KelabMama

100 Nama Anak Perempuan Huruf B Untuk Si Manja Anda!

nama-anak-perempuan-huruf-B

Sumber: istockphoto

Menurut Mufti Brunei, nama yang diberikan untuk si manja adalah sesuatu yang amat penting untuknya. Sesungguhnya dengan nama itulah, mereka akan dipanggil dan dikenali di akhirat kelak, bukan sahaja di dunia ini.

Setiap dari kita akan membawa nama yang diberikan oleh ibu bapa. Oleh itu, para ibu dan bapa mestilah memilih nama yang mengandungi maksud yang elok ya?

100 Nama Anak Perempuan Huruf B

Sumber: istockphoto

Jom, kita tengok beberapa pilihan nama anak perempuan yang bermula dengan huruf B dari perkongsian TipsBayi, Islamic Bulletin dan Al-Quranic ini. Kebanyakkannya mempunyai makna yang baik dalam Bahasa Arab:

  1. Baahirah = Cahaya terang-benderang
  2. Baasima = Tersenyum
  3. Badeeah = Menakjubkan, hebat, indah
  4. Badia = Disukai, unik
  5. Badiah = Hebat, disukai, unik
  6. Badiyah = Padang pasir
  7. Badr = Bulan purnama
  8. Badra = Bulan purnama
  9. Badriya = Seperti bulan purnama
  10. Badriyah = Seperti bulan purnama
  11. Badriyyah = Seperti bulan purnama
  12. Badyah = Yang jelas, yang berpengetahuan
  13. Baha = Nilai, harga
  14. Bahaar = Musim bunga
  15. Bahar = Musim bunga, kemuncak usia, kegemilangan usia muda
  16. Baheeja = Gembira
  17. Baheera = Mempesonakan, gemilang
  18. Bahia = Baik
  19. Bahiirah = Wanita yang terhormat
  20. Bahija = Gembira, menggembirakan
  21. Bahijah = Indah, mengagumkan
  22. Bahira = Mempesonakan, gemilang
  23. Bahirah = Mempesonakan, gemilang
  24. Bahiya = Cantik, berseri-seri
  25. Bahiyaa = Cantik, berseri-seri
  26. Bahiyah = Cantik, berseri-seri
  27. Bahiyya = Cantik
  28. Bahiyyah = Cantik, berseri-seri
  29. Bahraa = Kebahagiaan
  30. Baiza = Cerah, terang, gemilang
  31. Bajila = Dihormati, bermaruah
  32. Baleegha = Fasih
  33. Baligha = Fasih
  34. Balqis = Nama isteri nabi Sulaiman
  35. Banafsheh = Bunga violet
  36. Banan = Halus
  37. Baraah = Suci
  38. Baraka = Yang diberkati
  39. Barakah = Yang diberkati
  40. Bareerah = Bertaqwa, hamba Sayyidina Aisyah R.A. yang dibebaskan
  41. Baria = Cemerlang
  42. Bariah = Cemerlang
  43. Barika = Berkembang, berjaya
  44. Barirah = Setia
  45. Barjaa = Punya mata yang cantik
  46. Barkat = Yang diberkati
  47. Barraqa = Cemerlang, bersinar
  48. Barraqah = Cemerlang, bersinar
  49. Basaaria = Cantik, bertaqwa
  50. Baseema = Tersenyum
  51. Basemah = Tersenyum
  52. Basha = Berita baik
  53. Bashair = Berita baik, petanda baik
  54. Basharat = Berita baik, petanda baik
  55. Bashasha = Keceriaan
  56. Basheera = Pembawa berita baik dan keceriaan
  57. Bashira = Pembawa berita baik dan keceriaan
  58. Bashirah = Pembawa berita baik dan keceriaan
  59. Basila = Berani, tidak gentar
  60. Basilah = Berani, tidak gentar
  61. Basima = Tersenyum
  62. Basimah = Tersenyum
  63. Basira = Bijak
  64. Basma = Senyum
  65. Basmah = Senyuman
  66. Basrah = Nama kota
  67. Bassama = Tersenyum
  68. Batina = Tersembunyi, dalaman
  69. Batinah = Tersembunyi, dalaman
  70. Batool = Wanita yang taat pada Allah S.W.T.
  71. Batrisyia = Cerdik
  72. Batul = Suci, dara
  73. Bayan = Kejelasan, fasih
  74. Baydah = Ahli ibadah, hamba Allah S.W.T.
  75. Baysan = Berjalan dengan bangga
  76. Bazala = Wanita yang pemurah
  77. Bazegha = Bijak
  78. Bazla = Ganjaran, pemurah
  79. Bazriqa = Tinggi kedudukan, hebat
  80. Beena = Melihat, penglihatan jelas
  81. Berka = Bertambah, berkembang
  82. Bibi = Wanita berkedudukan tinggi
  83. Bilqees = Nama isteri nabi Sulaiman
  84. Bilqis = Nama isteri nabi Sulaiman
  85. Birrah = Perbuatan baik
  86. Bisharah = Khabar gembira
  87. Bisma = Senyuman
  88. Bismal = Wangian
  89. Bohaya = Menarik pada pandangan mata, cantik, menarik, nama sahabat perempuan Rasulullah
  90. Buhaiya = Menarik pada pandangan mata, cantik, menarik, nama sahabat perempuan Rasulullah
  91. Buhayya = Menarik pada pandangan mata, cantik, menarik, nama sahabat perempuan Rasulullah
  92. Buhayyah = Menarik pada pandangan mata, cantik, menarik, nama sahabat perempuan Rasulullah
  93. Buhjah = Ceria, menggembirakan
  94. Buhthah = Gembira, suka apabila melihat yang lain
  95. Busayrah = Nama kota
  96. Bushra = Petanda baik, berita baik
  97. Busrah = Nama sahabat perempuan Rasulullah S.A.W.
  98. Bustan = Taman, kebun
  99. Buthayna = Punya badan yang cantik
  100. Buthaynah = Punya badan yang cantik

Pilihan Nama Anak Perempuan Huruf B

Sumber: istockphoto

Para ibu dan bapa haruslah sentiasa menimbang kira dari sudut maksud dalam pemberian nama untuk si manja ya. Walaupun nama itu sedap didengari, tetapi ia tidaklah bererti jika ia tidak mempunyai sebarang maksud yang elok.

Seperti anjuran agama Islam, kata-kata itu adalah doa. Sama juga seperti nama yang selalu disebut dan dipanggil. Nama yang mengandungi makna yang elok akan menjadi kata-kata doa untuk si manja kita, InsyaAllah.