KelabMama

Himpunan Nama Anak Lelaki Huruf Y Sebagai Panduan Bakal Ibu dan Bapa

nama anak lelaki huruf Y

Wah tak sabar rasanya kan Mama nak pilih nama anak sebelum melahirkan ini? Mama Siti bantu senaraikan nama anak lelaki huruf Y yang jarang sekali dijumpai menjadi pilihan Mama Papa. Senarainya pun terhad kali ini. Mama Siti cuba sehabis yang baik mengumpulkan semua nama anak bermula huruf Y bagi anak lelaki di sini untuk panduan Mama semua.

Panduan pemilihan nama dalam Islam

Sebelum itu Mama Siti kongsikan sedikit panduan pemilihan nama berdasarkan kitab Tarbiyatul Aulad karya Syeikh Abdullah Nasih Ulwan.

1. Elakkan nama yang terus merujuk kepada Allah

Mama harus perhatikan supaya tidak memberi nama anak yang secara langsung merujuk kepada Allah seperti nama Khaliq (pencipta). Mama digalakkan memberi nama yang lebih kepada maksud hamba Allah seperti Abdullah (hamba ALLAH), Abdul Rahman (hamba Allah yang Maha Pemurah), Abdul Rahim (hamba ALLAH yang Maha Mengasihani) dan sebagainya.

2. Jangan letakkan nama anak merujuk kepada hamba atau tuhan agama lain

Mama juga perlu waspada supaya tidak tersalah memberi nama anak yang merujuk kepada hamba atau tuhan dalam kepercayaan agama lain. Kerana sebagai orang Islam kita dilarang mengiktiraf kewujudan tuhan lain selain Allah.

3. Elakkan nama yang bermaksud terlampau

Mama perhatikan setiap nama, dan jauhkan pemilihan nama yang membawa makna melampau meskipun ia membawa makna yang baik seperti Khairunnisa iaitu sebaik-baik wanita.

4. Elakkan nama bermaksud buruk

Ramai Mama hari ini sudah mempunyai kesedaran tentang nama-nama yang biasa digunakan namun tidak membawa maksud yang baik. Antara contoh lain adalah nama anak yang membawa makna buruk seperti lemah dan sebagainya. Kerana nama adalah doa.

5. Elakkan nama tidak fitrah

Apakah maksud elakkan memberi nama anak yang membawa makna tidak selari dengan fitrah Islam? Iaitu nama yang membawa kepada peperangan dan sebagainya. Seperti nama Harb (peperangan dan keganasan).

6. Pilih nama tokoh Islam

Mama sangat digalakkan untuk memilih namaKeenam: Memilih nama tokoh hebat dalam sejarah Islam terdiri daripada sahabat Rasulullah SAW dan juga alim ulama yang berjuang menegakkan Islam. Mengambil nama dalam kalangan nabi dan rasul yang terdapat dalam al-Quran juga digalakkan.

7. Nama yang baik

Tidak semestinya semua nama anak mestilah berasal daripada bahasa Arab. Mama boleh sahaja memilih apa apa bahasa asalkan maksudnya membawa kebaikan dan tidak memalukan anak kita apabila dewasa nanti.

Nama anak lelaki huruf Y

Tak banyak nama anak lelaki bermula huruf Y yang Mama Siti dapat kumpulkan. Mama Siti cuba senaraikan yang terbaik supaya nama-nama yang Mama akan pilih nanti adalah berkualiti dan bermaksud baik.

  1. Yaab – Berjaya
  2. Yaafay – Tinggi
  3. Yaafir – Pelukis
  4. Yaaqut – Delima
  5. Yahya – Nama yang disebut dalam Al-quran
  6. Yakta – Unik
  7. Yamaan – Dirahmati
  8. Yaala – Kemuliaan, tinggi
  9. Yadiy – Tangan
  10. Yafat – Kelebihan
  11. Yafi ‘- Mulia, dihormati, tinggi
  12. Yaariz – Penulis
  13. Yaarub – Mahir bahasa arab
  14. Yaasaj – Anak panah
  15. Yaawer – Pembantu
  16. Yaazer – Penulis
  17. Yajri – Mengalir, berlari
  18. Yamam – Merpati
  19. Ya’mar – Kehidupan
  20. Yameen – Kanan, benar
  21. yameeni – Yang kanan
  22. Yamin – Yang berkat
  23. Yareeq – Terang
  24. Yaqeen – Pasti
  25. Yaqeez – Yang memberi perhatian
  26. Yaqoot – Permata yang berharga
  27. Ya’qub – Nama seorang Nabi dalam Al-Quran, disebut 16 kali dalam Al-Quran. Kejayaan, pewaris
  28. Yaquta – Sebiji batu permata
  29. Yaqzan – Yang berwaspada
  30. Yar – Sahabat, teman
  31. Yaroq – Putih, bijak
  32. Ya’rub – Berbicara dgn bahasa Arab
  33. Yaasiin – Ayat pertama surat yaasiin
  34. Yas – Bunga
  35. Yasaal – Susunan bunga
  36. Yasaman – Bunga Melor, simbolik wnagian indah
  37. Yasar – Kemewahan, tidak susah
  38. Yaseer – Mudah, dirahmati, kehidupan baik
  39. Yashal – Memberi manfaat kepada orang lain
  40. Yaslam – Yang selamat, berserah
  41. Yassaar – Kekayaan, kemewahan
  42. Ya’sub – Pemimpin kaum
  43. Yasykur – Bersyukur
  44. Yatim – Yang sangat berharga, tidak bandingannya
  45. Yawar – Pengawal peribadi
  46. Yazdan – Belas kasihan
  47. Yaasir – Mudah, orang kanan, nama sahabat
  48. Yazar – Nama sebuah tempat
  49. Yazeed – Bertambah kebaikan
  50. Yunus – Nama seorang nabi yang disebut dalam Al-Quran
  51. Yusayri – Kesenanganku
  52. Yusr – Kelembutan dan mudah
  53. Yusran – Kesenangan
  54. Yusri – Kekayaan, tidak memerlukan bantuan, mudah
  55. Yusrullah – Mendapat kemudahan daripada Allah
  56. Yusron – kemudahaan
  57. Yusuf – Nama seorang nabi yang disebut 27 kali dalam Al-Quran, nama surah dalam Al-Quran

Nama yang biasa digunakan

Dalam senarai nama anak lelaki huruf Y di atas ini, ada nama-nama yang kerap digunakan seperti Yusuf, Yaakob dan Yunus iaitu nama-nama nabi yang disebut dalam Al-Quran. Mama perhatikan baik-baik senarai ini dan jika mahu gabungkan nama pastikan Mama cuba dapatkan nasihat ahli bahasa arab ya?

Jika Mama mahu melihat banyak lagi artikel mengenai nama-nama bayi ini Mama boleh rujuk terus di sini. Selamat memilih, semoga dijumpai nama yang terbaik!