KelabMama

NAMA ANAK PEREMPUAN INSPIRASI DARI NAMA ANAK SELEBRITI

Semalam Mama Siti dah share Nama Anak Lelaki Inspirasi Dari Nama Anak Selebriti, hari ini Mama Siti nak share Nama Anak Perempuan pula. Ha..mama yang bakal menimang cahaya mata perempuan tu bolehlah survey nama-nama ni. Manalah tahu ada yang tersangkut nanti hehe.

Tapi sebelum tu ada beberapa tips untuk memilih nama anak yang Mama Siti nak share dengan mama semua. Semoga tips ini membantu!

Tips Memilih Nama Anak

1. Pilih nama yang mempunyai maksud yang baik

2. Tahu asal usul nama yang diberi daripada bahasa mana beserta maksudnya (seeloknya Bahasa Arab)

3. Tahu ejaan nama dalam Jawi atau Bahasa Arab beserta baris

4. Nama yang sesuai dengan jantina bayi

5. Nama yang tak memalukan anak pada masa akan datang

6. Buat senarai ringkas beberapa nama alternatif

7. Berbincang dengan pasangan nama tersebut dan dipersetujui bersama dengan ikhlas

8. Tanya pendapat orang lain tentang nama yang dipilih

10 Nama Anak Perempuan Diinspirasikan Dari Nama Anak Selebriti Malaysia

#1 Aaisyah Dhia Rana

Si cantik comel berwajah kacukan ini merupakan anak kepada pasangan pelakon vogue, Rozita Che Wan dan Zain Zaidin. Pengikutnya di instagram juga dah mencecah 1.5m tau!

Aaisyah Dhia Rana ni membawa maksud yang baik. Aaisyah diambil sempena nama isteri Rasulullah manakala Dhia Rana pula bermaksud Sinar Kecantikan.

#2 Nayra Mikhaila dan Leyla Medina

Sesedap nama secantik orangnya. Itulah nama anak-anak perempuan pelawak terkenal, Nabil Ahmad.

Nayra itu sendiri bermaksud Bercahaya, Leyla bermaksud kerinduan, malam yang gelap dan Medina pula diambil sempena nama bandar al-Madinah.

#3 Lara Alanaa

Ingat tak masa mula-mula dulu ramai yang mempersoalkan nama anak kepada selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari ni. Kalau mama nak tahu sebenarnya kalau dalam bahasa Spain, Lara bermaksud Perlindungan manakala Alanaa pula dalam bahasa Irlandia membawa maksud Anak yang sangat disayangi.

#4 Alisha Anugerah dan Ariana Mecca

Cantiknya nama anak-anak perempuan kepada selebriti yang serba boleh ini iaitu Alif Satar. Nama anak-anaknya cukup cantik iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Alisha membawa maksud Dilindungi dan Anugerah bermaksud Pemberian. Manakala Ariana pula beerti Kehidupan dan Mecca beerti Kota Mekah.

#5 Siti Aafiyah

Satu-satunya puteri kesayangan penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan suami Dato’ Khalid yang bernama Siti Aafiyah. Nama yang ringkas tapi mempunyai maksud yang baik.

Siti Aafiyah bermaksud perlindungan, keselamatan dan jauh dari kesengsaraan di dunia dan akhirat.

#6 Putri Raysha Jemyma

Namanya secantiknya dan mamanya, Fasha Sandha. Ke mana kuahnya tumpah kalau tak ke nasi kan?

Kalau mama nak tahu Raysha bermaksud pemimpin. Jemaima pula diambil sempena nama salah satu anak Nabi Ayub yang cantik wajahnya.

#7 Ammara Sofea Rose

Ammara Sofea Rose, si cilik yang comel ni merupakan anak kepada pasangan pelakon Eira Syazira dan Aizad.

Ammara bermaksud yang memakmurkan, yang kuat iman, penerang. Sofea pula bermaksud menawan, manakala Rose diambil sempena pangkal nama ibu Aizad dan ibu Eira yang kebetulan kedua-duanya bermula dengan Ro. Lalu nama Rose menjadi pilihan sebagai tanda kasih sayang mereka kepada kedua ibu.

#8 Sumayyah

Kecil kecil lagi dah cantik, dah besar nanti mesti lagi cantik macam mamanya. Sumayyah merupakan puteri kepada Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

Nama yang ringkas tapi cukup istimewa, Sumayyah bermaksud kebanggaan.

#9 Dariya Inara

Anak kepada pelakon berwajah comel Sari Yanti dan pasangannya pelawak terkenal Jep Sepahtu ini dilahirkan pada 25 April yang tahun lepas ini mempunyai followers seramai 289 ribu di instagram.

Dariya bermaksud lemah lembut, manakala Inara pula bermaksud berkarisma, pintar.

#10 Mikayla Delisha

Pasangan popular, Norman Hakim dan Memey Suhaiza menamakan anak perempuan mereka Mikayla Danisha.

Mikayla membawa maksud pemberian Allah manakala Delisha pula menggambarkan rasa gembira dan menyebarkan elemen positif.

BACA JUGA Lebih 100+ Nama Bayi Perempuan Yang Indah & Bermakna Dalam Islam

Pesan Mama Siti

Semoga nama-nama yang Mama Siti sharekan dengan mama semua ni dapat memberi inspirasi dan rujukan kepada mama untuk memilih nama bakal si manja nanti.