harap Mama dan Papa faham ye.

Ujar Doktor Abdul Rahum lagi, aktiviti lasak seperti memanjat ini sebenarnya boleh membuatkan urat otot, tulang dan sendi serta deria saraf Vestibular mereka cepat berkembang dan matang.

Jadi, Mama, Papa, Atok, Nenek harus lebih bertenang dan biarkan je anak-anak mahupun cucu memanjat. Mereka sedang membesar dengan normal tu. Jangan risau sangat ye Mama.