KelabMama

Koleksi Nama Anak Lelaki Huruf U Yang Unik dan Bermakna

nama anak lelaki huruf U

Memilih nama adalah antara momen indah sebagai seorang Mama yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anak. Seperit manapun kehidupan, proses pemilihan nama menjadi satu kebahagiaan dalam diri. Kali ini, Mama Siti senaraikan nama anak lelaki huruf U untuk pilihan Mama semua.

Cari ejaan Arab bagi nama Arab

Mama Siti sangat suka mencari ejaan asal dalam bahasa Arab bagi nama-nama anak yang berasal daripada Al-Quran ataupun bahasa Arab, termasuk Mesir. Apabila dapat tahu ejaan Arabnya, terasa lebih seronok dan dapat memanggil dengan sebutan huruf sebenar.

Seperti huruf U inikan Mama, ada yang bermula daripada huruf ain dan ada juga bermula huruf alif yang berbaris depan. Tetapi keduanya membawa bunyi yang berbeza. Walaupun begitu sebenarnya dalam Islam tetap dimaafkan walau sebutan makhraj huruf Arabnya tidak tepat.

Senarai nama anak lelaki huruf U

Di bawah ini Mama Siti senaraikan nama anak lelaki bermula huruf U dengan campuran daripada Bahasa Arab, yang disebut dalam Al-Quran dan juga Bahasa Urdu.

  1. Ubab- Gelombang, hujan lebat, rezeki
  2. Ubad – Hamba Allah yang kuat ibadah dan taat
  3. Ubadah – Rajin beribadah
  4. Ubai – Panggilan kasih sayang untuk ayah
  5. Ubaid – Hamba Allah, nama ramai sahabat Nabi Muhammad SAW
  6. Ubaidah – Hamba Allah yang taat
  7. Ubaidan – Penyembahan
  8. Ubaidullah – Si kecil hamba Allah
  9. Ubbad – Banyak ibadat
  10. Udai – Kumpulan kecil berperang melawan musuh
  11. Udail – Seorang yang adil
  12. Uday – Yang meninggi
  13. Ufai – Berani dan tidak gentar
  14. Ufaq – Yang menyambung
  15. Ufayriy – Yang berani
  16. Uhban – Lembut, baik
  17. Uhdawi – Penjaga
  18. Ufiyy – Yang pemaaf
  19. Ufnun – Yang baik hati
  20. Uhaid – Janji
  21. Uhayl – Yang manis
  22. Uhee – Jiwa
  23. Uhdawi – Penjaga, yang melindungi
  24. Uhud – Nama sebuah bukit di Madinah yang menyaksikan ramai syahid
  25. Ujab – Kekaguman
  26. Ujaala – Yang terang bersinar
  27. Ujeel – Cepat, pantas
  28. Ujum – Benteng pertahanan
  29. Ukasyah – Sahabat nabi Muhammad SAW, labah-labah
  30. Ukail – Pintar, pandai
  31. Ula – Tinggi
  32. Ulaamiy – Yang cerdas
  33. Ulfat – Kasih sayang
  34. Ulil Aidi – Yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar
  35. Ulil Amri – Pemerintah, pemimpin, ulama
  36. Ultah – Bintang
  37. Ulul Albab – Orang-orang yang berakal, para cendikiawan
  38. Ulul Arham – Orang-orang yang mempunyai hubungan darah
  39. Ulul Azmi – Orang-orang yang mempunyai keteguhan hati
  40. Ulul Fadhli – Orang-orang yang mempunyai kelebihan
  41. Ulwan – Ketinggian, tinggi, jelas
  42. Ulwiy- Yang lebih tinggi
  43. Umayd – Harapan
  44. Umayr – Putera kecil
  45. Umaijid – Sangat indah
  46. Umair – Kehidupan dan Panjang umur, juga nama sahabat Nabi Muhammad SAW
  47. Umairi – Kehidupan yang Panjang, Panjang umur
  48. Umaiyah – Sahabat Nabi Muhammad SAW
  49. Unays – Yang sopan, peramah dan lemah lembut
  50. Umran – Kemakmuran
  51. Umron – Pembangunan, ramai penduduk
  52. Umaizar – Lelaki yang kuat
  53. Umamah – simbolik murah rezeki kerana menunjukkan 300 ekor unta
  54. Umar – Nama sahabat Nabi Muhammad SAW dan juga khalifah yang hebat, Yang memakmurkan
  55. Umara – Yang membina, yang menjaga
  56. Umarah – Nama orang dulu
  57. Umayyah  – Seorang periwayat hadith Nabi Muhammad SAW
  58. Umed – Harapan dan kepercayaan
  59. Unal – Pejuang, semangat yang kuat
  60. Unsar – akar, elemen, peleraian
  61. Uqaab – Helang, tajam matanya, pemburu
  62. Uqayl – Yang bijak
  63. Uqqal – Yang lebih bijak
  64. Uraif – Bau yang indah
  65. Urfi – nama penyair popular
  66. Urdan – Nama yang baik
  67. Urfan – Kesabaran, kebaikan
  68. Urrab – Yang fasih
  69. Urwah – Yang menyokong, yang membantu
  70. Usaim – Yang melindungi
  71. Usaimin – Dari Uthman
  72. Ushaim – Memelihara dari keburukan
  73. Ushair – Kawan
  74. Ushara’ – Persaudaraan
  75. Usshaaq – Yang menyintai
  76. Ussyaaqa – Yang mencintai
  77. Uswah – Tauladan, contoh yang baik
  78. Usyair – Kawan, suami
  79. Utaibah – Persimpangan lembah
  80. Uthal – Nama gunung
  81. Uthman – Nama sahabat Nabi Muhammad SAW dan juga khalifah ketiga.
  82. Utayb – Kelembutan
  83. Utayf – Yang melihat dengan kasih sayang dan belas kasihan
  84. Utaiq – Pemurah, penuh kebaikan
  85. Utayk – Suci, baik dan mulia
  86. Utbah – Nama sahabat nabi Muhammad SAW
  87. Uwaim – nama sahabat Nabi yang mengambil bahagian dalam perang Badar
  88. Uwamir – Nama orang-orang dahulu
  89. Uwaymir – Pemimpin kecil
  90. Uwayn – Pendukung dan pembantu
  91. Uwayz – Pengganti yang hilang
  92. Uwaymir – Panjang kehidupan
  93. Uwais – Pemberian
  94. Uwamir – Nama Orang dahulu
  95. Uzair Nama sahabat nabi Muhammad SAW
  96. Uzzam – Singa
  97. Uzayb – Segar dna manis, air yang sejuk
  98. Uzair – Nama yang disebut dalam Al-Quran
  99. Uzaiz – Kuat, mulia
  100. Uzma – Terbaik

Gabungan nama dua perkataan

Adakah Mama bercadang untuk menggabungkan nama pilihan huruf U dengan nama-nama lain? Mama Siti tetap sarankan untuk merujuk ahli Bahasa Arab untuk mendapat nasihat gabungan nama-nama anak supaya maksudnya tepat dan kekal baik.

Kerana, bahasa Arab memang unik, apabila digabungkan kadangkala tatabahasanya berubah. Ia akan lebih indah jika duan ama yang digabungkan membawa kelancaran makna yang baik. Untuk rujukan Mama, klik di sini untuk membaca lebih banyak artikel tentang nama-nama pilihan buat bayi Mama. Selamat memilih!