KelabMama

Himpunan Nama Anak Lelaki Huruf ‘Z’ Untuk Bakal Putera Kesayangan

Kredit Foto: Adobe Stock

Bila Mama melalui fasa hamil selama 9 bulan, mesti perkara pertama yang difikirkan ialah untuk mencari nama bakal bayi tersayang kan? Bila dapat tahu jantina bayi je, mesti Mama dan Papa akan mencari nama-nama yang indah dan mulia bagi anak Mama. Jadi untuk entri kali ni, Mama Siti nak kongsikan himpunan nama anak lelaki huruf Z khas untuk Mama Papa yang masih tercari-cari nama bakal putera kesayangan.

Seperti yang kita tahu nama anak mengikut Islam adalah sangat penting kerana ia membawa maksud yang tersendiri dan nama inilah yang akan mereka bawa sampai bila-bila. Mengikut agama, kita tak digalakkan untuk memberi nama yang tiada maksud. 

Kredit Foto: Adobe Stock

“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

(Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Jadi, kalau Mama dan Papa bercadang untuk menamakan si manja comel dengan nama yang bermula dengan huruf ‘Z’, Mama Siti akan senaraikan nama-nama berserta maksud yang mulia dan indah mengikut Islam. 

Kelebihan Nama Bermula Dengan Huruf ‘Z’

Kredit Foto: Adobe Stock

Nama yang bermula dari huruf ‘Z’ ni agak unik, sangat susah nak jumpa dan jarang dinamakan oleh ibu bapa. Tetapi,  mengikut beberapa teori, nama yang bermula dari huruf ‘Z’ ni akan membentuk individu menjadi:

Senarai Nama Bayi Lelaki Huruf ‘Z’ Yang Mulia dan Indah:

Kredit Foto: Adobe Stock
Kredit Foto: Adobe Stock

Jadi, harap-harap himpunan nama anak lelaki huruf ‘Z’ ini akan dapat memberi manfaat dan pilihan buat Mama dan Papa. Dengan memilih nama yang indah dan penuh makna, kita berdoa agar anak kita juga menjadi refleksi terhadap namanya.

Buat Mama yang bakal bersalin tak lama lagi, semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga selamat semuanya. Insya Allah, mudah-mudahan ya Mama!

BACA JUGA NAMA ANAK LELAKI HURUF F YANG INDAH & BERMAKNA (PASTI DIGEMARI MAMA PAPA)

Pesan Mama Siti

Bab nak pilih nama anak ni lah yang paling excited sekali bagi mereka yang bakal menimang cahaya mata. Seeloknya tengok dulu panduan memilih nama anak sebelum memilih nama si manja. Apa pun nama yang kita pilih semoga ia memberi maksud yang baik kepada bakal cahaya mata kita.